BAB 2

Horror & Thriller Completed 244

“Jahat gila kau Gmeyz,” ujar Ziera memanggil nama rakan sekelasnya itu
dengan panggil ‘Gmeyz’. Sejak dari semester satu lagi dia sudah terkenal
dengan nama begitu. Mana lagi kalau bukan dari Fac. Semua media
sosial dia menggunakan nama ‘Gmeyz’.

“Im mana?” soal Ziera berbasa-basi.

“Dia lambat sikit. Pergi café tengah kejap,” kata Aziman memberi jawapan.

Ziera hanya mengangguk. Mereka bertiga jalan beriringan ke kelas. Usai
saja sampai, mereka menjenguk keadaan kelas itu dari belakang. Kelihatan
hanya ada pelajar india saja yang ada. Selamat lecturer tak masuk lagi.

Dah hari selasa? Gila betul. Nak saja dia menjemput perangai malas ke
kelas untuk hari ini.

“Apa nama subjek tu lepas ni?” soal Ziera bertanya.

Mereka sudah pun berada di hadapan lif untuk ke kelas pada pagi itu.
Mujur saja kelas bermula pada pukul 10 pagi hari ini.

“Object Oriented Programming,” kata Amalina memberitahu.

“Entah apa ke benda yang belajar pun tak tahulah. Bahasa C++ pun
hancur,” ujar Ziera tiada semangat.

“Cuba rileks Ziera. Baru nak mula dah give up. Lecturer pun tak
kenal lagi siapa lagi yang ajar,” kata Amalina agar Ziera tidak mahu
mengalah.

“Aku bukan nak give upAmal. Masalahnya, kalau bab-bab coding ni yang
aku malas. Sikit-sikit, ada error,” kata Ziera langsung tidak suka
pada untuk menulis coding.

“Dah tu, kau tulis silap, memanglah ada error. Ada ke benda yang kau
buat, tak pernah buat silap?” soal Amalina nak dengar dari mulut Ziera
sendiri.

“Ada.”

“Apa?” pantas Amalina menyoal.

“Tidur! Langsung tak ada error,” kata Ziera ketawa mengekeh.

“Banyaklah kau. Kau jangan tidur dalam kelas pulak nanti. Buatnya
lecturer tu garang. Dengan dia kena sumpah nanti,” kata Amalina memberi
amaran agar Ziera tidak membuat hal.

Ziera pula hanya tersengih. Mereka berdua mula masuk ke dalam lif.

“Gmeyz…” panggil Ziera sewaktu dia dan Amalina berlalu ke café tengah.
Mereka berdua dapat melihat lelaki itu sedang menunggu di depan pintu
café tengah itu. Tunggu siapalah agaknya? Tunggu aku kot. Ziera perasan
sendiri.

“Ya Ziera ooii…” sahut Aziman berpaling pada gadis itu.

“Kau tunggu siapa?” kata Ziera dengan soalan.

“Tunggu Im kejap. Dia beli air,” kata Aziman ringkas.

“Oh… nanti ajar aku lab exercise tiga tu boleh tak? Aku tak fahamlah,”
pinta Ziera meminta tolong.

“Aku ajar kau? Ingat aku pandai sangat ke?” soal Aziman semula.

“Kau kan pandai bab-bab programming ni. Aku lagilah haru nak buat
coding tu semua,” ujar Ziera lagi memujuk.

“Aku tak retilah Ziera. Aku pun tak tengok lagi soalan. Silap-silap, aku
pun jam sekali,” kata Aziman tidak berani jamin untuk menolong.

“Apa kata kau cuba buat dulu, lepas tu ajar aku eh. Cubalah dulu… ajar
mana-mana yang kau rasa faham je. Aku bukan nak tahu detail sangat
pun,” ujar Ziera berusaha memujuk.

“Tengoklah macam mana. Nanti aku beritahu kau ya,” kata Aziman tidak
pasti lagi.

“Hai Ziera. Nak balik dah ke?” sapa Imran yang baru saja keluar dari
café tengah. Dia menghulurkan air tin 100 plus pada Aziman.

“Dekat kita orang, tak ada ke Im?” Ziera pura-pura mengusik lelaki itu.

“Tak adalah Ziera. Mana aku tahu kau orang berdua ada sini,” ujar Imran
tersengih.

“Tak apalah. Saja bergurau. Kita orang balik dululah. Bye,” ucap Ziera
meninggalkan dua lelaki itu. Amalina turut melambaikan tangan.

“Kau ni, biar betul nak minta tolong si Gmeyz tu?” Amalina bertanya
sebaik saja mereka menuju ke laluan koperasi.

“Minta tolong ajar je. Bukan minta tiru jawapan dia tu,” ujar Ziera agar
Amalina tidak salah anggap padanya.

“Kau jangan risau sangatlah. Janji siap,” kata Ziera lagi. Mereka berdua
sudah berada di tempat parking motosikal. Setelah enjin motosikal
dihidupkan, Ziera dan Amalina pun meninggalkan kawasan politeknik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience