BAB 12

Drama Completed 784

Tiba saja di hadapan pintu masuk company Iffat, tanpa berlengah aku
terus meluru ke arah pejabat lelaki itu. Khamis yang cuba menahan, aku
tolak kasar. Nasib baik tak terjatuh lelaki lemah semangat tu. Biji mata
aku kini tepat berhenti di wajah Iffat yang masih selamba memandang ke
arahku. Sikitpun dia tak terkejut tengok muka aku tiba – tiba ada dalam
pejabat dia.

“ Kau keluar dulu.” Iffat memberi arahan kepada Khamis.

Tanpa disuruh, aku terus melabuhkan punggung di kerusi. Siap
dengan peluk tubuh lagi. Macam pejabat tu aku yang punya. Oh, lupa
pulak! Aku menghulurkan tisu yang aku usung dari restoran tadi kepada
writernya. Iffat memandang lama sebelum menyambut huluran aku.

“ Apa yang awak cuba buat sebenarnya ni?” aku terus menyoal
tanpa sebarang mukadimah.

“ Saya cuma luahkan perasaan saya. Kenapa?” selamba Iffat
membalas.

Aku terdiam kejap. Keluhan kecil aku bebaskan buat seketika.

“ Kita ada adat, Encik Iffat. Kalau nak luahkan perasaan,
awak sepatutnya jumpa keluarga saya. Terus masuk meminang.” Alamak,
agresif sangatkah aku? Ah, lantaklah! Yang penting, aku pun sukakan
Iffat jugak. Hehe.

Kali ni, Iffat pulak yang terdiam. Lama dia pandang wajah
aku. Aku mula pelik. Alamak, jangan cakap dia sebenarnya nak bang bang
boom aku! Memang aku pukul dia sampai koma nanti. Tengoklah kalau tak
percaya!

“ Kalau saya masuk meminang awak, macam mana dengan anak
kawan mama saya nanti? Saya dah setuju dengan pilihan mama saya.”

Aku terlopong. “ Habis tu yang awak bagi saya tisu tu buat
apa? Buat lap air mata ke?” Tak puas hati betul aku. Dah la aku sendiri
yang siap suruh dia masuk minang aku. Aiseyman!

“ Saya cuma nak bagitahu perasaan saya terhadap awak sebelum
terlambat. Lagipun, saya tahu saya cuma bertepuk sebelah tangan.”

Iffat masih bersahaja. Muka tak bersalah langsung. Aku? Usah ditanya la
betapa aku tak dapat terima hakikatnya waktu tu! Tiba – tiba suhu badan
jadi hangat. Malu! Tak kan mamat ni tak tahu lagi apa perasaan aku kat
dia? Bukannya dia tepuk sebelah tangan pun. Aku pun tumpang tepuk dengan
dia jugaklah! Arghh, stress!

Aku tarik nafas dalam. “ Awak tak paham lagi ke kenapa saya sanggup
ponteng kerja datang jumpa awak ni?”

“ Sebab awak nak tanya saya pasal tisu ni, betul tak? Atau ada sebab
lain?” Iffat masih ber-imej innocent.

Kali ni, aku mengeluh pulak. Aku nak cakap guna bahasa apa agaknya
dengan mamat ni? “ Saya sukakan awak.” Akhirnya, aku lepas jugak dalam
bahasa Melayu!

“ Suka je?” Iffat main duga pulak. Aku dah ketap bibir.

“ Cinta sekali.” Lambat – lambat aku membalas. Aduh, malu siot! Aku
intai wajah Iffat yang sedang tersengih pandang aku. Masih menunggu
jawapan dari lelaki itu.

“ Saya tahu. So, bila kita boleh kahwin?”

Aku terkejut. Terbeliak terus biji mata aku pandang Iffat. “ Kahwin?”

“ Yup. Tadi awak yang ajak saya kahwin kan? Bila?”

Aku dah ternganga. Wah, mamat ni kenapa sebenarnya? Sengaja nak buat aku
malu ke? Jangan mengalah, Hus! Tegakkan pendirian wanita kau.

“ Bila masa saya ajak kahwin? Saya cakap kalau awak suka saya, masuklah
meminang. Kalau tak suka, tak payahlah.”

Aku membalas angkuh. Saja jual mahal. Buat dia betul – betul tak suka
aku, baru padan muka! Iffat tersengih mantap. Mula lah tu nak tunjuk
muka macho dia. Belum sempat Iffat membalas, tiba – tiba kedengaran
telefon bimbit aku menjerit – jerit dalam poket seluar. Aku terus
mencapai handphone ‘mahal’aku tu lalu menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum, mak. Ada apa mak call waktu office hour ni?”
Cewah aku ni, padahal hari ni dah ambil cuti!

“ Mak nak bagitahu yang mak nak terima cincin dari kawan mak yang datang
meminang kamu ni.”

Aku terus tersentak. “Apa dia mak?! Mak tak boleh terima pinangan kawan
mak tu. Tunggu kejap. Hus balik rumah sekarang jugak!”

“ Kamu jangan buat gila, Hus! Hari tu kamu jugak yang setuju kan? Kenapa
tiba – tiba pulak tak setuju ni? Apa mak nak jawab dengan diorang tu?”
suara mak tak puas hati. Macam nak ajak bertumbuk.

“ Tenang, mak! Tunggu Hus balik rumah dulu ya. Biar Hus yang cakap
dengan diorang. Ok, bye!” Aku terus putuskan panggilan sebelum dapat
lecture free dari mak.

Iffat dah pandang pelik bila lihat aku kelam – kabut. “ Kenapa ni?”

“ Saya ada emergency sekarang ni. Nanti saya call awak. Ingat! Awak
belum balas lagi kata – kata saya tadi tau?”

Sempat lagi aku berpesan sebelum meluru keluar dari pejabat Iffat. Staf
– staf dalam company tu pun dah pandang pelik kat aku. Mana tak nya
tadi datang dah macam gangster, sekarang keluar dah macam mafia. Haih,
dengan nak ambil teksi lagi ni! Harap – harap tak lambatlah sampai rumah
nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience