BAB 7

Drama Completed 784

Usai pelayan menghidangkan dua pinggan chicken cop yang dipesan tadi,
Iffat terus menjamu selera tanpa menghiraukan gadis yang menjadi blind
datenya malam itu. Seperti biasa, setiap bulan pertemuan yang diaturkan
oleh mama tidak boleh diingkar sama sekali. Terpaksalah dia membuang
masa sekali lagi untuk memenuhi permintaan mamanya. Dia sendiri pun tak
paham dengan perangai mamanya yang suka sangat kenenkan perempuan dekat
dia. Macam dia ni anak dara pulak nak kena kahwin awal!

“ You tak rasa ke ayam ni macam keras sikit?” rengek
Wanda, anak gadis kepada kawan mamanya.

“ Bukannya mati pun kalau makan.” Iffat membalas pedas.
Mulutnya tetap mengunyah tanpa henti. Malas hendak melayan perempuan
gedik di hadapannya itu.

Wanda sudah membuat muka. Pantas tangannya diangkat sedikit
untuk memanggil pelayan datang ke meja mereka.

“ You buat apa ni?” soal Iffat tiba – tiba. Mulutnya dilap
sedikit dengan napkin.

“ I nak panggil tukang masak dia. Kenapa?” Wanda menyoal
angkuh.

“ You jangan nak mengada – ngada lah. Macam lah tak boleh
nak makan langsung. I makan relax aje. Tak mati pun.” Balas Iffat
selamba.

Mengada – ngada? Wanda merengus geram. Selang beberapa saat,
seorang pelayan perempuan datang menghampiri meja mereka. “ Ya, cik.”

“ Panggil tukang masak restoran ni sekarang! Sampah apa yang
dia masak ni?!” Lantang suara Wanda di ruang itu. Beberapa pelanggan
lain sudah mencuri pandang ke arah mereka.

Iffat pula sudah membebaskan keluhan yang teramat berat
sekali. Malu betul dibuatnya bila tempat mereka berdua sudah dijadikan
bahan tontonan. Aku rasa macam silap besar je aku ikut cakap mama hari ni!

“ Kalau you nak buat kecoh kat sini, I blah dulu ok?”

Wanda sedikit tercengang. Namun, belum sempat Iffat
mengangkat punggung dari kerusi, tiba – tiba biji matanya tertancap ke
arah chef restoran yang lengkap beruniform putih, berapron, dan bertopi
chef di kepala sedang menghayun langkah ke arah mereka berdua. Automatik
Iffat melabuhkan punggungnya semula di kerusi. Dia terkesima seketika
bila melihat wajah perempuan yang yang sudah sebulan tidak dijumpainya
selepas kes model tangkap muat dulu.

Aku melajukan langkah ke arah meja pelanggan yang menyeru
aku tadi. Rasa macam tak sedap hati pun ada. Ya Allah, tolonglah jangan
tamatkan kerjaya aku malam ni! Baru sebulan aku dapat cari rezeki, ada
aje customer yang tak puas hati dengan masakan aku. Sabar Hus sabar!
Ingat! Customer always right!

Sampai saja di meja pelanggan terhormat tadi, aku terus
menghalakan pandangan kepada seorang perempuan muda. Aku kira perempuan
ni lah kot yang seru nama aku tadi. Tak kan boyfriend dia pulak. Err
boyfriend ke? Mestilah boyfriend kalau dah dating berdua malam –
malam ni.

“ Ya, cik. Ada apa cik panggil saya?” Aku berbudi bahasa
lengkap dengan senyuman di bibir. Dari ekor mata, aku perasan yang biji
mata boyfriend perempuan ni tak berkedip tenung muka aku. Nak cari
gaduh ke apa?

“ Benda apa yang you masak ni?” perempuan tu menghulur
kasar pinggan yang berisi chicken chop tu ke arah aku.

Aku sudah berwajah pelik. Buta ke apa minah ni? “ Chicken
chop, cik!” Aku masih sedekah senyum lagi.

“ Chicken chop apanya keras macam batu ni?!” kali ni Wanda
mencucuk – cucuk ayam di dalam pinggan itu dengan garpu pula. Nadanya
yang tinggi melangit itu usah dikhabarkan lagi.

Aku tarik nafas dalam. Suasana menjadi kecoh seketika
disebabkan perempuan itu. Tenang Hus tenang! Yang boyfriend dia pun
tak reti – reti nak bawak girlfriend dia blah dari sini ke? Ni kalau
Encik Khairul dapat tahu memang masaklah aku. Lupa nak bagitahu, Encik
Khairul tu pengurus restoran ni. Muda, handsome, manis, baik hati
semua cukup rencah. Paling penting, sesuai untuk dibuat suami. Tapi
suami orang lain lah kot sebab suami aku kan mak aku yang akan carikan
nanti.

Tanpa disangka – sangka, Encik Khairul betul – betul dah
berdiri disebelah aku sekarang ni. Lambat – lambat aku menoleh ke kiri
melihat bos yang sudah terpacak di ruang itu. Baru aje aku nak tolong
selamatkan keadaan tadi. Sudahlah, Hus! Terima aje hakikat yang malam ni
merupakan malam terakhir kau pakai topi chef ni.

“ Boleh saya bantu, cik?” Encik Khairul mengukir senyum
kepada pelanggan cerewet itu.

“ You ni pengurus sini ke?” Wanda pandang lelaki kacak itu
atas bawah.

“ Ya, saya. Ada apa – apa masalah ke dengan makanan tu cik?”

“ Yup. Tukang masak awak ni tak reti masak. Dia ingat nak
bagi kucing makan ke apa dengan makanan macam ni!” perempuan tu sekali
lagi meninggikan pitch suara.

Encik Khairul terus pandang muka aku. Aku pun apa lagi.
Tunjuk muka tak bersalah la. Dengan harapan, ada belas kasihan yang akan
diberikan.

“ Sorry ya, cik. Kalau cik tak suka makanan ni, saya
tukarkan dengan yang lain ya?” Encik Khairul masih bersahaja.

“ Tak payah. Better you fire je chefyou ni. Buat bankrap
restoran you jugak nanti.” Selamba je perempuan tu bagi cadangan yang
akan memusnahkan kehidupan aku. Ini memang bikin gaduh ni!

Belum sempat aku membela diri, tiba – tiba boyfriend
perempuan gila tu yang hanya menjadi pemerhati bebas dari tadi terus
menyampuk. Aku terkunci mulut terus.

“ You jangan nak buat hal kat sini lah, Wanda. Lebih baik
you balik sekarang!” Arah lelaki itu tiba – tiba.

Aku terkejut sedikit. Boyfriend mana yang sanggup halau
girlfriend sendiri ni?

Selang beberapa minit, perempuan gila tu terus menghentak
lantai meninggalkan kawasan restoran. Malu lah tu kena halau dengan
boyfriend sendiri. Aku ketawa galak dalam hati. Padan muka!

“ Sorry sebab timbulkan masalah sikit tadi.” Lelaki itu
menutur kata kepada Encik Khairul.

“ It’s ok.” Encik Khairul hanya mengangguk perlahan lantas
memberi isyarat mata kepada aku untuk mengambil pinggan yang berisi
chicken chop yang telah di reject tadi.

Kelam – kabut aku menurut arahan. “ Terima kasih, encik.”
Sempat lagi aku memberi sebuah senyuman buat boyfriend perempuan gila
yang masih lagi bermaharajalela di atas kerusi itu.

“ Nurul Husna binti Ahmad Hassan!” Suara garau itu serta –
merta mematikan langkahku yang hendak menuju ke tempat masak. Aku macam
kenal je intonasi suara ni. Lambat – lambat aku memusingkan kepala ke
belakang.

Iffat tersengih kambing. Mengalahkan kambing gurun di padang
pasir Sahara! Lama aku mengamati lagak macho dari lelaki itu. Macho?!
Encik Iffat? Terkedip – kedip kelopak mata aku memandang wajah lelaki
itu. Kenapa mesti mamat ni lagi? Keluhan kesal aku lepaskan buat seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience