BAB 6

Drama Completed 784

Aku berpeluk tubuh sambil memerhatikan Ayu mengacau kuah kari yang
dimasak untuk santapan kami berdua tengahari itu. Kuah kari tu aku yang
masak sebenarnya, Ayu cuma tolong kacau aje. Kalau nak harapkan dia
masak, memang cirit – birit lah aku nanti. Dia tu nama aje perempuan
melayu terakhir tapi aku yang tak berapa nak perempuan ni jugaklah yang
pandai masak. Kalau tak, aku taklah dilantik menjadi chef dekat sebuah
restoran terkemuka bulan lepas. Arghh...bila ingat pasal restoran tu
mulalah aku rasa macam nak asma pulak! Ok, stop pasal restoran tu kat
sini!

“ Ayu, cukup tak duit yang aku bagi untuk bayar sewa rumah
yang tertunggak tu?” aku memecah sunyi setelah bosan menyepi dari tadi.

“ Cukup. Kalau tak cukup sikit – sikit nanti aku
coverlah.” Bersahaja nada Ayu.

Aku hanya mengangguk perlahan. Tidak membalas tanda
memahami. Keluhan kecil aku bebaskan buat seketika. Harap – harap
berjayalah interview aku kejap lagi. Haish... Nak cari kerja pun
susah. Tu belum nak cari suami lagi tu. Tapi tak apa. Bab suami, aku
serah pada mak aku. Bukan calang – calang anak dara aje tau yang sanggup
nak ikut jodoh pilihan mak melainkan aku. Itupun sebab aku malas nak
bercintan – cintun. Bukan sebab aku tak suka laki! Jangan salah sangka
di situ ya?

“ Eh Hus, mana kau dapat duit nak bayar sewa rumah tu eh?
Kalau kau dah dapat kerja, buat apa kau nak pergi interview kat
restoran kejap lagi?” Ayu menyoal tiba – tiba.

Aku tersentak kejap. Nak cerita ke tak nak cerita eh? Kalau
aku cerita nanti, jatuh pulak reputasi aku. “ Err aku jadi model
sambilan malam semalam.” Akhirnya, aku cerita jugak.

Seperti yang dijangka, Ayu terkejut tahap gaban punya! Ye lah, sesiapa
yang dapat tahu Nurul Husna jadi model pun pasti akan terperanjat punya.
Tambah – tambah kalau mak aku yang dapat tahu, mesti dia terus pengsan.
Mana tidaknya, siang malam dia berdoa nak tengok anak dara dia ni jadi
perempuan sejati. Cuma aku ni yang tak berapa nak sedar diri lagi.
Haish. Bila kau nak berubah, Hus?!

Bunyi telefon bimbit aku yang ikat getah tu terus mematikan lamunan yang
aku ingin cipta lebih mendalam lagi. Telefon bimbit aku ikat getah bukan
sebab line clear tau tapi sebab bateri dia dah kembung. Housing tak
muat nak tutup bateri. So, aku ikatlah dengan getah. Nak beli bateri
baru pun ekonomi pulak tengah gawat.

“ Helo.” Aku terus bersuara kepada nombor pemanggil yang tidak dapat
dikenalpasti itu.

“ Nurul Husna binti Ahmad Hassan?” kedengaran suara macho dari hujung
panggilan. Aku pelik sekejap. Siapa yang berani panggil nama penuh aku
tanpa rasa segan silu ni?

“ Ya, siapa ni?” aku masih kawal suara. Tanganku sudah mencapai segelas
air oren di atas meja lalu kuhirup perlahan untuk membasahkan tekak.

“ Awak tak kenal saya ke? Saya rasa semua perempuan yang pernah bercakap
dengan saya mesti akan ingat siapa saya. Mustahil awak tak ingat saya ni
siapa. Atau awak saja buat – buat tak ingat?” Lelaki itu boleh pulak
bermain kata.

Aku membebaskan keluhan sebentar. Mamat mana yang mengada – ngada sangat
bagi teka – teki kat aku ni? Atau aku terkena panggilan hangit Hot FM ke
apa ni?

“ Dengar sini ye, encik. Kalau encik telefon saya semata – mata nak buat
ice breaking, sorry lah saya tak berminat nak layan.”

Belum sempat aku mematikan talian, kedengaran mamat poyo dalam telefon
tu terjerit – jerit panggil nama aku. Dengan penuh perasaan simpati, aku
tekapkan balik telefon aku ke telinga. Baru kau serik nak main – main
dengan aku lagi!

“ Nak apa lagi?” kasar bahasa aku.

“ Apasal awak ni garang sangat eh? Awak tahu tak betapa bertuahnya awak
dapat panggilan telefon dari saya. Awak sepatutnya....”

“ Encik Iffat! Sebelum saya cabut bateri telefon saya ni, lebih baik
encik bagitahu apa yang encik nak daripada saya tiba – tiba ni?”

Belum sempat Iffat habis cakap lagi, aku cepat – cepat memotong. Aku
boleh cam suara dia tiba – tiba pun sebab trademark dia yang asyik
control macho tu. Menyampah gila aku! Kalau tak sebab mamat tu secara
tak sengaja jadi bos aku malam semalam, jangan harap aku nak ber saya –
awak dengan dia!

“ Ok, ok saya nak offer awak kerja dengan saya ni sebenarnya.” Iffat
terus ke agenda utama. Risaulah tu kalau – kalau aku cabut bateri.

Kerja? Aku berfikir sejenak. “ Kerja apa? Model lagi ke? Err saya mintak
maaflah ye, encik. Saya terima tawaran semalam tu pun sebab saya memang
betul – betul perlukan duit. Lagipun hari ni saya dapat panggilan
interview untuk kerja yang lebih sesuai dengan kelulusan saya.”
Panjang lebar aku menjelaskan. Tiba – tiba berbudi bahasa pulak dengan
mamat tu.

Iffat sedikit terkejut. Hancur lebur rancangan yang baru tercipta dalam
kepala otaknya tadi. “ Awak dapat offer kat mana? Tak payah lah kerja
sana. Nak kena interview la bagai. Saya terus offer awak kerja
dengan saya tanpa interview. Amacam?”

“ Kalau Encik Iffat nak offer saya jadi chef, saya setuju. Macam
mana?” giliran aku pulak membalas.

“ Chef? Mana boleh jadi chef. Saya bukannya ada restoran pun.”

“ Kalau dah tahu tu, buat apa buang masa offer saya lagi? Ok, bye!”
Aku terus memutuskan talian. Apa lah masalah mamat tu sebenarnya?

“ Helo! Helo! Helo!” Terjerit – jerit Iffat dihujung talian apabila
menyedari suara gadis itu sudah ghaib. Telefon bimbitnya dihempas kasar
di atas meja. Keluhan berat dilepaskan buat seketika.

Haish.. Macam mana lah kau boleh suka perempuan yang tak berbudi bahasa
macam ni, Iffat?! Aku sikit punya baik nak offer dia kerja dalam
company ni, boleh dia tolak mentah – mentah? Chef? Berkerut – kerut
dahi Iffat cuba berfikir sesuatu. Hah, aku dah tahu dah kat mana aku
pernah jumpa tomboy ni! Bibir Iffat menguntum senyum tiba – tiba. Khamis
yang dari tadi hanya memerhati gelagat bosnya sudah menghadiahkan
pandangan pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience