“ Apa kau cakap, Khamis? Kau ulang balik.” suara garau itu
sudah memenuhi ruang pejabat. Terkejut benar lagaknya.
“ Saya cakap kita punya model produk baru tu dah hilangkan
diri, bos. Saya dah cuba contact dia banyak kali tapi yang asyik tak
dapat, bos. Saya rasa dia ada hutang along kot sampai nak larikan diri
segala.” Khamis, satu – satunya setiausaha lelaki yang boleh bertahan
dengan karenah Iffat.
“ Dia tu gila ke apa? Boleh pulak dia larikan diri dalam
saat – saat genting macam ni! Arghh.. tak guna!” Iffat menumbuk meja
kuat. Nasib baik tak pecah, kalau tak membazir aje nak beli meja baru.
“ Bos, bawak bersabar bos! Kita kena cari model ganti
secepat mungkin, bos. Malam ni, perfume baru kita akan diperkenalkan.”
“ Kau tak cakap pun, aku tahu lah. Sekarang aku nak dalam
masa lima minit kau pergi cari mana – mana perempuan datang bawak jumpa
aku. Cepat!!!” boleh pecah gegendang telinga Khamis rasanya dengan
lantangan suara itu.
“ Li..lima minit, bos?” tergagap Khamis dibuatnya.
“ Yup! Lima minit! Seminit dah pun berlalu dan kau masih
bertenggek dekat sini lagi?!”
Terkocoh – kocoh Khamis melangkah keluar dari bilik bosnya
itu. Sudah lah dia jenis yang lemah semangat. Diberi pulak arahan kejam
sebegitu rupa. Memang sadis sungguh hidupnya!
Betul – betul tak sampai lima minit, kelihatan Khamis dan
seorang perempuan tercegat berdiri di hadapan mata Iffat. Terkejut jugak
air muka Iffat dibuatnya namun bibirnya sudah mengukir senyuman puas
hati kepada Khamis. Ni yang aku suka secretary lelaki ni! Pantas!
“ Mana model baru tu?” tak sabar nada Iffat.
Khamis menggerakkan biji matanya ke sebelah kiri. Iffat
turut sama mengalihkan pandangannya ke arah perempuan yang jelas sedang
terpinga – pinga itu. Ditelitinya dari topi di atas kepala perempuan itu
sehinggalah di hujung kasut sukan yang tersarung di kaki. Tu belum
campur dengan seluar jeans lusuh dan baju T gambar Goku Dragon Ball GT
yang tersarung di tubuh perempuan itu lagi. Perempuan macam ni nak jadi
model?
“ Sekejap ya, cik!” Segera Iffat memberi isyarat mata kepada
Khamis untuk keluar berbincang seketika.
Usai memastikan kelibat bos dan setiausaha lembutnya hilang
di ruang itu, Husna pun apa lagi terus cari kerusi untuk melabuhkan
punggung lah. Ya, aku lah perempuan yang terpilih untuk diberi kerja
dalam syarikat ni. Kerja apa tu aku tak tahu lah. Jadi kerani pun dah ok
asalkan aku mampu bayar sewa rumah yang tertunggak dua bulan tu. Kalau
masuk bulan ketiga memang merempatlah aku dengan Ayu. Tapi apasal bakal
bos aku ni lambat sangat nak interview? Tadi setiausaha dia cakap
syarikat ni terdesak nak pakai orang. Nasib aku memang baik lah sebab
aku baru try nak mintak kerja dekat sini tadi. Tiba – tiba di offer
pulak. Bertuah badan betul!
“ Model apa yang kau cari ni, Khamis? Tomboy tu tahu tak?”
Iffat sedaya – upaya perlahankan suaranya yang memang sudah meninggi itu.
“ Habis tu, dah bos yang cakap nak perempuan dalam masa lima
minit. Bos tak cakap pun tak nak tomboy.” Polos lah pulak si Khamis ni.
Iffat membebaskan keluhan berat sejenak. “ Patut lah orang
suka ambil perempuan jadi secretary kan?” Lantas lelaki itu melangkah
masuk ke dalam pejabatnya semula. Dengan muka yang tak kenal erti
perasaan bersalah, Khamis membontoti Iffat dari belakang.
Aku membetulkan cara duduk apabila menyedari pasangan lelaki
tadi kembali memenuhi ruang mataku ini. Aku menayang wajah pelik apabila
melihat bos yang turut pelik memandang ke arah aku. Buat seketika kami
sama – sama pelik. Tiba – tiba tangan lelaki itu terus membuka topi di
atas kepalaku. Rambut depanku yang disikat ke belakang jatuh menutup
dahi. Aku terkejut sekejap. Ini yang buat aku rasa nak pukul orang
sampai koma ni!
“ Hoi, apa ni?!” suara perempuan aku pecah seketika. Aku
pantas merampas topi dari tangan lelaki biadap itu.
Iffat langsung tak terkejut. Yang pasti, dia sudah terpegun
gila melihat raut wajah di sebalik topi tadi. Cantiknya, tomboy ni! Eh,
perempuan lah! Kenapa dia sorok wajah cantik mcam ni bawah topi? Air
liur yang tersekat di kerongkong cuba ditelan. Tapi aku macam pernah
tengok muka perempuan ni. Aku pernah jumpa dia ke?
“ Ok done!” suara Iffat terkeluar tiba – tiba. Terkejut
beruk aku dibuatnya. Bukan aku sorang je, Khamis bin Jumaat ni pun
terkejut jugak tau!
“ Done apa bos?” tergagap Khamis bertanya. Iffat memberi
sengihan misteri pulak.
Share this novel