BAB 5

Drama Completed 784

Pagi itu, Iffat kelam – kabut mengikat tali lehernya di dalam pejabat.
Ni semua sebab perempuan tu punya pasal semalam. Kalau aku boleh tidur
dengan tenteram tanpa membayangkan muka dia semalam, mesti aku bangun
awal pagi tadi. Ini sampai nak pakai tali leher pun dah tak sempat.
Haish... Keluhan berat dilepaskan seketika. Pantas dia menekan interkom
di meja.

“ Khamis, masuk kejap!”

Tak sampai dua minit, Khamis muncul di hadapan mata Iffat
dengan efisiennya. Maklum lah sebab dia amat berpegang pada cogan kata
Mesra, Cepat dan Betul. Hehe.

“ Ya, bos!”

“ Model ganti semalam tu ada tinggalkan contact number dia
tak?”

Khamis berfikir sejenak. “ Tak sure lah, bos. Lepas dapat
payment semalam, dia terus balik.”

Iffat menggosok – gosok dagunya sedikit. “ Kenapa bos?” soal
Khamis pelik.

“ Aku nak dalam masa lima minit, kau pergi cari buku biodata
tentang model ganti semalam tu!” Iffat mula menggunakan kuasa vetonya.

“ Buku biodata? Untuk apa bos?”

“ Seminit dah berlalu, Khamis!”

“ Ok, ok bos!” sekelip mata Khamis ghaib. Berpuaka betul
arahan dari mulut Iffat Wajdi ni.

Dan selang beberapa minit, Khamis betul – betul terpacak di
hadapan Iffat yang kononnya sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas.
Iffat Wajdi ni bukannya jenis yang tekun bekerja pun. Kalau boleh, dia
nak goyang kaki aje dekat rumah dan duit hari – hari masuk poket. Tapi
hal itu adalah tersangat mustahil bila mempunyai seorang mama yang suka
sangat main ugutan. Kalau dia tak kerja di syarikat arwah papanya, maka
merempatlah dia di tepi – tepi jalan raya. Segala kemewahan yang dia
kecapi selama ini akan ghaib sekelip mata. Dan sebab itulah dia tabah
mengharungi segala masalah syarikat yang mendatang.

“ Dah dapat ke belum apa yang aku suruh kau cari tadi?” soal
Iffat tiba – tiba apabila menyedari Khamis sudah tersengih mengalahkan
kambing di hadapan mejanya.

“ Dapat dah, bos. Tapi saya cuma dapat nombor telefon dia
aje. Buku biodata mungkin susah saya nak cari sebab zaman sekolah dah
lama berlalu.” Ujar Khamis perlahan. Kepalanya ditundukkan sedikit.

“ Tak apa lah. Bagi sini nombor telefon dia.” Iffat menadah
tangannya manakala Khamis segera meletakkan sekeping kertas kecil di
atas tapak tangan Iffat.

Iffat tersenyum puas melihat nombor yang tertera sepuluh
buah angka di hadapan matanya kini. Rasa macam tak percaya pulak bila
melihat nombor telefon gadis pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya
kala itu. Nak telefon ke tak nak? Nak? Tak nak? Nak? Tak nak? Boleh
pulak main cak – cak kat sini!

“ Bos suka dekat Cik Husna semalam tu ya?” Khamis bersuara
tiba – tiba. Masih dengan sengihan di bibir.

Lamunan Iffat serta – merta mati. “ Kalau aku suka pun kenapa?”

“ Baguslah macam tu, bos! Lepas ni bos tak payah nak pergi
temujanji lagi dah.” Khamis tersenyum meleret.

Sangkanya senyuman itu akan melegakan hati sang pendengar
tapi meleset sama sekali. Iffat membalas dengan pandangan tajam kepada
setiausahanya itu. “ Kau perli aku ya?”

“ Eh, mana ada bos! Bos, saya pernah baca dalam satu artikel
tau kalau kita nak mengorat perempuan kita kena cakap lembut – lembut
dengan dia. Perempuan ni mudah cair bila lelaki cakap benda – benda
romantik ni.” Khamis memberi idea lapuk yang memang sudah sekian maklum
berkurun diketahui oleh ramai lelaki.

Iffat memandang lama wajah lelaki yang agak skema di
hadapannya itu. Otaknya sedang ligat merencana bait – bait kata yang
baru keluar dari mulut setiausahanya tadi. Nak kena buat ayat romantik
ke? Tapi ayat romantik tu macam mana? Kalau tak buat, tak boleh ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience