Aku Kenal Kah Dia?

Romance Series 1974

"Ok adik-adik semua. Kelas tuisyen hari ni dah tamat. Jadi, sebelum bersurai, kakak nak beri kerja rumah. Selesaikan semua bab soalan matriks. Minggu depan, kakak nak tengok, betul ke kamu ni dah kuasai bab matriks ni." kata Kak Haida memberi arahan kepada meja belah kanan.

Bagi aku, bab matriks ni la yang aku suka. Hidup dalam aliran matematik ni, memang best. Tapi, aku tak tahu ke mana ia boleh bawa aku. Kawan aku cakap, aku boleh jadi doktor. TETAPI.... aku tak minat sains. Boleh dikatakan, sampai kepala ke bawah kaki ke atas pun, aku tak boleh nak faham apa yanh cikgu terangkan. Huh..... tak payah cakap pasal keputusan peperiksaan, susah betul nak dapat gred C. Nak pecah kepala hotak kalau macam ni.

Ajib? Tak payah cakap. Kenal pun tak, ni kan nak tau otak dia aliran apa. Tapi, bila bab renung-renung ni, dialah yang paling hebat, bagi orang lain. Tapi bagi aku, tak. Sebab setiap kali dia renung kat aku, aku perasan. Cuma tak nak tegur sebab kesian, nanti dia kena *boooo* dan malu.

Tahun ni, aku dah nak masuk enam belas tahun. Kelas tuisyen aku dengan Ajib tak sama waktu sebab Ajib dah nak menduduki SPM tahun ni. Tapi kami di kelas yang sama sebab tempat tuisyen kitaorang hanya ada satu bilik je pun. So kak Haida menyediakan dua meja dalam kelas kami. Meja besar belah kiri, untuk pelajar PT3 dan meja kecil belah kanan, untuk pelajar SPM. Agak strategik juga la kedudukan kitaorang. Kak Haida pula, ke hulu ke hilir mengajar sampaikan soalan tingkatan satu, dijawab dengan jawapan tingkatan empat. Mana tak nya, kepala tak gatal, tempat kuku tangan dikikis. Garu kepala yang tak gatal.

"Eh, Ajib. Kat meja kita tu, ada awek yang nak duduk. Kawan baru kita, anak buah Kak Haida. Aku dengar dia orang dari daerah Y, tapi kena transfer kat sini sebab abang Kak Haida ditugaskan kat bandar ni. Lagi satu aku dengar, awek ni cun la weii. Gadis melayu kacukan orang puteh. Wooohooo." kata Roslan tetapi Ajib hanya mendiamkan diri sambil mengangguk tanda sokong terhadap satu-satunya kawan baik dia dalam dunia ni.

Kak Haida mengarahkan aku untuk mengumpul kertas-kertas di atas meja belah kanan kerana melihat aku yang hanya duduk sambil menunggu kakak sepupu aku habis belajar. Kakak sepupu aku ni leceh sikit. Tak suka buat kerja sekolah di rumah. Nanti tak sempat siap. Aku mengelilingi meja belah kanan itu dari titik permulaan sampailah ke titik pengakhiran. Aku menamatkan kerja ku dengan mengumpul helaian kertas yang ada di hadapannya memandangkan kertasnya lah yang paling akhir aku kumpul. Setelah selesai, aku serahkan kertas itu kepada Kak Haida.

" Kak Ri, Ana balik dulu. Kalau nak tunggu Kak Ri, sampai putih rambut la jawapannya. Bye kak." aku meminta diri untuk pergi kerana terlalu mengantuk. Kak Ri hanya mengangkat tangan sambil mengangguk. Tak boleh nak ganggu langsung.

Rumah aku dengan rumah Kak Haida tak lah jauh sangat. Ambil masa sepuluh minit sahaja. Aku mengatur langkahku dengan lemah kerana terlalu mengantuk. Selepas lama berjalan, akhirnya aku tiba di rumah dan langsung merebahkan diri di atas katil. Kak Ri? Kalau nak tengok cara dia buat kerja, tak la lama sangat. Bergantung jenis soalan. Aku dan Kak Ri mempunyai aliran otak yang sama. Matematik. Mungkin ada dalam darah moyang kitaorang kot. Arrgghh.. Kak Rihana tetap kalah juga tu bila bab matematik ni. Akulah juara, dalam mimpi. Sedangkan kenapa Thomas Edison gagal hasilkan lampu selama banyak kali, pun Saya tak tau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience