Teguran Pertama

Romance Series 1974

Aku betembung dengan Ajib di hypermarket. Dari jauh, aku dah boleh kenal pasti melalui cara jalannya, lain dari yang lain. Dalam masa yang sama, aku pula yang cuba mengelak dari bertembung dengan dia. Aku dan Ajib belum pernah mengeluarkan satu perkataan pun antara satu sama lain. Walaupun satu bilik tuisyen, bercakap pun tak pernah dengan aku. Nak kata dia pendiam, tak juga. Ajib dan Roslan selalu kena denda salin nota ringkas lima kali setiap bab sebab bising. Kedudukan aku membelakangi kedudukannya, begitu juga kedudukannya. Kami saling membelakangi. Tapi tak pernah bersembang atau bercakap.

Aku berjalan dari satu rak ke rak lain sebab nak elak dari bertemu dengan Ajib. Jalan dan jalan, tiba-tiba aku berhenti dengan mengejut bila Ajib dah ada depan mata aku. Jantung aku bagai nak meletup melihat dia yang tiba-tiba muncul di depanku. Aku tersenyum kambing di hadapannya.

"Hai... Ana..." tersekat-sekat suara Ajib menyapa aku.

"Eh, Razif. Kamu rupanya. Buat apa kat sini?" bodohnya aku bertanya soalan tu kat dia. Orang kat sini nak beli barang la. Takkan nak joging.

"Eh, tak payah lah paggil Razif. Panggil Ajib je. Saya kat sini beli barang. Awak pula?" eh, dah tentulah Ana pun nak beli barang. Soalan merepek apa yang kau bagi ni Jib?

"Errr... Saya pun nak beli barang juga. Hehe.. Oh ya, kamu dengan siapa?" soalku lagi. Penyibuk betul la kau ni Ana.

"Oh, saya dengan mak saya. Awak pula?" soalan apa lagi ni Jib?

"Eh, hehe. Saya pun datang dengan mama saya." kataku.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu lah. Takut nanti mak saya cari saya pula." kata Ajib sambil membetulkan barang yang dia pegang.

"Ok. Saya pun nak cari mama saya ni. Hati-hati awak." aku menekup mulutku. Ajib ketawa melihat gelagatku.

What?! Ana, kau ni dah kenapa nak suruh dia hati-hati. Dia tu pandai jaga dirilah.

Aku berjalan dengan laju sambil membawa sekotak coklat yang abang-abang aku pesan sebelum aku dan mama berjalan ke hypermarket. Suatu peristiwa yang lagi mengejut sedang menunggu aku. Mak Ajib dan mama bukan main khusyuk lagi bersembang.

"Milah! Makin besar aku nampak kau. Haha." kata mak Ajib kepada mama.

"Amboi, kak Yun. Perli nampak. Haha. Apa khabar kak Yun? Kita ni tinggal sekampung, tapi jarang berjumpa." kata mama.

"Ha ah la Milah. Susah la kita nak keluar rumah ni. Lain nak urus laki, nak urus anak yang masih sekolah, nak urus cucu lagi. Haihhh. Penat tapi seronok juga." kata Yunita sambil dengan nada mengeluh.

"Ha ah la. Lupa pula yang kak Yun ni dah jadi nenek. Cucu kak Yun dah nak masuk enam, kan. Nanti bila Wina dah melahirkan, bertambah lagilah cucu kak Yun. " Shari Milah membalas.

"Ha, kau ni, bila nak timang cucu?" soal Yunita, mak Ajib.

"Hmmmm.... Nak harapkan anak pertama aku tu kak, entah bila baru dia nak kahwin. Bila tanya pasal kahwin, nanti-nanti je jawapan anak sulung aku tu kak." kata Milah sambil mengeluh.

"Eh, Nazri masih status bertunang ke?" soal Yunita lagi.

Mama hanya mengangguk. Nazri Sullae, abang sulung aku yang sudah bertunang dengan seorang gadis Iban yang kini sedang melanjutkan pelajaran. Abang Nazri dah setahun bertunang. Apa-apa maklumat pasal dekatnya pernikahan mereka, masih belum kedengaran. Alasannya, abang masih belum ready dari segi bajet, tanggungjawab dan bla bla bla... Mama, Abang Nariz, Abang Nazir dan aku pun pening dan bingung, apa nak jadi dengan abang sulung aku ni.

"La... Lambat laun, nikah juga mereka tu." kata Yunita yang kembali mencuit hati mama sehingga ketawa.

"Ha, anak kak ni masih ada ke yang masih sekolah?" soal mama.

"Ada lagi la. Ni yang bongsu lagi ni masih sekolah. Si Ajib." kata Yunita.

"Aahhh. Ajib... Eh, bukannya Ajib satu tuisyen eh dengan Ana?" soal mama.

"Eh? Anak kita satu tuisyen ke? Tak tau pulak." soal Yunita kembali.

"Haha. Ye la tu agaknya. Sebab Ana dan Rihana pernah cerita tentang Ajib kat aku, kak." kata mama.

"Hahaha... Mesti pasal Ajib dan Roslan selalu kena denda ni, kan." teka Yunita sambil ketawa. Yunita kenal sangat dengan anak bongsunya.

"Ha ah, kak. Begitulah ceritanya." kata mama.

Dari jauh, mama dah nampak aku. Baru je aku nak elak, mama dah teriak nama aku.

"ANA!" jerit mama. Mak Ajib pun terkejut sambil memalingkan kepalanya ke arah aku.

"Ye ma. Janganlah jerit nama kita kat public ma." kataku sambil merungut dengan perlahan.

Aku mendekati mama dan mama memeluk bahuku berhadapan dengan mak Ajib.

"Ha, ni anak aku yang bongsu, Leana." kata mama sambil menepuk belakang aku. Aku menyalam tangan mak Ajib.

"Ha.... Cantik molek anak bongsu kau ni ya, Milah. Putih lagi tu. " puji Yunita, mak Ajib.

"Ha ah kak. Ikut papa dia, kadazan-sino. Semua sepupu belah papa dia, semua putih-putih." gurau mama.

"Haha.. Kau ni Milah. Kalau laki kau kat sini, kembang hidung dia nanti." gelak besar mama aku dan mak Ajib ni.

"Nasib baik dia tak de, kak. Ni, kak.... Mana anak bongsu akak?" soal mama.

"Ha, tu dia." Yunita menaikkan jari telunjuknya.

Ajib berjalan dengan tergopoh-gopoh membawa barang selepas sahaja mak dia paggil.

"Ada apa, mak? Barang banyak ni, mak suruh Jib lari-lari pulak." kata Ajib dengan nada mengeluh.

" Ni hah, makcik Milah kamu yang tinggal kat lorong depan tu. Ni anak bongsu dia, Ana. Mesti kamu kenal kan?" kata Yunita.

"Makcik..." Ajib hanya menganggukkan kepala kerana tangannya penuh dengan barang dan susah nak bersalaman. Ajib hanya memandang aku dengan senyuman dan aku membalasnya dengan senyum kambing. Mama pula, terpegun dengan Ajib.

"Kak, ni Ajib?" soal mama meminta kepastian.

"Ha ah la. Ajib." jawab Yunita.

"Macho, sado, hensem. Ish, pakej la Ajib ni." puji mama.

Aku memalingkan mukaku ke arah lain. Takut kalau-kalau ada yang perasan aku menahan ketawa. Ajib hanya tersenyum malu.

"Eh, kau ni Milah. Dia ni biasa-biasa je la, Milah. Tak hebat sangat." balas Yunita.

"Kak... Ajib ni banyak yang suka tau. Dengan tingginya lagi ni. Hish.... Macam nak je aku jadikan menantu." gurau mama yang menimbulkan IDEA BERNAS KONONNYA kepada Yunita.

"Kalau macam tu, kita jodohkan je la. Macam mana?" soal Yunita.

Boleh pula mereka berdua ni cakap pasal nak jodohkan kita orang berdua depan-depan. Aku dan Ajib hanya memalingkan muka aku ke arah yang lain kerana menahan malu.

Perbualan mama dengan mak Ajib terhenti bila aku dan Ajib berpura-pura penat nak pegang barang. Kami membuat haluan masing-masing. Aku dan mama terus ke kaunter bayaran. Ajib dan mak dia masih mencari barang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience