*** SETAHUN KEMUDIAN ***
Cepat sungguh masa berlalu. Kini, aku telah tamat sekolah menengah dan sedang mempersiapkan diri untuk ke cafe. Sudah tiga bulan aku bekerja di cafe selepas keputusan aku keluar. Syukur, semua subjek lulus. Aku mendapat lima A+ daripada sembilan subjek dan selebihnya hanya gred B. Lebih mengejutkan, subjek Sains aku salah satu subjek yang mendapat gred A+. Susah nak percaya, tetapi itu yang terjadi. Aku salah seorang pelajar top five dalam aliran sains tulen. Sekarang, aku masih menunggu kelulusan permohonan aku kat universiti sambil bekerja. Aku dan Syuhadah bekerja di tempat yang sama. Maklumlah, cafe kakak dia kan.
Hujung bulan ni pula, abang Nazri dan kak Sabariah akan nikah. Tak sabar rasanya nak ada kakak ipar. Mama pun tak sabar nak ada menantu. Maklumlah, anak pertama yang nak nikah. Abang Nariz pula dah nak tamat semester. Lepas ni, dia akan jadi pilot untuk penerbangan domestik. Tak sabar nak naik kapal terbang yang dibawa oleh abang Nariz. Majlis nikah abang Nariz dengan kak Geeta di awalkan sebab kak Geeta nak sambung belajar. Bermakna, dua bulan selepas majlis abang Nazri, giliran abang Nariz la pula yang naik pelamin. Abang Nazir dengan kak Amira, kawan kolej abang Nazir yang kini bekerja sebagai arkitek, masih belum ada berita tentang bila mereka nak nikah. Aku pula, kalau ikutkan mama dan makcik Yunita, nak nikahkan dulu aku dengan Ajib. Tapi, papa tak bagi sebab kena bagi yang tua dulu. Lagipun aku masih terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga. Papa nak aku rasa hidup sebagai seorang bujang.
Kereta Bezza mak Ajib sudah tiba di hadapan rumah. Hari ni, Ajib hantar aku ke kerja. Papa pula dah tak larat nak bawa kereta. Sebab itu lah abang Nazir tak dapat nak hantar aku pergi kerja. Selalunya, memang abang Nazir yang hantar. Papa pula asyik gesa aku je, nak bawa kereta dia tu. Tapi kereta papa tu besar sangat. Tak sesuai untuk aku bawa ke kerja. Cadangan papa pula nak tukar kereta dengan abang Nazir. Bagi aku, baik tak payah. Abang Nazir tu sayang sangat dengan kereta dia tu. Dia tak bagi sesiapa pun bawa kereta Proton Saga dia tu. Kalau nak tumpang je baru boleh naik kereta dia tu. Tapi kalau nak pinjam, mimpi je la jawapannya.
" Wak, Aisyah akan datang esok. Apa yang saya risaukan sekarang ni, macam mana kita nak terus terang kat dia yang kita dah tunang?" kata Ajib sebaik sahaja aku selesa duduk dalam kereta.
Aku terpaksa duduk depan sebab anak-anak buah Ajib ikut sekali. Katanya nak rasa makanan kat cafe tempat aku kerja.
"Aunty, kat cafe aunty ada mainan tak?" soal Syukri, anak buah Ajib.
"Ada, Syukri. Aii? Syukri nak pergi kat cafe kakak kerja ni untuk main ke atau nak makan?" soalku.
"Nak makan la, aunty. Tapi kalau boleh, nak main sekali." gelak Syukri.
Aku hanya tersenyum manis kepada Syukri. Tiba-tiba, Saidah, adik Syukri yang hanya berdiam diri dari tadi, bersuara.
"Aunty, abang ni tau main je la. Dia taknak makan kalau mainan tak ada." kata Saidah sambil ketawa.
Aku terhibur dengan gelagat dua budak ni. Lucu plus peramah. Sama macam nenek mereka, mak Ajib. Aku kembali menumpukan perhatian ku ke hadapan. Ajib kembali meningatkan aku soalannya yang tergantung bila Syukri dan Saidah mula buka mulut. Tapi sekarang, Syukri dah khusyuk dengan gitar mainan dia dan Saidah pula dah terlelap kat tempat duduk belakang Ajib.
" Wak, dengar tak apa yang saya cakap tadi?" Ajib mengingatkan aku.
"Dengar la awak. Aisyah nak datang esok kan."
"Iya. Awak tau kan yang Aisyah tu macam mana."
"Saya tau lah yang Aisyah tu sepupu awak. Yang syok kat awak tu. Sebab masa korang kecil, awak iyakan je pasal awak nak kahwin dengan dia tu. Dah lah, tak payah cakap pasal ni lagi. Awak pun tak boleh lah layan Aisyah tu dengan tak baik. Macam mana pun, dia tu keluarga awak, sepupu awak. Anak adik mak awak." aku mematikan perbualan kami.
Suasana kereta menjadi senyap. Tiada seorangpun yang bercakap. Hanya Syukri saja yang masih khusyuk membunyikan gitar mainannya yang nyaring, tetapi akhirnya terlelap juga.
Kami telah tiba di cafe. Ajib tidak sampai hati nak bangunkan anak-anak buah kembarnya itu. Lalu, dia mendukung Saidah dan aku mendukung Syukri. Berat tu, tak lah berat sangat. Walaupun dah berumur lima tahun, tetapi tubuh mereka masih kecil lagi. Mungkin ikut baka mak diorang kot, kecil-kecil tapi comel. Haha.
"Adah, prepare toys budak-budak. Anak-anak buah Ajib datang ni." aku memberi arahan sebaik sahaja pintu cafe aku tolak.
"Uishhh, bakal pengantin baru dah kelihatan seperti keluarga yang bahagia la. Ni budak kembar ni dah macam anak korang dah." gurau Syuhadah.
Berita pertunangan kami telah tersebar satu sekolah semasa keputusan SPM keluar. Ni semua gara-gara kecuaian aku yang tak sengaja membongkar rahsia kepada Syuhadah. Syuhadah pun, mulalah jadi ejen wartawan.
"Eh, kau ni. Kan dah bangun dah Syukri ni." aku mencubit lengan Syuhadah yang semakin berisi.
Syukri terbangun bila terasa sejuk penghawa dingin dalam cafe. Saidah pula sudah siap duduk di riba Ajib. Aku meletakkan Syukri di sebelah Ajib lalu mengambil mainan yang dihantar Syuhadah dan aku letak di atas meja. Kak Syahidah, kakak Syuhadah, juga merupakan bekas teman sekelas Ajib.
Pekerjaan seharian aku jalani seperti hari-hari biasa.
*** RUMAH AJIB ***
Setelah Yunita selesai membersihkan bilik tetamu, akhirnya tetamu yang dinantikan telah pun tiba. Adik Yunita, Aminah bersama anaknya Aisyah telah berada di ruang tamu. Aisyah tidak dapat duduk diam selagi Ajib tidak berada di depan matanya.
"Makcik, Ajib mana?" soal Aisyah.
Yunita tahu sangat pasal Aisyah syok kat Ajib. Tetapi Yunita tak berkenan dengan Aisyah sebab sikap dia yang terlalu bersosial
"Ajib tak da kat rumah. Hari ni, Roslan datang sebab ada kursus. Kamu tau la kan Ajib dan Roslan tu macam mana. Dia dengan Ana pergi jumpa Roslan la tu." kata Yunita.
Agak seronok juga Yunita kenakan Aisyah. Aminah, adik Yunita, nak sangat jodohkan Ajib dengan Aisyah, tetapi tidak bagi Yunita. Sehingga hal ini menjadi isu utama mereka tidak bertegur selama lima tahun. Yang lebih menyakitkan hati Aminah, Yunita sudah tunangkan Ajib dengan Ana. Aisyah memang tidak sukakan Ana dari dulu lagi kerana menganggap Ana sebagai orang ketiga antara dia dan Ajib.
"Ana? Kenapa pula dengan Ana?" soal Aisyah yang mula menunjukkan muka bengang.
"Aii, kan Ana tu tunang Ajib. Biarlah mereka berdua keluar bersama. Lagipun, mereka tak lama lagi nak kahwin." kata Yunita berpuas hati.
"Kakak yakin ke nak nikahkan dua budak tu. Mereka kan muda lagi. Aisyah ni, dah lama berkenan dengan Ajib. Tapi akak langsung tak pandang." kata Aminah membelas Aisyah.
"Minah, aku ni mak Ajib. Jadi aku tau apa yang terbaik untuk anak aku."
"Jadi, akak nak cakap la yang Aisyah ni bukan yang terbaik buat Ajib?"
"Minah, Aisyah boleh lagi cari orang yang lebih baik dari Ajib kat luar sana."
"Iiihh! Makcik, Aisyah tetap nak Ajib juga." suara menjengkelkan buat Yunita dari Aisyah mematikan perbualan.
Yunita terus menunjukkan bilik mereka. Ayah Aisyah pula outstation. Tujuan mereka datang sebab Yunita adakan majlis akikah untuk cucu dia yang baru lahir.
Hari semakin gelap. Kelibat Ajib telahpun kelihatan di pintu rumah. Aisyah yang dari tadi tidak senang duduk terus memaut lengan Ajib. Ajib hanya tergamam dan terkejut.
"Abang... Abang apa khabar?" soal Aisyah bersuara gedik manja.
"Eh, Aisyah. Apa khabar? Bila sampai?" soal Ajib yang cuba melepas tangannya dari pautan Aisyah.
"Abang ni, tak payah lah panggil Aisyah. Panggil la Aisyah macam dulu-dulu, Chacha. Takkan tu pun abang lupa. Abang ingat lagi tak janji kita dulu?"
"Oh, Cha. Janji apa ya?" Ajib buat-buat lupa.
"Abang, janji yang abang nak kahwin dengan Cha la. Takkan abang lupa. Chacha masih ingat tau sampai sekarang."
"Aisyah, kita kan masih kecil lagi time tu. Tak tahu apa-apa pun."
Ajib terus melepaskan pautan Aisyah lalu mengatur langkah dengan laju ke bilik dan kunci. Aisyah ni licik sikit. Kalau bilik Ajib tak kunci, pandailah dia menyelinap masuk dan berbaring di katil Ajib.
"Arrghh! Dia kunci la pula bilik dia." kata Aisyah sambil cuba untuk membuka pintu bilik Ajib.
*** KEESOKAN HARINYA ***
Pagi yang agak suram. Sebuah keluarga yang sedang menikmati santapan di meja makan, saling bertukar pandangan. Aisyah pula, tak henti-henti memandang Ajib dengan perasaan yang tidak puas hati.
"Mak, Ajib nak hantar Ana hari ni ke butik. Mereka nak try baju." kata Ajib.
"Ha, eloklah tu. Bawa Syukri dan Saidah sekali. Dua budak tu nak sangat jumpa Ana. Rindu katanya." kata Yunita.
"Memang pun nak bawa diorang. Abang Nazri nak diorang dua jadi tukang bawa cincin dan bunga." kata Ajib.
"Ha, eloklah tu." balas Yunita.
"Eh, kenapa pula Ajib yang nak hantar Ana? Bukannya abang-abang dia masing-masing ada kereta ka? Kan bagus kalau Ajib bawa Aisyah jalan-jalan." sampuk Aminah.
"Maaflah, makcik. Bukannya Ajib tak nak. Tapi, Ajib pun kena try baju juga sebab Ajib yang akan teman pengantin lelaki nanti." kata Ajib.
"Eh, takkanlah dua puluh empat jam nak try baju. Lepas abang try baju, abang bawalah Chacha jalan-jalan. Chacha baru je sampai semalam. Chacha pun nak juga rasa bandaraya kat sini." celah Aisyah.
"Alah, Ajib. Bawa je lah anak makcik ni. Makcik ni dah lama tinggalkan tempat ni. Sejak Aisyah kecil lagi. Bawalah Aisyah kenal bandar ni. Boleh kan, kak?" kata Aminah.
Yunita tidak boleh menolak. Demi mengelakkan hubungan kekeluargaan retak lagi, dan atas nasihat suami, Yunita terpaksa bersetuju.
Aisyah terus naik bersiap lalu menempatkan dirinya di tempat duduk hadapan. Baru sahaja Ajib nak letakkan Syukri kat tempat duduk hadapan, Aisyah sudah terlebih dahulu menempatkan dirinya.
"Eh! Makcik jahat! Kenapa ambil tempat duduk aunty Ana?!" rengek Syukri.
Aisyah menjeling tajam. Syukri membuat muka tidak puas hati. Ajib tiba di hadapan pintu pagar rumah Ana.
Aku hairan dan panas bila nampak Aisyah yang duduk di bahagian hadapan. Panas pula hati aku ni duduk di belakang sambil menonton lakonan Aisyah ni yang konon Ajib pun suka kat dia. Meluat aku. Nasib baik dua budak ni jadi ubat kepanasan aku.
"Aunty, Syukri tak boleh bayangkan betapa cantiknya aunty nanti bila pakai baju cantik." puji Syukri.
"Ha ah. Bang Syuk, nanti bila aunty Ana nak kahwin dengan uncle, Idah nak jadi pengapit aunty Ana. Sebab aunty Ana cantik, jadi Idah mestilah dengan aunty Ana supaya nampak cantik juga." puji Saidah.
Terhibur hati aku dengan dua budak ni. Siap nak ambil posisi lagi tu nanti masa nikah kami nanti. Wajah Aisyah yang jelas aku lihat dengan muka tidak puas hati di cermin hadapan, aku tatap lalu aku jeling. Puas hati aku. Mudah-mudahan, jodoh aku dengan Ajib berpanjangan.
"Syukri, sedangkan kahwin boleh cerai, ni kan baru tunang. Silap-silap, belum sampai hari nikah, dah putus." perli Aisyah.
"Eh, Aisyah. Apasal awak cakap macam tu kat budak-budak. Diorang tu kecil lagi." tegas Ajib.
"Eh, Aisyah. Kalau ya pun kau tak suka aku, tak payah lah nak ajar budak-budak ni yang tak betul." aku membalas.
"Eh, Leana. Tau juga kau yang aku tak suka kau. Tapi yang kau nak juga kebas hak aku apa hal?" Aisyah melenting sambil memutarkan tubuhnya ke belakang menghadap aku.
"Excuse me? Hak kau? Hei, aku tak pernah rampas hak kau. Tapi takdir yang bagi aku hak aku." aku meluahkan rasa tidak puas hati aku. Rampas? Sorry lah.
"Eh, kau ni memang perempuan murahan kan?" bentak Aisyah.
Secara mengejut, kereta yang kami naiki berhenti. Brek kereta di pijak sampai dalam oleh Ajib.
"Aisyah!!! Yang kau hina tu tunang aku tau! Orang yang akan jadi isteri aku. Kalau kau tak hormat orang yang aku sayang, jangan harap aku nak hormat kau, Aisyah." bentak Ajib selepas hilang sabar.
"Abang! Sampai hati abang buat Chacha macam ni."
Lantas pintu kereta di buka oleh Aisyah lalu keluar dari kereta. Selepas sahaja pintu kereta ditutup, Ajib terus memecut meninggalkan Aisyah.
"Ish! Abang! Sampai hati abang tinggalkan Chacha kat tepi jalan! Abang!!!" jerit Aisyah.
Puas hati aku. Sayang juga Ajib dekat aku ya. Tapi tiba-tiba rasa serba salah pula.
"Awak, janganlah layan Aisyah macam tu. Kesian dia. Dia tu sepupu awak tau."
"Dah lah awak. Saya malas lah nak cakap pasal benda ni." Ajib mematikan perbualan.
Kesian dua budak ni. Terpaksa jadi saksi pergaduhan kami bertiga. Syukri dan Saidah hanya termenung keluar tingkap.
Share this novel