Maafkan Aisyah

Romance Series 1974

"Selamat petang aunty.. eh salah. Mak cik Yunita." jeritku dari depan rumah.

Tergesa-gesa mak cik Yunita berlari sampai ke hadapan rumah.

"Ye, siapa tu?" jerit mak cik Yunita dari dalam.

Sebaik sahaja wajahku ditangkap oleh pandangan matanya, langkah kakinya terhenti di muka pintu.

"Ana....." ucapnya perlahan.

"Masuklah, Ana." pelawa mak cik Yunita.

Pintu pagar kecil di kaki lima dibuka. Aku melangkah masuk ke dalam rumah mak cik Yunita. Agak berselerak dengan baju-baju. Mak cik Yunita juga berpeluh-peluh mengemas.

"Maaflah, nak. Rumah mak cik ni berselerak sikit sebab cucu-cucu makcik ada datang tadi."

"Tak pa mak cik. Ana faham. Mak cik apa khabar?"

"Macam ni lah Ana. Khabar baik. Sibuk jaga cucu dengan Aminah." rungut mak cik Yunita.

"Mak cik Aminah macam mana? Okey?"

"Dia okey, sihat. Mama kamu ada cerita pasal dia?"

"Iya, mama cerita masa Ana kat Boston hari tu. Kasihan pula Ana dengar. Mak cik sabar dan tetap kuat. Semua yang jadi ada kebaikan menanti."

"Terima kasih Ana. Ni, nak jumpa Isya? Maksud mak cik Latisya. Dia teringin sangat nak jumpa kamu. Isya kata, arwah Aisyah selalu cerita tentang kamu kat dia."

"Boleh juga. Tapi kenapa arwah Aisyah nak cerita saya kat Latisya?"

"Mak cik pun tak tahu. Ni, dia ada kat bilik sebab dia demam. Baru je Ajib hantar tadi lepas pulang dari hospital."

"Oh, yalah mak cik. Saya ke bilik dia."

"Kalau macam tu, biar mak cik ke dapur dulu untuk siapkan minum petang. Bilik dia sebelah bilik Ajib ni. Kalau masuk, Ana kejutkan je."

Aku melangkah menuju ke bilik yang dikatakan oleh mak cik Yunita. Pintu bilik aku capai lalu tombol pintu aku tolak ke bawah. Suasana bilik kelihatan gelap kerana cahaya matahari petang ditutupi dengan langsir tebal. Suhu penghawa dingin dalam linkungan dua puluh darjah. Tubuh kecil seorang budak perempuan berbaring membelakangiku dengan bertutupkan selimut tebal. Aku mendekati budak perempuan itu lalu aku kejutkan.

"Isya? Isya? Latisya?"

Tubuhnya beberapa kali aku goyangkan. Latisya menggeliat dan terbangun apabila merasakan ada yang mengganggu tidurnya.

"Kenapa ganggu Isya tidur, nek?" rengek Latisya menyangka kalau aku ialah neneknya.

"Ni bukannya nenek Isya la. Ni aunty Ana. Nenek Isya kata kalau Isya nak sangat jumpa dengan aunty Ana?" kataku lembut.

"Aunty Ana? Aunty Leana?"

"Iya, itu nama penuh aunty, Leana. Tapi orang-orang sini panggil aunty, Ana. Kenapa Isya nak jumpa aunty?"

"Sebab arwah mama yang suruh."

Jawaban Latisya membuatkan aku hairan. Kenapa arwah Aisyah suruh anak dia jumpa aku? Apa motif dia?

"Kenapa pula arwah mama Isya yang suruh?" soalku ingin tahu.

"Arwah mama minta Isya untuk sampaikan permintaan maaf arwah mama dekat aunty."

Maaf? Aisyah minta maaf dengan aku? Kenapa? Apa dia dah buat kat aku? Sebab masa lalu tu ke? Tapi aku tak pernah berdendam dengan dia. Aku terima keadaan aku dengan Ajib. Walaupun awalnya sakit dan susah, tapi aku berjaya melupakan perasaan itu.

Latisya turun dari katil lalu menuju ke meja belajar di hujung katilnya. Laci dibuka lalu sepucuk surat dikeluarkan dari laci itu. Sampul surat itu diserahkan kepada aku. Sampul surat nipis itu terasa berat di telapak tanganku.

"Ni surat-surat tulisan tangan arwah mama yang mama tulis sebulan sebelum mama meninggal. Isya tak baca sebab ini amanah arwah mama kepada Isya untuk sampaikan kepada aunty."

Sampul surat itu aku renung.

***************

Keadaan Aisyah semakin tenat. Nafasnya tidak teratur. Beberapa jururawat dengan seorang doktor mengerumuni Aisyah. Pintu bilik wad peribadi ditutup. Latisya memegang tangan Razif yang diletakkan di bahunya dengan erat.

"Papa, kenapa mama?" kata Latisya

"Sabar sayang. Mama kena check dengan doktor dulu." kata Razif, menenangkan Latisya.

Selepas beberapa minit, seorang doktor perempuan keluar dari bilik tersebut.

"Kita tak ada cara lain. Sementara menunggu bilik ICU ada kekosongan, kami harus memasang beberapa tiub pada tubuh Aisyah." kata doktor tersebut.

"Buat je apa yang patut."

Hanya itu saja yang mampu dikatakan oleh Razif.

Selepas sehari tidak sedarkan diri, jari tangan Aisyah diurut oleh Razif. Terasa ada sedikit gerakan pada jarinya. Lantas mata Aisyah terbuka.

"Isya, mama dah sedar." kata Razif pada Latisya yang duduk termenung.

"Mama!" jerit Latisya gembira.

Latisya berlari mendapatkan Aisyah.

"Sayang perlahan-lahan. Mama kan tengah sakit." tegur Razif.

"Tak apa. Isya rindu mama tak?" soal Aisyah lemah.

"Mestilah rindu." jawab Latisya.

"Saya pergi jumpa doktor dulu ya. Awak jangan banyak sangat bercakap. Awak masih lemah. Isya pula jangan buat mama banyak bercakap. Nanti tenaga mama berkurang."

Razif meninggalkan Aisyah.

"Isya, mari sini." panggil Aisyah.

Latisya mendekati Aisyah lalu duduk di samping katil.

"Isya, andai kata mama dah tak ada, Isya kena janji dengan mama untuk jaga diri Isya, jaga makan minum Isya, jaga nenek dan papa, dan banggakan nenek dan papa. Boleh?"

"Kenapa mama cakap macam tu? Mama nak pergi mana?" soal Latisya.

"Mama mungkin tak lama untuk ada dekat Isya, tapi mama akan terus perhatikan Isya."

Latisya hanya tersenyum. Dalam umur enam tahun, dia masih belum memahami keadaan Aisyah.

"Isya, boleh tak mama minta tolong dengan Isya?"

" Apa dia mama?"

"Dalam laci meja belajar Isya, mama ada letak lima sampul surat. Satu untuk nenek Yunita dan atuk Hussin, satu untuk nenek Aminah, satu untuk papa dan satu untuk Isya. Semua nama ada kat sampul surat tu."

"Satu dua tiga empat.... Aii? Itu kan baru empat. Mama kata ada lima. Satu lagi tu untuk siapa?"

Aisyah tersenyum melihat kepintaran anaknya.

"Satu tu untuk Aunty Leana. Tapi dia tak ada kat sini."

"Habis tu? Aunty tu kat mana?"

"Aunty tu ada kat luar negara. Nanti bila dia balik, bagi sampul surat tu kat Aunty Leana, ya."

"Oohhh, aunty yang mama selalu cerita kat Isya tu?"

Aisyah mengangguk senyum.

"Janji dengan mama, surat untuk aunty Leana, Isya jangan baca. Tapi kalau Isya nak tahu, mintalah aunty Ana bacakan. Yang penting, Aunty Leana harus jadi orang pertama yang baca surat mama baru Isya boleh baca."

Latisya mengangguk tanda faham. Mamanya dipeluk dengan penuh kasih sayang.

"Isya sayang mama tau, ingat tu." kata Latisya.

"Ma..ma pun sa.....yang Isya...." hembusan nafas terakhir Aisyah.

Tiiittt.............. Mesin hayat berbunyi.

"PAPA!!!"

**

"Ni atas permintaan Aisyah, Razif. Dia kata dia sedia untuk jalankan prosedur ni." kata doktor Riana, doktor yang merawat Aisyah.

"Tapi, takkan dia main setuju je?" kata Ajib tidak puas hati.

"Semua borang dia telah tandatangan. Prosedur akan dijalankan esok petang. Sekalipun nak buat pembedahan, Aisyah tetap tidak dapat diselamatkan dan mungkin akan bergantung kepada mesin. Aisyah kata dia dah penat."

Borang yang ditandatangan oleh Aisyah diserahkan kepada Razif sebagai bukti. Air mata lelaki Razif jatuh membasahi tanda nama pada baju jururawatnya. Dia kembali ke bilik Aisyah selepas mendengar suara Latisya. Surat tersebut disembunyikan dalam bajunya. Terlambat, semua sudah terlambat. Aisyah sudah pergi buat selamanya.

**************************

"Aunty, suatu hari nanti, Isya pun nak jadi macam aunty." kata Isya bersemangat.

"Iya? Kalau macam tu, Isya kenalah belajar rajin-rajin, baru boleh jadi macam aunty." kataku sambil mengusap rambut paras bahu Latisya.

Selesai bertemu dengan Latisya, kami berdua menyertai mak cik Yunita di luar untuk minum petang. Mak cik Aminah memandangku lantas mengalirkan air mata. Tanganku dengan penuh usaha dicapai. Tangan kananku terasa seperti ada sentuhan.

"A....nnn....aaa"

Mak cik Yunita terkejut lalu berdiri mendapatkan mak cik Aminah.

"Minah, apa kau cakap tadi?" soal mak cik Yunita.

"Ss....a....yy....aa mmm.....ii...nn...ttta.. M...aa...aaff.." tersekat-sekat mak cik Aminah berkata.

Aku tersentak. Laju aku menyambut tangannya yang hampir jatuh kerana masih lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience