SUDAH beberapa hari, dia tinggal di dalam rumah Nabeel. Sepanjang itu juga, dia perlu melayani kemahuan Nabeel kalau tidak lelaki itu akan mengamuk dan hilang akal. Pada mulanya dia bersetuju untuk memberikan tubuh badanya pada lelaki itu tetapi nampak gayanya lama-kelamaan, Nabeel semakin agresif. Boleh dikatakan setiap malam dia mahukan tubuhnya itu.
"Thea! Thea!!"
Thea yang sedang asyik mengelamun terkejut dek jeritan Nabeel dari tingkat bawah. Terkocoh-kocoh dia menuruni anak tangga dengan hanya memakai dress tidur paras atas lutut. Itu pun Nabeel yang belikan. Dia hanya tahu pakai saja.
"Kenapa ni awak? Jerit-jerit?" soal Thea sebaik saja dia menghampiri susuk tubuh Nabeel.
"Saya... saya nak awak keluar dari rumah ni. Ni, ambil ni. Family saya balik secara mengejut. Itu pun kawan saya nampak diorang dekat KLIA. Please, awak ambil telefon saya lagi satu dalam bilik tu lepas tu ambil duit ni dan keluar dari sini. Kemas baju awak. Saya dah oderkan Grab. Lagi 30 minit dia sampai. Cepat-cepat..."
Thea terpinga-pinga sebelum dia mendaki anak tangga satu per satu. Nabeel menghalau dia gara-gara keluarganya hendak pulang ke rumah? Kenapa Nabeel tak nak memperkenalkan dirinya kepada keluarganya?
"Thea! Cepat!"
Thea terus menyalin baju ala kadar sahaja. Sudahlah malam. Cuaca pula sejak dua menjak ini hujan tidak berhenti. Mesti suasana sejuk di luar sana. Segera dia menggalas beg di sebelah bahu sambil membetulkan jaket di tubuhnya. Rambutnya dibiarkan terurai. Segera dia menuruni anak tangga.
"Dah. Saya dah siap. Saya nak stay kat mana nanti, awak?" soal Thea dengan nada takut. Entah kenapa dia rasa tak yakin hendak membawa seorang diri di tengah-tengah malam begini. Perutnya pun terasa lapar. Tak sempat hendak menjamah apa-apa.
"Tak kisah lah mana-mana. Janji awak stay kat tempat yang selamat. Nanti tolong beritahu saya kat mana awak. Saya bagi awak duit tu lebih dari cukup untuk sebulan atau dua bulan. Apa-apa saya akan contact awak. Dalam sampul tu ada kad bank saya yang lagi satu. Ada RM2000 saya pindahkan dalam akaun tu. Awak gunalah, okey? Hati-hati. Saya sayang awak." Bibir Thea dikucup sebelum tubuh gadis ditolak perlahan ke luar.
Teragak-agak Thea mahu masuk ke dalam perut kereta Grab. Entah apalah nasibnya kali ni. Sudahlah gelap macam ni dihalau keluar pula tu. Kenapalah Nabeel tak sediakan satu rumah khas untuk dia? Tak adalah kelam-kabut macam ni. Benci pula.
"Cik nak saya berhentikan dekat mana ya? Sebab dekat sini tak tulis poin yang jelas. Ada nama jalan saja."
Thea terdiam sejenak memikirkan satu tempat yang boleh dijadikan tempat berteduh buat seketika. Patutkah dia terus berhubung dengan Nabeel? Adakah selama ini dia hanya menjadi orang bodoh? Menjadi perempuan yang melepaskan nafsu lelaki bernama Nabeel Noor?
"Pak cik, dekat mana yang terminal bas yang terdekat?"
"Dekat Terminal Bas Melor, cik. Nak pergi situ ke? Tapi agak jauh sikit berbeza dengan tambang yang cik pesan ni."
Thea menganggukkan kepalanya. "Pak cik bawa saya ke situ. Nanti saya bayar ikut harga ke TBM. Terima kasih, pak cik."
Thea nekad untuk melepaskan diri dari Nabeel. Cukuplah lelaki itu telah memberikan wang yang secukupnya untuk dia pergi jauh dari sini.
LAMA dia merenung tiket yang dibeli sebentar tadi. Kuala Lumpur. Entah kenapa destinasi itu menjadi pilihannya. Mungkin agak jauh sedikit dekat negeri kelahirannya, Perak. Telefon bimbitnya sudah beberapa kali bergetar tetapi sedikit pun dia tidak pandang siapa pemanggilnya. Dia mengambil keputusan untuk membuang simcard tersebut dan membeli simcard yang baru di kedai berdekatan situ. Sempat lagi dia menjamu selera dia kafe yang sememangnya tersedia di terminal bas ini.
"Mulai hari ni, aku bukan lagi Thea Zephyra yang lama. Aku akan berubah jadi Thea Zepyhra yang baru. Aku akan buat satu kejutan baru untuk orang yang pernah merosakkan hidup aku.
Pin! Pin!
Lamunannya tersentak saat terdengar bunyi pekikan hon bas yang mampu memekakkan telinga. Cepat-cepat dia bangun dan memeriksa maklumat pada tiketnya sebelum melangkah masuk ke dalam perut bas.
"Tapi, ni tempat sayalah. Mana boleh."
Thea mendongak ke arah satu suara budak remaja yang seakan-akan mahu menangis. Kelihatan seorang lelaki dewasa selamba saja duduk di tempat gadis itu. Mungkinlah.
"Saya memang tempah seat ni dulu. Encik tak bolehlah ambil sini disebabkan seat encik dekat belakang tu sempit."
"Ah, kau duduk belakang sana. Kau budak-budak jangan nak banyak bunyi, eh. Sama je kan harga. Kau kan kecik, aku ni besar. Memerlukan keselesaan yang lebih. Jalan jauh kut ni. Yang kau ni pergi sini kenapa? Lari dari rumah ke?"
Yuna mengetap bibirnya. Ada jugak dia debik pak cik tak ada sebatang gigi ni karang! Suka-suka hati aje nak ambil tempat dia. Mentang-mentang dia kecik, ada hati nak buli dia. Tak pandai dengan tua.
"Eh, pak cik. Saya ni dah kira baik tau cakap elok-elok. Ikutkan hati saya lempang je pak cik ni biar sedar diri. Saya bukan lari dari rumah. Saya jalan-jalan dekat rumah saudara saya. Sibuk je nak tahu hal orang. Dahlah sana! Nak saya panggil polis ke baru nak bangun? Abang polis ramai kat luar tu. Jangan main-main." Gertak Yuna.
"Eh, eh budak ni. Dia main gertak-gertak aku pulak. Hergh!"
Yuna tersenyum senget. Sebut aje abang polis mesti kecut punya. Dia tak akan sewenang-wenangnya kalah dengan mamat macam ni. Gigi dahlah tak ada sebatang. Ada hati nak cari pasal dengan dia. Ni kalau dia bagitahu daddy dengan mummy dia. Habis lelaki ni kena saman. Jangan main-main ya dengan Yuna Hazelle.
"Wah, pandai ya berlawan dengan pak cik tadi tu?" tegur Thea sebaik saja dia melabuhkan duduk di sebelah gadis itu. Kebetulan pula seat dia bersebelahan dengannya.
"Hehehe... dah tu tak akan saya nak biar dia ambil tempat saya. Saya memang suka duduk sebelah tingkap. Ada hati nak rampas tempat saya. Tak ada kerja agaknya."
Thea tertawa kecil. Terhibur pula dia dengan gadis ini. Agak-agak gadis ini sememangnya kelahiran dari Kuala Lumpur atau pun tidak ya.
"Saya Thea. Boleh jadi kawan?" Tangan dihulur untuk berjabat sebagai tanda perkenalan.
"Saya Yuna. Sedaplah nama awak. Umur awak berapa?" Yuna menyambut huluran tangan Thea dan dijabat sekali sebelum dilepaskan.
"Umur saya 15 tahun. Awak?"
"Wah. Awak senior saya. Saya 13 tahun. Saya datang Perak ni sebab mak cik saya nak bawak pergi jalan-jalan. Sekali-sekala ponteng sekolahkan. Ehek."
Thea ketawa. Berani juga yang budak sebesar dia ni naik bas seorang diri. Kasi pula mak bapak dia sorang-sorang. Dahlah sekarang macam-macam kes.
"Saya panggil awak kakak lah ya? Alang-alang kita beza dua tahun. Kakak dari mana dan hendak ke mana?"
Thea tersenyum. Dia berkira-kira hendak menceritakan hal yang sebenar kepada Yuna atau tidak. Tengok sekali imbas, Yuna ni sepertinya budak yang baik dan peramah orangnya.
"Akak okey tak? Kenapa akak termenung? Akak ada masalah ya? Sharelah dengan Yuna. Mana tahu Yuna boleh tolong?"
Yuna macam tahu-tahu saja dia dalam kesusahan sekarang ni. Dia sendiri tak tahu apa rancangannya selepas sampai di bandar Kuala Lumpur nanti. Inilah kali pertama dia akan ke ibu kota Kuala Lumpur.
"Yuna, memang duduk KL?"
Yuna menganggukkan kepalanya laju. Tangan menongkat dagunya. Mata tidak berkerdip memandang ke arah Thea. Comel pula telatahnya.
"Boleh Yuna tolong akak?"
"Boleh, boleh. Tolong apa tu?"
Thea tersenyum lebar. Dia berharap sangat Yuna betul-betul dapat membantunya. Mungkin ditakdirkan dia untuk berjumpa dengan Yuna malam ini. Membawa satu sinar bahagia dalam hidupnya. Mungkin.
"Akak harap sangat Yuna boleh tolong akak..."
Yuna sekali lagi mengangguk dan dia tekun mendengar cerita yang keluar dari mulut Thea sendiri. Sekejap terkejut, sekejap tercengang. Macam-macam reaksi yang Thea nampak melalui wajahnya.
Dia terpaksa menebalkan mukanya untuk meminta bantuan Yuna. Dengan penuh harapan, Yuna akan jadi kunci pertolongannnya kini.
Share this novel