Bab 5 - Si Jelitawan

Romance Series 6050

10 Tahun Kemudian...

RIUH-RENDAH suasana di dalam sebuah dewan terbuka dengan sorakan dan tepukan orang yang ramai yang hadir bagi menyambut majlis pertunjukkan fesyen peringkat antarabangsa. Ada ramai model dari luar negara antaranya dari negara United Stated, United Kingdom, Sweden, Australia, Thailand, Indonesia dan banyak lagi. Syarikat YH Fashions telah mendapat sambutan hangat lagikan tertinggi.

“Yuna, daddy kagum sangat dengan sales kita sekarang ni. Ramai ahli koporat yang nak bekerjasama dengan syarikat kita. Tak menang tangan daddy dibuatnya. Mummy pula sibuk handle pendaftaran kemasukan model baru.”

Yuna tersenyum bangga. Ini semua datang dari ideanya sendiri 5 tahun yang lepas. Tak sia-sia dia mengajak si kakak kesayangannya menyerlahkan bakat yang terpendam memandangkan kakaknya itu memiliki rupa paras yang sangat cantik. Sekarang, kakaknya digelar si jelitawan yang tersohor di Malaysia. Siapa yang tak kenal dengan...

Thea Zephyra.

Perjumpaan dia bersama Thea 10 tahun yang lepas membawa satu makna yang sangat berharga. Dia sendiri yang mengajak Thea tinggal bersamanya. Daddy dan mummy pun bersetuju dengan dirinya yang inginkan seorang kakak memandangkan dia seorang anak tunggal dan tidak mempunyai kawan. Dia kesunyian. Mulai dari hari itu, dia sangat disayangi oleh Thea.

“Daddy nak pergi jumpa kawan-kawan daddy sekejap. Bye.”

Yuna sekadar membalas lambaiannya ayahnya itu. Dia masuk ke dalam bilik persalinan, kelihatan Thea sedang disolek oleh makeup artist yang semestinya professional. Memang tak dapat dinafikan, Thea memiliki rupa yang sangat menawan. Mampu menarik perhatian para lelaki. Tak kisahlah yang dah berkahwin ataupun belum. Siapa hatinya mudah cair, memang habis.

“Adik, okey tak? Ada apa-apa nak tambah?” soal Thea sebaik saja dia siap bersolek.

“Cun sangat, kak. Tak ada cacat-cela pun. Yuna pun teringin nak cantik macam kakak tapi tulah memang tak boleh. Kecantikan akak memang asli,” cebik Yuna.

Thea menggelengkan kepala. Dia menghampiri Yuna lalu mengusap kepala adik kesayangannya itu. Sungguh kasih sayangnya pada Yuna sangat tinggi, bukan hanya kerana Yuna membantunya dirinya yang susah dulu tetapi entah. Naluri sayang itu sangat tinggi. Yuna memang manja dengan dirinya sejak 10 tahun lalu. Baru saja beberapa hari kenal, Yuna memang sangat peramah dan manja. Kalau tak kerana Yuna, dia sendiri tak merasai semua ni. Dia sendiri tak menyangka yang dirinya akan menjadi seorang model antarabangsa yang terkenal.

“Alah, tak mahulah cakap macam tu...”

Yuna ketawa. Dia memang suka menyakat Thea. Tubuh molek Thea dipeluknya erat. Mengingatkan kisah silam Thea 10 tahun yang lalu pasti membuatkan hatinya sebak. Kakaknya diperlakukan seperti binatang. Tiada belas ihsan dari manusia. Malah, kekasih kakaknya sendiri mempermainkan kakaknya. Sungguh dia tak sangka. Dia faham hati dan perasaan Thea kerana dirinya sendiri pernah kena. Sehingga sekarang mummy dan daddy tidak tahu. Hanya Thea saja yang tahu.

Ketika dia berusia 14 tahun dan Thea pula berusia 16 tahun, dia dirogol oleh senior dia sendiri di semak belakang sekolah. Dia sendiri tidak tahu apa salah dirinya sehinggakan dirinya menjadi mangsa lelaki itu. Bila diingat semula, terlalu dalam sakit di hatinya. Thea yang ada bersamanya, memberikan semangat untuknya. Kalau tidak, memang dia hilang arah untuk meneruskan hidup. Sehingga sekarang dia tak tahu ke mana seniornya itu pergi. Selepas lelaki itu merogolnya, keesokannya lelaki itu tidak datang ke sekolah dan khabar angin mengatakan dia diberhentikan sekolah oleh guru disiplin. Entah-entah senior dia tu memang bermasalah.

“Kak, jomlah. Majlis nak mula dah,” ajak Yuna.

“Jom!” Teruja Thea. Tidak sabar dia mahu naik ke atas pentas bagi memperagakan pakaian desain terbaru dari YH Fashions.

Saat mereka berdua melangkah masuk ke dalam dewan dan menjejakkan kaki pada karpet merah yang sudah terbentang panjang sehingga ke atas pentas, semua para hadirin yang hadir menepuk dan bersorak kuat bagaikan konsert. Serentak Thea dan Yuna melorekkan senyuman lebar seraya berjalan ke arah pentas. Ramai model yang sudah berkumpul di tepi pentas.

“Kakak pergi sana tu. Yuna duduk dekat daddy.”

Thea menganggukkan kepalanya. Segera dia menghayunkan kaki merapati diri ke model-model yang sedang rancak berborak.

“Auch!” Thea mengaduh sakit. Entah siapa yang sesuka hati saja melanggar bahunya. Dia punyalah tinggi cantik macam ni pun boleh langgar. Buta agaknya.

“Sorry....” Kata-kata Adiel mati di situ di saat anak matanya bertemu dengan anak mata Thea. Tak lepas walau sesaat. Jantungnya berdegup kencang.

“Watch out, please. Jangan main langgar je macam tak ada mata.” Dingin Thea lalu meninggalkan Adiel terkulat-kulat begitu.

Adiel tak lepas memandang Thea walaupun gadis itu sudah jauh darinya. Dia masih lagi nampak kelibat Thea yang sedang berborak sambil bergelak ketawa dengan model-model yang lain. Hatinya terusik. Sudah lama dia ingin bertemu dengan Thea sejak Thea baru saja mahu terkenal tetapi tidak berkesempatan kerana kesibukannya mengalahkan Perdana Menteri. Baru-baru inilah dia ada peluang untuk menyertai majlis-majlis seperti ini selepas abang keduanya pulang ke Malaysia.

“Abang Adiel?” tegur Yuna.

“Huh?” Terkejut Adiel dibuatnya. Mujur tak melatah, kalau tidak jatuh saham dia.

“Abang kenapa tengok kakak Yuna macam tu?” soal Yuna seraya memeluk tubuhnya. Dia memang pantang kalau tengok lelaki-lelaki yang dari tadi tak lepas-lepas memandang ke arah kakaknya. Tahulah cantik.

“Errr... tu... kakak Yuna? Thea tu kakak Yuna?” Baru hari ini dia tahu yang Thea merupakan kakak kepada Yuna. Tak pernah pula dia tahu yang Thea mempunyai adik. Fuh, nampaknya misi memikat Thea semakin mudah. Melalui adik dia saja.

“Ya. Dia kakak Yuna. Kenapa? Ada hutang ke dengan dia?” soal Yuna dingin.

Adiel laju menggelengkan kepala. Seram pula dia tengok Yuna serius macam ni. Biasa orangnya ceria-ceria. Dia kenal Yuna pun semasa bertandang ke majlis hari jadi Yuna. Dia sekeluarga dijemput oleh keluarga Yuna tetapi ketika itu dia langsung tak nampak kelibat Thea. Ataupun dia terlepas pandang?

“Abang nak tanya. Masa birthday party Yuna hari tu. Abang tak nampak pun kakak Yuna?” soal Adiel ingin tahu. Sesekali dia mengerling ke arah Thea yang sedang menari-nari bersama dengan kawan-kawannya di tepi pentas.

Yuna mencebik. Menyampah. Sibuk aje nak tanya pasal kakak dia. Kalau Thea tahu pasti dia kenal bebel. Awal-awal lagi dia sudah diberi amaran oleh Thea. Thea memang pantang kalau ada lelaki yang sibuk bertanya mengenainya. Kalau boleh elakkan.

“Dia dekat Thailand. Ada pertandingan masa tu. Kenapa sibuk-sibuk tanya? Kakak Yuna dia tak suka kalau orang tanya-tanya pasal dia, kalau bukan benda penting.”

Adiel mengusap belakang tengkuknya seraya tersenyum kecil. Kepalanya diangguk sekali. Baru nak rapatkan diri dengan Thea. Tampaknya Thea bukan seorang yang mudah dirapati. Dia kena susun strategi untuk menjadikan Thea miliknya. Dia memang dah jatuh hati dengan Thea sejak Thea menjadi seorang model terkenal. Gambar Thea yang terpampang di mana-mana membuatkan hatinya berdebar-debar. Tidak keruan.

“Yuna, abang saja tanya. Jangan marah. Abang nak tau aje. Nak jadi kawan kakak Yuna tu. Nanti kirim salam dekat dia, ya. Sebut nama abang tau. Dia mesti kenal abang kan?” Sengih Adiel. Betul-betul dia berharap sekarang ni, Yuna akan membantunya.

“Tengoklah.” Yuna terus berlalu meninggalkannya dengan wajah cemberut.

“Eh, eh budak ni. Tu je dia jawab. Bertuah betul. Tak akan nak kawan pun tak boleh? Haish. Tak boleh jadi ni. Kenapa perempuan lain senang je nak melekat dengan aku kenapa Thea tidak?”

Ligat kepala otaknya berfikir jalan untuk berkenalan dengan Thea. Lebih rapat. Kali ni dia tak akan lepaskan Thea begitu saja. Sudah dijamu depan mata, semestinya dia tak akan lepaskan lagi. Selama ini dia hanya tengok melalui gambar saja kali ini secara Live!

“Thea Zephyra, namamu secantik dirimu. Aku sanggup meredahi lautan api pasifik demi kamu walaupun terpaksa menahan perit dan sakit.”

Macam nilah orang kalau dah jatuh cinta. Bodoh jadinya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience