Bab 6 - Angau

Romance Series 6050

MAJLIS pertunjukkan fesyen tamat tepat jam 11 malam. Semua para hadirin sudah pun pulang ke rumah masing-masing. Ada segelintir saja yang masih duduk bersantai dan berborak-borak dengan sahabat-handai. Thea baru saja menukar pakaiannya kemudian dia menunggu Yuna di lobi hotel.

“Hai...” sapa Adiel yang entah bila masa muncul. Tengok-tengok saja sudah berada di sisi Thea.

Thea tidak layan sebaliknya bersandar pada dinding sambil membelek-belek telefon bimbitnya. Tiada masa dia nak layan lelaki macam Adiel. Dia perasan, sedari tadi Adiel memerhatinya dan mengikut saja ke mana dia pergi. Sejak kejadian berlaga bahu, Adiel terus-menerus melekat dengannya bagaikan magnet.

“Thea...”

Malas-malas Thea mengangkat muka. Wajah tampan Adiel ditatapnya lama dengan penuh aura dingin. Langsung tiada senyuman manis disuakan kepada lelaki itu.

“Saya...”

“Tengku Adiel Ghibran, right?”

Belum sempat Adiel memperkenalkan namanya, Thea terlebih dahulu menyebut nama penuhnya. Tak berkelip mata dia menatap wajah si jelitawan itu. Tanpa sedar, dirinya merapati gadis itu. Thea terkedu. Dia cuba untuk melarikan diri tetapi Adiel bertindak lebih tangkas dengan menekap kedua-dua belah tangannya pada permukaan dinding.

“I just wants to be your friend. Can I?” bisik Adiel perlahan.

Thea terdiam. Dia menatap wajah Adiel dalam-dalam. Memang tak dapat dinafikan, Adiel memiliki wajah yang cukup kacak. Memang patut pun dia playboy. Perempuan keliling pinggang. Macamlah dia tak tahu siapa Tengku Adiel Ghibran ini. CEO terkenal di Malaysia sekali gus memegang gelaran playboy antarabangsa. Semua perempuan dia sapu kecuali dia. Dia tak akan termakan umpan lelaki playboy di hadapannya ini.

“Kau nak apa sebenarnya?” soal Thea kasar. Dia cuba menjauhkan wajahnya dari menatap muka Adiel.

“As I say just now. I just wants to be your friend. Can we?”

Thea pantas menggelengkan kepalanya. Kawan? Lama-lama jadi lain. Macam dia tak kenal lelaki macam dia ni. Sama saja seperti Nabeel Noor. Bekas kekasihnya yang sampai sekarang tak tahu khabar berita. Pada Thea semua lelaki sama aje.

“Why?” soal Adiel sedikit terkilan.

“Tak adalah sebab.” Jawab Thea kemudian menolak dada Adiel kasar sehingga lelaki itu terundur beberapa langkah ke belakang.

“Jangan ganggu aku. Aku rimas.” Ujar Thea sekali gus ingin berlalu dari situ tetapi Adiel bertindak pantas dengan menolak tubuh Thea ke dinding dan mengepung dirinya.

“Ermphhh....”

Adiel sudah gila. Selamba saja mencium bibirnya di lobi hotel ini. Thea cuba melawan tetapi Adiel menekan bibirnya kuat. Dia lemas. Tanpa berlengah, Thea mengangkat kakinya kemudian memijak kaki Adiel kemudian menampar pipi Adiel di hadapan khalayak ramai. Dan-danlah beberapa orang lalu-lalang di situ, memerhatikan mereka.

“Kau ganggu aku lagi. Aku tak teragak-agak nak report polis.” Ugut Thea kemudian berlalu dari situ meninggalkan Adiel terpinga-pinga selepas ditampar.

Yuna yang baru saja sampai lobi nampak kakaknya menampar Adiel dan terus melulu keluar dari hotel. Mungkin menuju ke parking lot.

“Apa yang abang dah buat? Dah gila ke?” soal Yuna tak puas hati. Angin dia satu badan bila tengok tindakan drastik Adiel sebentar tadi. Terkejut dia tengok Adiel kena tampar. Dia yakin, kakaknya tak akan tampar orang sesuka hati melainkan orang tu bertindak melampaui batas.

“Abang cuma nak kawan aje...” jawab Adiel dengan wajah tidak bersalah.

Yuna menjeling sedas seraya menggigit bibirnya. Ingat dia percaya omongan si Adiel ini. Suka-suka dia aje buat kakak dia macam tu. Dia memang pantang kalau nampak Thea disakiti oleh sesiapapun terutamanya lelaki.

“Auchhh!!” jerit Adiel kesakitan apabila Yuna memijak kakinya. Kaki yang sama Thea pijak sebentar tadi. Boleh retak tulang kaki dia kalau macam ni.

“Lain kali behave sikit. Tak semua perempuan abang boleh sapu.” Perli Yuna sebelum melangkah keluar dari hotel.

TENGKU Adiel Ghibran bukan seorang yang putus asa. Sejak dari malam majlis pertunjukkan fesyen itu, dia tidak berhenti menjejaki keberadaan Thea. Dia mengupah seseorang untuk memerhatikan gerak-geri Thea untuknya. Sungguh dia dah angau dengan gadis bernama Thea Zephyra. Wajah putih melepak dan mulus itu sentiasa menghiasi mimpinya. Sampaikan gambar Thea dijadikan wallpaper dalam telefon bimbitnya. Teruk betul dah angau dia....

“Hai, Thea. Jom lunch sama-sama?” ajak Adiel sebaik saja sampai di hadapan pintu bilik persalinan Thea. Kebetulan pintu bilik itu terbuka luas. Cepat-cepat dia mengambil peluang emas itu.
“Thea! Seriuslah kau dengan Encik Tengku tu?” soal salah seorang kawan Thea yang merupakan seorang model sama seperti Thea juga.

“Dia salah orang kut.” Balas Thea acuh tak acuh. Dia sibuk membelek-belek penampilannya di hadapan cermin. Dia baru saja habis shooting dan mahu makan tengahhari seorang diri di pusat membeli-belah memandangkan Yuna ada kelas.

“Tak. Saya tak salah orang. Saya memang nak jumpa Thea. Thea Zephyra.”

Perlahan Thea menoleh. Ketika itu jantung Adiel berdegup kencang bagaikan ditiup dengan ribut taufan. Wajah manis Thea tanpa senyuman itu cukup membuatkan hatinya berbunga-bunga.

“Korang aku gerak dulu. Bye!” Thea tidak layan Adiel. Dia melambaikan tangannya ke arah kawan-kawannya sebelum melangkah keluar dari bilik persalinan itu. Bahu Adiel dilanggar kasar sehingga lelaki itu terundur.

“Thea! Tunggu!” Dah kena langgar pun memang tak serik. Kan dah cakap Tengku Adiel Ghibran ni memang tak mudah berputus asa. Selagi tak dapat, selagi itulah dia akan dapatkan juga.

“Apa lagilah!” tempik Thea. Sungguh dia rimas dengan sikap Adiel.

“Calm down, dear. Jangan marah. Saya cuma...”

“Eh, kau ni tak faham bahasa ke? Kau nak aku cakap dalam bahasa apa? Thailand? Korean? Japannese”

Laju Adiel menggelengkan kepalanya. Dia menggunakan mimik muka comel. Sengaja mahu memancing Thea. Biasanya kalau dia membuat mimik muka comel, semua perempuan yang dia kenal selama ini akan mudah cair dengannya.

“Please. Saya cuma nak berkawan dengan awak. Boleh kan?” Adiel mengelip-ngelipkan matanya berkali-kali dengan harapan Thea akan cair dengan telatahnya yang comel ini.

Pang!

Ini kali kedua dia kena tampar dengan bidadari yang disanjungnya itu. Sungguh, langsung tak terasa sakit. Dia sanggup. Kena tampar beribu kali pun dia sanggup. Asalkan Thea mahu berkawan dengannya. Nampak macam terdesak tapi itulah kemahuannya sekarang. Tak pernah lagi dia menunaikan kemahuannya sendiri. Sedangkan keluarga dia pun akan tunaikan apa saja permintaannya.

“Awak nak tampar saya, tamparlah asalkan awak sudi nak lunch dengan saya hari ini sebagai hari pertama kita berkawan.”

Thea meraup wajahnya kasar. Sungguh dia serabut dengan lelaki macam Adiel ni. Tak pernah dia jumpa makhluk berperangai seperti ini. Degil yang amat!

“Eh! Suka hati kaulah!” Malas sudah Thea mahu melayannya. Laju saja dia menghayun langkahnya menuju ke pintu utama.

“Yes! Yes!” Adiel melompat-lompat kegembiraan.

“Oi! Nak ke tak nak?” jerit Thea dari jauh.

“Hah! Ya ya!” Sepantas kilat Adiel mengejar langkah si bidadarinya itu. Kena tampar pun boleh senyum-senyum lagi. Lebar pula tu. Nampak sangatlah dah angau.

Haih... macam-macam. Thea menggelengkan kepalanya. Pelik-pelik aje lelaki ni...

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-02-06 23:43:06 

hi dear.tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience