Bab 1 - Si Cinta Hati

Romance Series 6050

*BAB 1*

"THEA, Thea!" jerit Ahmed Zeydan memanggil anak daranya seorang itu.

"Ya, abah." Takut-takut Thea mahu menyambut kepulangan bapanya itu. Bukan apa, biasanya kalau balik semestinya bapanya akan mabuk atau tengah 'high'. Lepas tu balik bukan seorang diri. Mesti bawa geng ramai-ramai.

"Aku nak makan. Lapar. Kau masak apa?" soal Zeydan sebaik saja melabuhkan punggung di atas sofa.

"Th...Thea tak masak apa-apa, abah. Bahan dapur dah habis."

Zeydan diam. Dia tak memberikan sebarang respons. Dia tahu yang duitnya bulan ni semuanya habis ke syabu dan judi. Nak buat macam mana. Kalau tak benda tu semua, hidupnya tak keruan. Tapi sekarang ni perut dia lapar. Nak suruh si anak dara dia ni masak apa.

"Thea, malam ni kau layan kawan aku. Dia nak datang. Aku lupa nak cakap. Kau buatlah apa yang patut. Kalau kau membantah, kau tahukan apa nasib kau. Lebam dekat badan kau tu pun tak hilang lagi jangan kau nak suruh aku tambahkan lagi."

Thea membungkam. Abah suruh dia layan kawan? Layan yang macam mana. Tak pernah-pernah lagi Zeydan menyuruh dia melayani kawan-kawannya itu. Biasanya suruh dia duduk dalam bilik tu saja. Tak boleh bising.

"La... layan macam mana abah?"

"Layan jelah! Apahal kau bengap sangat? Suruh layan je pun. Bodoh dah?"

Thea laju menganggukkan kepalanya. Kalau suara Zeydan dah mula meninggi jangan haraplah dia nak membantah apa-apa. Cukuplah semalam dia kena libas dengan tali pinggang gara-gara lambat bukak pintu rumah. Dia cirit-birit, tak dengar si abah balik rumah.

"Layan macam mana, ya? Hurm. Laparnya perut aku. Agak-agak Abel boleh tak belikan aku makanan?" Segera dia mencapai telefon bimbit jenama Nokianya kemudian mendail nombor kekasih kesayangannya itu.

"Hello sayang. Kenapa ni call?" soal Nabeel sebaik saja mengangkat panggilan Thea.

"Abel, awak kat mana? Saya nak minta tolong awaklah. Saya bosan dan lapar." Tersengih Thea. Muka tembok sajalah. Kata bercintakan, semuanya boleh. Nabeel sendiri yang tergila-gilakan dia. Dia sendiri pun tak tahu kenapa Nabeel boleh jatuh cinta dengannya.

"Boleh sayang. Lagi 10 minit, saya sampai okey?"

Selepas mengiyakan soalan Nabeel. Thea segera bersiap ala kadar. Masa dihabiskan dengan merenung pakaian di dalam almarinya. Sampai bilalah dia nak kena hidup dalam kemiskinan macam ni. Sejak dia lahir lagi, dia tak pernah kenal siapa ibu kandungnya. Kata Zeydan, sewaktu dia berusia genap 10 bulan. Si ibu meninggalkannya begitu saja tanpa sebarang pesanan. Dari situlah, Zeydan sendiri yang menjaga dirinya sehingga sekarang. Dari kecil lagi dia sudah didera oleh Zeydan. Tak kira salah itu kecil atau besar.

"Sekarang pukul 4 petang. Kawan-kawan abah tu datang mesti malam. Biasa macam tu. Patutnya abah balik malam tapi tiba-tiba dia balik awal pula hari ni."

"Abah. Thea keluar dulu, abah. Thea nak beli makanan. Nanti Thea bungkuskan untuk abah, ya?"

"Hah. Pergi dengan Nabeel ke?"

Thea sekadar menganggukkan kepala.

"Suruh dia belanja aku makanan mahal sikit. Aku terasa nak makan nasi goreng ayam dengan kopi susu ais."

"Baik, abah." Thea hanya menurut. Nak membangkang? Sia-sia aje nanti. Tak dapat dia bertemu dengan si buah hati kesayangan.

"LAPARNYA kesayangan saya ni. Sian dia, ya. Kenapa tak call saya dari pagi tadi? Boleh saya ambil awak. Kita pergi jalan-jalan."

Thea mencebik. Lengan Nabeel dipeluk manja. Dia sudah terbiasa begitu sejak pertama kali mereka bergelar kekasih. Nabeel dengan dirinya hanya beza dua tahun saja. Nabeel ialah senior di sekolahnya. Senior yang paling terkenal dan boleh tahan juga digilai ramai. Dia pula pelajar Tingkatan 3 dan duduk tercorot di kelas yang terakhir. Dia bertemu dengan Nabeel ketika ada program bersama pelajar tingkatan 3, 4 dan 5.

"Esokkan sekolah. Nanti awak juga yang lambat bangun. Nanti kena denda. Saya tak sampai hati."

Nabeel mengusap kepala Thea lembut. "Yelah sayang. Makan ya. Nak bungkus pun boleh. Nanti saya bayar."

"Terima kasih. I love you!"

"Sama-sama. I love you more."

"Erm, sayang. Sabtu ni lepas habis kokurikulum, jom dating. Nak ajak sayang tengok wayang, ada cerita baru keluar. Tengah hangat sekarang ni! Lepas tu, saya nak belikan awak pakaian. Saya nak sayang saya ni nampak cantik selalu. Abah awak mesti bagi kan?"

Thea tersengih seraya menganggukkan kepalanya. Dengan Nabeel memang Zeydan selalu benarkan. Sebab tu Nabeel sentiasa menjadi alasannya. Sebab apa? Sebab Nabeel ni anak orang kaya. Duit baginya hanya pekara kecil. Sebab itulah, Zeydan suka anak daranya ini sentiasa bersama dengan Nabeel. Takut sangat bila anaknya bergaduh dengan Nabeel. Hilanglah punca pendapatannya yang sangat mudah ini. Celah jari saja.

"Abah mesti kasi punya. Oh ya, pasal awak ajak saya tidur rumah awak tu pun nanti abah saya kasi. Tapi dia cakap jangan lama-lama, tak ada sape nak sediakan makan minum dia. Nak makan luar selalu tak lalu."

Nabeel tertawa sambil menganggukkan kepalanya.

"Okey cun. Semua beres okey?"

Thea menganggukkan kepalanya. Sungguh dia sangat sayang dan cintakan Nabeel. Lelaki pertama yang berjaya mencuit hatinya. Sikap prihatin Nabeel buatkan dia gembira walaupun didera oleh abahnya sendiri. Nabeel sendiri tak pernah tahu siapa abahnya yang sebenar dan dirinya didera pun, Nabeel tidak tahu.

"Nanti kirim salam dekat ayah. Nah. Nanti bagi ayah." Satu sampul duit diberikan kepada Thea.

"Eh, bukan hari tu awak dah bagi ke? Abah minta awak lagi ke?"

Nabeel menganggukkan kepalanya.

"Ya. Abah awak datang jumpa saya. Dia cakap bisnes dia sekarang dah up. Hujung bulan ni dia bagi modal tu balik kat saya. Separuh. Saya cakap tak payah. Suruh bagi awak aje."

"Abel, awak baik sangatlah. Hish! Buat saya serba-salah je......"

Nabeel tersenyum. Entah kenapa, dia suka melihat wajah polos milik Thea ini. Sentiasa mengusik jiwanya sampaikan dia tak tidur malam. Kalau gadis ni bersolek dan memakai pakaian yang lawa-lawa. Pastinya bertambah cantik!

"Tak, sayang. Kan saya dah pernah cakap. Anything for you. Tapi nanti sayang kenalah layan saya juga bila saya nak. Bolehkan?"

Laju saja Thea menganggukkan kepala tanpa tahu apa yang sebenarnya Nabeel mahukan. Kalau dah cinta, semuanya boleh. Buta jadinya.

"Lepas makan ni, kita singgah farmasi sekejap. Nak beli something."

Thea hanya menurut. Dia segera menghabiskan Mi Hailam yang dipesan kemudian air Milo ais disedut sehingga habis. Kemudian dia mengekori langkah Nabeel ke tempat parkir motor. Ke mana saja lelaki itu membawanya, pasti dia akan ikut. Tak pernah membantah. Kalau diajak keluar sampai pukul 12 malam pun, dia sanggup. Asalkan bersama, Nabeel Noor.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience