DIA hanya memerhatikan lelaki di hadapannya yang sedang menanggalkan pakaian satu per satu. Dari baju kemeja sehinggalah seluar slack hitamnya itu. Tetapi sebenarnya mindanya tidaklah diberikan sepenuhnya kepada lelaki itu. Fikirannya melayang memikirkan seseorang yang mampu menyesakkan dadanya kini.
"Babe, jauhnya termenung. Come on. I tunggu you tanggalkan pakaian you. I can't wait anymore," ujar Leron. Dari tadi dia menahan nafsunya yang semakin mencanak apabila melihat bidadari cantik di hadapannya ini.
"Ley, I can't tonight. I'm sorry. Lain kali, okey? I penat."
Leron mendengus kasar. Almari yang berada di sebelahnya ditumbuk sekuat hati. Dia pantang kalau Thea menolaknya mentah seperti ini. Sudahlah dia tidak sabar mahu merasai setiap tubuh badan gadis itu.
"No! I want it right now. You dah kenapa? Tadi okey je ikut I sampai ke hotel ni. And now, you cakap yang you penat."
Thea mendongak ke arah Leron. Dijelingnya lelaki itu sedas. Bukan sedas. Berdas-das. Menyampah dia dengan sikap Leron yang suka memaksa-maksa. Tak sama macam...
Tengku Adiel Ghibran.
Lelaki ini yang berjaya membuatkan dirinya semakin tak keruan. Sekarang ni dia bersama Leron memandangkan Adiel outstations. Dia tak patut ikut Leron kali ni. Hatinya sudah terpaut dengan Adiel dan dia sudah berjanji dengan dirinya sendiri untuk setia dengan Adiel. Tapi, hari ni dia tersilap langkah.
"Leron, please I nak balik. Serius I penat malam ni. Badan I sakit-sakit, maybe I nak..."
Bam!
Tanpa amaran Leron menghempap tubuhnya dan serentak mereka berdua jatuh di atas tilam empuk itu. Thea cuba meronta untuk melepaskan diri tetapi kudrat Leron sebagai seorang lelaki lebih kuat daripadanya. Thea sedaya-upaya mahu melepaskan diri. Sungguh dia tak mahu menyerahkan tubuhnya pada Leron lagi.
"Jangan harap I lepaskan you malam ni. I rindu body you. You kena layan I malam ni. I janji apa yang you nak esok I tunaikan. Please, dear. I rindu you. You tak rindu I ke? I pergi oustations seminggu tau. Tak akanlah tak rindu langsung..." bisik Leron dengan nada suara meleret-leret.
"Leron! Let me go! Argh!" jerit Thea.
"Ahhh!" Sekali lagi Thea menjerit apabila Leron menggigit bibirnya kemudian dikucupnya rakus dua ulas bibir mulusnya itu.
"Erm. Tasty."
"Leron!"
Kali ni Leron bertindak lebih agresif. Pakaian Thea ditanggalnya satu per satu penuh nafsu. Terliur dia melihat tubuh badan Thea yang sudah tidak berbaju itu. Hanya memakai pakaian dalam. Thea yang dari tadi terjerit-jerit dan meronta-ronta tidak dihiraukan sama sekali. Nafsunya semakin menggunung dan tidak dapat ditahan lagi.
"I love you, Thea. I love you much. I kan dah janji yang I mampu bahagiakan you. Please, trust me."
"Leron! Please......" Thea mula menangis. Tak pernah-pernah dia menangis, merayu pada lelaki untuk dilepaskan. Situasi sekarang ini mengingatkan dia pada kisah silamnya beberapa tahun yang lalu.
"Babe, why are you crying, hmm? Selalu you okey je. Kenapa ni? Tak apa. Kita have fun dulu nanti baru you citer apa masalah you okey?" pujuk Leron.
Leron mahu memulakan aksinya tetapi Thea lebih tangkas menendang alat sulitnya kemudian menarik tuala yang berhampiran dan dibalut pada tubuhnya. Segera dia ke arah pintu bilik, dalam keadaan tergesa-gesa dia menarik tombol pintu.
"Argh! Thea!" jerit Leron sambil terketap-ketap bibirnya.
Buk!
Thea jatuh terjelepok di atas lantai sebelum kepalanya dipanggungnya memandang ke arah satu susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya dengan wajah penuh kecewa.
"Thea..." Adiel meninggung di hadapan gadis kesayangannya itu. Patutlah dia tidak sedap hati sejak beberapa hari ini, rupanya ini yang terjadi. Di hadapan matanya, Thea Zephyra berlaku curang dengannya. Curang dengan abang tirinya sendiri. Entah kenapa, dia langsung tak pernah rasa perasaan sebegini sedangkan dirinya seorang playboy. Ketika ini, hatinya hancur berkecai melihat keadaan Thea dan Leron.
"How could you do this to me, Thea? You don't love me, hmph?" soal Adiel dengan nada kecewa. Sayu. Sedih.
Thea segera meraih tangan Adiel. Meminta simpati dan dia ingin menjelaskan hal yang sebenar. Tetapi Adiel menolak perlahan tangannya dan kembali berdiri.
"Leron, kau memang tak guna. Kau mempergunakan aku!" marah Adiel.
Thea tak pernah lagi melihat wajah Adiel sebengis itu. Serius. Dia sendiri jadi kecut perut melihatnya. Apakah lelaki itu tidak akan mempercayainya lagi selepas ini? Tak sempat ke dia untuk meluahkan perasaannya yang sebenar pada Adiel?
Leron tidak membalas, sebaliknya hanya tersenyum sinis. Pada dirinya, abang dan adik tirinya itu memang senang untuk diperbodohkan. Cepat sangat kasihankan orang sampaikan diri sendiri tak sedar dipergunakan. Dia tak risau lagi sebab sebahagian dari harta Adiel ada dalam genggaman tangannya. Jadi, lepas ni dia boleh tinggalkan semuanya dan membawa diri bersama Thea. Gadis yang dicintainya.
"Ad, I can explain to you. This is not what you saw, Ad. Please, I'm begging you." Thea memeluk kaki Adiel meraih simpati.
"Don't touch me!" Adiel menolak Thea sehingga gadis itu terbaring di atas lantai.
Leron menggenggam penumbuknya. Sungguh hatinya panas apabila Thea diperlakukan sebegitu.
"Ad..." Teresak-esak Thea menangis. Sungguh dia menyesal.
"Thea, mulai hari ini kita putus. Aku dengan kau dah tak ada apa-apa lagi. Kau boleh berambus dengan jantan tak guna ni!" tempik Adiel sebelum melangkah keluar dari situ bersama tiga orang bodyguardnya.
"Adiel!"
"Tengku Adiel Ghibran!" jerit Thea sekuat hatinya.
Hai smua.. Aurora first time msuk NP hrp smua buli support Aurora yaa.. thank you smuaa follow ig Aurora okay ig: aurora.puteri0306
Share this novel