BAB 3

Drama Completed 296

“Bukan itu yang saya maksudkan.” Arjuna berdialog lagi.

“Habis?” Soal Rozana . Setelah agak lama memikirkan, barulah dia
mengerti. Lalu dijawab, “selalu...” kedua-dua mereka saling tersenyum.

Namun dugaan tetap juga datang. Krisis ekonomi semasa membuatkan Arjuna
kehilangan pekerjaan. Kerana majikan harus mengurangkan kos sumber
tenaga manusia yang kurang mendatangkan keuntungan. Membuatkan Arjuna
terpaksa pergi jauh dari Rozana . Terpisah dalam jangkamasa yang lama.
Namun begitu, mereka tetap saling berhubungan antara satu sama lain
dengan kecanggihan dan kepintaran teknologi komunikasi. Masa pun terus
berlalu. Belum juga Arjuna mendapat pekerjaan yang baharu. Dirinya
bertambah depressi kerana memikirkan kewangan yang semakin berkurangan.
Ada juga Rozana memberi kata semangat. Untuk terus yakin, bahawa cinta
mereka tetap mampu untuk disatukan satu masa nanti. Dugaan itu terus
menguji ketelusan cinta mereka.

Kesetiaan Rozana sangat Arjuna hargai. Mereka telah berpisah hampir
beratus batu jauhnya. Lama-kelamaan, kesabaran Rozana sudah beransur
sirna. Dia bagai merasa tertipu. Dia memilih untuk mengikuti kemahuannya
sendiri daripada empati terhadap nasib Arjuna . Pertunangan mereka sudah
tertangguh. Rozana tidak sanggup perkahwinannya terkorban.

Babak terfokus pada sudut pandangan Arjuna pula. Betapa dia rasa bersalah
dan tertekan. Dalam masa sama, dia menghargai kesetiaan Rozana yang
saban hari tetap menemani. Lagu dimainkan sebagai selingan. Bait-bait
irama ‘Fatwa Pujangga’ dinyanyikan.

Kesedihan Arjuna itu digambarkan melalui lagu. Entah mengapa, Rozana yang
sedari tadi menonton, tiba-tiba galau dan sebak. Kerana serupa jalan
cerita dengan nasib cintanya, berbelas tahun dulu. Raisa pula bagaikan
connoisseur yang menganalisa, menghayati, dan menghargai akan kekayaan
elemen seni yang terkandung. Jiwanya sangat terinspirasi dan kagum.

Waktu terus berputar. Perpisahan sudah hampir seusia percintaan mereka;
melebihi setahun. Masing-masing menetap di negeri kelahiran yang jauh.
Sekalipun kerap berhubungan dengan teknologi pintar, namun sedikit
sebanyak tetap menampakkan hubungan yang beransur renggang. Dari
kejauhan itu, Rozana menghubungi Arjuna .

“Sudah setahun tidak berjumpa. Ada apa-apa berita gembira?”

Arjuna menafikan.

“Habis bagaimana?” soal Rozana lagi.

Arjuna terdiam kesal. Dia berharap, kekasihnya tetap yakin pada takdir.

Keadaan Rozana yang jauh dari Arjuna telah menjadikan dirinya bebas
berusaha mencapai cita-cita. Dia sudah kembali bergaul bersama
rakan-rakan niaganya. Siang dan malam mengadakan mesyuarat dan
perjumpaan tidak kira sejantina mahupun berlawanan. Rozana sudah sangat
bebas hidup di ibu kota. Kisah cinta yang hampa dilupakan untuk
sementara waktu. Dia hanya mementingkan misi, visi dan impiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience