BAB 5

Drama Completed 296

“Adakah engkau fikir, orang yang berjiwa kesenian itu akan terus tewas
dengan rintihan. Malah, orang-orang seperti inilah yang menghargai
derita. Setiap sengsara dan kesedihan yang diterima, digubahnya menjadi
persembahan yang mengindah bak khazanah-khazanah syurgawi; untuk tatapan
jiwa-jiwa insan, lalu mengagumi.” Suara latar bermonolog, memberitahu
akan apa yang Arjuna sedang nukilkan di atas mejanya.

Sekalipun pengakhiran kisah, mereka terus berpisah. Namun, sutradara itu
bijak memberikan kehidupan yang saksama untuk kedua-dua watak dalam
meneruskan kehidupan mereka.

Rozana yang sedari tadi khali menonton, hampir-hampir menitis airmata.
Teater yang tanpa sengaja dihayatinya itu membuatkan dia terkenang Aziz;
insan yang sangat dicintainya, berbelas tahun lampau. Apakah khabarnya
dia? Tiba-tiba perasaan rindunya hadir.

Pada akhir persembahan, pengarah teater tampil ditengah-tengah pentas
sambil mendendangkan lagu ‘Kenang Daku Dalam Doamu’. Para penonton
memberikan tepukan gemuruh. Ada sebahagiannya bangun dan berdiri—begitu juga Rozana —tanda menghargai dan mengagumi.

“Sungguh jauh dikau pergi, berpisah untuk selamanya

Tiada lagi senyum mesra dan gurau senda ...”

“... Tapi dik kau jangan lupa, kenang daku dalam doamu

Itu yang ku pinta, dari dulu, sewaktu bertemu.”

Suasana teater diselubungi rasa pilu, namun tetap hangat dengan kekayaan
perasaan; keindahan kesenian. Ada yang menjerit memanggil nama sutradara
itu. Aziz! Ajis! Aziz!!

Rozana semakin menahan keperitan rasa. Jiwanya sudah menghujan dengan
ratapan. Masih juga dia menyimpan perasaan. Sekalipun telah lama
melupakan dan membawa haluan sendiri yang jauh.

Sekalipun lagu yang dinyanyikan itu penuh hiba, tetap juga bibir Aziz
mengukir senyuman rasa bahagia, kerana sudah seharusnyalah perasaan
bahagia yang perlu dipertontonkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience