BAB 4

Drama Completed 296

Melihat pergaulan Rozana yang sangat terbuka membuatkan Arjuna kurang
senang.

“Esok saya akan sambung lagi kerja-kerja membuat laporan. Sangat sibuk.
Mungkin akan bermalam lagi di pejabat dengan rakan kerja.” Kata Rozana
melalui telefon.

“Mak dan ayah tidak risau?” Soal Arjuna .

Rozana menafikan, katanya ibubapa memahami.

“Saya tidak berapa setuju. Saya harap awak dapat melakukan kerja
mengikut waktu pejabat.” Arjuna memberi pandangan.

Rozana membantah. Dia tidak mahu urusan cita-citanya diganggugugat.
Bukan cinta lagi yang menjadi keutamaan, tetapi kerjanya yang dianggap
jauh lebih realistik dan berbaloi untuk dikejar.

“Maaf, saya perlu menyiapkan laporan dengan cepat. Awak? Apa yang selama
ini awak buat? Emak selalu bertanya hal kita, tapi awak terus berdiam
diri. Saya tertekan!” bentak Rozana .

Arjuna tidak menafikan. Dia juga kesal dan kasihan akan nasib kekasihnya.

“Ada. Saya sedang gigih menulis.” Kata Arjuna , menjawab sebahagian
persoalan Rozana .

“Menulis?” pintas Rozana dengan nada melecehkan. “Bolehkah hidup selesa
dengan hanya menjadi penulis? Nasib juga tidak menentu!” sambungnya
lagi. Dia juga tidak bersetuju dan meremahkan kebolehan dan semangat
Arjuna menjadi seorang penulis.

Arjuna tetap tenang. Tetapi terkilan, Rozana sudah tidak seperti dahulu
yang selalu menyokongnya.

“Awak tidak percaya dengan cita-cita saya?”

Dengan nada yang masih perih, Rozana menjawab, “Arjuna , jadilah
realistik. Banyak lagi kerja yang lebih terjamin.”

Persembahan teater bertambah tegang. Para penonton turut merasai konflik
yang berlaku. Sehinggalah akhirnya mereka memutuskan untuk tidak saling
bertegur lagi. Perhubungan yang dahulunya mesra, bertukar dingin dan
terasing. Rozana tersentak menonton dan terus tergamam. Sekali lagi,
sungguh serupa situasi itu dengan kisah cintanya dulu.

Persembahan sudah hampir ke penghujung. Hidup Arjuna dan Rozana sudah
jauh terpisah. Rozana hanya bersungguh dan komited dengan dunianya.
Boleh hidup selesa, memiliki wang sendiri dan boleh membantu keluarga.
Pada babak yang lain pula, digambarkan Arjuna yang hanya sendirian hidup
bersama keluarga. Adakalanya, terkenang dan merindui kekasihnya. Dia
terus gigih menulis. Namun, tidak sedikit hasil penulisannya ditolak
oleh rumah-rumah penerbitan. Walaupun begitu, tidak mematahkan
semangatnya. Arjuna tetap terus menulis sehinggalah kemahirannya
berkembang. Kelunakan seni dan bahasa di dalam jiwanya kian mampan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience