BAB 2

Drama Completed 296

“Sara, kau mesti tengok ni. Harap kau suka.” Kata Raisa. Dia yang
syorkan kawannya untuk memanfaatkan aktiviti liburan malam di hujung
minggu, dengan menonton teater.

“Cerita yang lewah-lewah macam ni?” soal Rozana yang skeptik. Wajahnya
hampir mengekspresikan jemu.

“Tak. Aku yakin kau akan belajar sesuatu. Percayalah.” Raisa meyakinkan.
“Lagipun tak susah untuk dihadam. Jadi, jangan risau.” Sambungnya lagi.

“Aku bukan orang-orang seni macam engkau. Nak faham cerita dengan ...”

“Shh!” terus Raisa memintas kata-kata yang membingitkan naluri seninya
itu. Rozana akur, lalu terdiam dan menonton. “Tiket aku yang sponsor.”
Sambung Raisa lagi. Mengingatkan Rozana supaya menurut sahaja kehendak
rakan baik yang dikenalnya sewaktu pengajian mereka di universiti. “Oh
ya, lagipun watak heroin sama nama dengan engkau—Rozana . Kebetulan sangat.”

Rozana diam sahaja. Hanya bersabar dengan kerenah sahabatnya. Namun,
mereka berdua tetap terpukau dengan gaya persembahan yang energetik dan
penuh dengan rencaman sketsa kehidupan.

Dipamerkan watak sepasang kekasih. Melalui detik-detik cinta yang sedang
memekar. Pengarahnya bukan sekadar menghasilkan karya bersifat monotasi,
tetapi mempamerkan iktibar dan dianalisa terhadap masyarakat yang
beradaptasi seiring perkembangan zaman. Di akhbar-akhbar tempatan;
ruangan hiburan, pengarah itu ada menjawab pertanyaan wartawan. “Kisah
cinta memang tidak akan dapat lari dari konflik. Maka, inilah yang cuba
saya ketengahkan. Sebuah kisah cinta yang diduga dengan urbanisasi dan
modernisasi semasa yang telah mencabar falsafah dalam berpendirian; yang
diwakili oleh dua insan.” Ditanya lagi; apakah signifikasinya kisah
seperti ini diketengahkan yang di mana plot cerita sudah agak klise.
Dijawabnya dengan memberikan sudut pandangan yang berbeza. “Betapa
pembawaan kemelayuan itu sudah banyak berubah. Dari segi adab, bahasa
dan interaksi sosial. Inilah yang cuba saya sedari.”

Tatkala watak-watak memeriahkan babak dengan elemen humor dan ceria,
para penonton dibuai gembira dan terhibur. Tatkala babak bertukar duka,
penonton yang hadir juga turut berperasaan hiba.

“Temani saya.” Kata Arjuna . Sengaja dipilih nama itu bagi melambangkan
sisi peribadi Sang Lelaki yang masih memegang tradisi, namun
terasimilasi dengan arus perubahan semasa.

“Bukan saya sudah disebelah?” Soal Sang Kekasih berwatak Rozana , seorang
perempuan moden yang bercita-cita tinggi dan sangat komited untuk
menggapai impiannya. Sedikit kontradik dengan budaya santun dan
ketimuran perempuan melayu dahulukala yang disanjung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience