BAB 5

Romance Completed 4375

Pagi yang sangat sejuk dek kerana hujan lebat malam semalam membuatkan Zahirah terasa malas hendak bangkit dari tidurnya..

"Tengku Zahirah Ariana"...
"bangun cepat..nanti lambat pula kita nak sampai ke rumah kawan papa kamu tu..bangun cepat irah..".. panggil ibunya Tengku Ariani sambil mengetuk pintu anak nya.

" ye mama " jawab Zahirah dengan nada separa mamai..

"a...ya la.. bangun cepat.. pergi mandi dan turun ke bawah sarapan ya irah.." mama dengan papa tunggu kamu kat bawah." kata Tengku Ariani kepada anak nya Tengku Zahirah..

************

Tengku Zahid : " ha... dah bangun anak dara awak yang satu tu ani.." kata Tengku Zahid kepada isterinya Tengku Ariani..

Tengku Ariani : "aikkk... abang .. perli saya ke " ..

Tengku Zahid : "mana ada ani oooiii... macam la awak tak tahu perangai anak perempuan awak yang satu tu macam mana.."..

Tengku Ariani : " anak saya seorang ke bang .. banyak kali saya dah bagitahu irah untuk tidak keluar malam terlalu enjoy.. abang cuba la nasihatkan dia tu sikit..

Tengku Zahid : " Saya bukan tak nasihatkan anak.. cara saya lain awak lain.. awak mak dia ..awak la nasihatkan dia.. kalau perempuan sesama perempuan senang la bagi nasihat.. tak kuasa saya nak nasihat kan dia..bukan dia nak dengar saya cakap apa.. anak dara awak tu degil orangnya ani.."

panjang lebar Tengku Zahid memberi pandangan nya kepada isterinya itu...

Tengku Ariani : " ye la bang..nanti ani cuba la cakap sikit kat irah tu.. dah la bang .. minum kopi tu .. abang nak makan mee hoon goreng nie ke nak makan roti tu.."

Tengku Zahid : " ye la ani.. bagi saya mee hoon goreng tu je .."

Tengku Ariani pun menyedukkan mee hoon goreng untuk suami nya.. Dalam ligat dia sibuk menguruskan suami nya.. muncul la kelibat anak gadis nya yang baru sebentar tadi menjadi topik perbualan dia dengan suaminya..

Tengku Ariani : " aaa... turun pun irah .. ingat tak reti nak turun.. irah nak makan apa.."

Tengku Zahirah : " emmm..tak pe la mama.. irah tak nak makan.. irah nak minum susu tu je .."
kata Zahirah kepada ibunya.. sememang irah jarang bersarapan bersama keluarga nya.. ye la.. keluar malam balik pagi.. itu lah rutin harian Zahirah..

Tengku Ariani sekadar tersenyum sahaja melihat akan karenah anak nya itu .. Seperti biasa .. Tengku Ariani memang tahu yang anak bongsu nya itu tak akan bersarapan..diet la kata kan..

*********

Di sebuah rumah banglo milik Tan sri Arman sekeluarga menyambut kedatangan sahabatnya Tengku Zahid Amir .. riuh rendah rumah tu dibuat mereka dua keluarga itu.. maklum lah ..lama tidak bersua muka .. mana tak riuh dibuatnya..

Tan sri Arman : " Lama kamu semua tak datang kesini kan zahid.. kamu apa khabar zahid..sihat.."

Tengku Zahid : " kami sekeluarga sihat sahaja Man..sibuk sangat menguruskan pejabat..tu yang lama tak singgah sini.. kamu sekeluarga pula macam mana man.."

Tan sri Arman : " kami sihat je zahid.. zahid.. alang- alang kamu dah datang nie.. aku nak tanya kamu sikit la boleh ke.."

dengan wajah yang serius Tan sri Arman menyatakan hasrat nya kepada Tengku Zahid membuatkan Tengku Zahid tertanya-tanya.. apa yang sepupu nya itu mahukan darinya..lalu Tengku zahid pun bertanya kepada tan sri arman..

Tengku Zahid .. " pelik aku dengan kau nie man.. selalu nya kau tak pernah minta izin kalau nak bercakap dengan aku.. kau nak tanya apa man.. kalau aku boleh tolong kau...aku akan cuba bantu kamu man.."

mendengar bicara sepupunya itu, Tan sri Arman pun menyampaikan hasrat nya yang sudah dia dan isterinya Datin seri Mariam Alia rancangkan..

Tan sri Arman : " macam nie Zahid.. aku dengan isteri aku berkenan sangat dengan anak dara kamu yang bongsu tu .. kalau boleh kami nak anak kau jadi menatu kami.. kita berbesan la .."

begitulah hasrat Tan sri Arman kepada Tengku Zahid.. Alangkah terkejut nya dia dengan hasrat sahabat nya itu..

Tengku Zahid : " haha.. macam tu rupa nya man.. ala man.. bukan ke dulu kita pernah janji akan menyatukan salah seorang anak kita tu.. kalau aku tak ada masalah la.. tapi tak tahu la setuju ke tidak anak aku tu man.. aku kena tanya dia dulu..maklum lah.. dia yang nak kahwin.."

Tan sri Arman hanya tersenyum tanda setuju dengan kata-kata Tengku Zahid tu..

Tengku Zahid : " cakap-cakap juga man.. aku nak juga tanya .. anak bujang yang mana satu kau nak jodoh kan dengan anak aku tu.. ye la.. kau kan masih ada dua orang anak bujang.. haha.. tapi aku berkenan juga dengan anak sulung kamu tu.. kalau dia belum berpunya..boleh sangat la jadi menantu aku.. "

Mendengarkan apa yang Tengku Zahid katakan membuatkan mereka berdua ketawa.. sampai tak sedar akan kedatangan isteri-isteri mereka..

Datin seri Mariam : "Rancak sungguh mereka berbual kan ani sampai kita datang pun mereka tak dengar .. katanya kepada Tengku Ariani.."

Tengku Ariani : " biasa la tu yam.. orang lelaki kalau dah berbual memang tak ingat bini anak..

Datin Seri Mariam : " jemput la minum ani..zahid..abang.. lupa nak tanya.. kamu berdua datang berdua ke tadi..

mendengarkan apa yang Datin seri Mariam katakkan membuatkan Tengku Ariani tertanya..kemana anak dara nya itu..berbual punya pasal sampaikan mereka tak sedar yang anak Tengku Zahid tak masuk lagi ke rumah banglo milik Tan sri Arman..

Tengku Ariani : " ye la abang.. mana anak kesayangan abang.. buat apala kat luar tu..abang pergila panggil dia masuk .. buat malu je.."
omel Tengku Ariani separuh berbisik kepada suami nya..tetapi masih boleh didengari Tan sri Arman dan isteri nya Dati seri mariam..

Tengku zahid baru hendak mengatur langkah bingkas dari duduk nya .. Kelibat anaknya pun muncul sambil memberi salam kepada mereka..
dengan serentak mereka menyahut salam darinya..Zahirah pun menyalami Datin seri Mariam lalu duduk mengambil tempat di sisi ibunya..

Tengku Ariani : " irah buat apa kat luar tu td nak.."

Tengku Zahirah : " Angah call tadi mama..tu yang irah kat luar.. maaf la datin..tan sri kepada mereka dengan penuh hormat..

Tan sri Arman : " tak payah la nak ber "tan sri datin" bagai Zahirah.. panggil aunti uncle ja dah cukup.. katanya kepada tengku Zahirah..

Tengku Zahirah yang mendengar teguran Tan sri Arman lalu tersenyum kepada merekatanda setuju dengan apa yang dipinta oleh kawan papanya itu..

Datin Seri mariam yang dari tadi memang tercari-cari kelibat anak dara Tengku Ariani yang selalu menjadi buah mulut ramai kenalan nya..yang mengatakan anak Tengku Zahid yang cantik macam seorang gadis mat salleh .. ya memang Tengku Zahirah menjadi buah mulut ramai orang sehinggakan ada yang cuba masuk meminang nya namun pinangan itu di tolak kerana kata Tengku Zahirah .. dia masih muda.. belum bersedia nak berumah tangga.. ibu dan bapa nya pun tak pernah paksa anak mereka mengikut kehendak mereka.. bagi mereka..biar lah anak nya itu membuat keputusan nya sendiri..

Datin seri Mariam yang terpegun dengan kecantikkan Tengku Zahirah menambahkan lagi niat nya untuk meminang anak gadis itu ..
Putra Aydean yang nampak runsing mendengar keriuhan di rumah nya pun turun kebawah untuk melihat apa yang terjadi..

mama..mama... panggil Putra Aydean..
mendengar nama nya di seru anak teruna nya itu .. Datin seri mariam menoleh ke arah anak nya lalu berkata..

Datin seri Mariam : " dean.. mari sini.. mama nak kenalkan kamu dengan kawan lama papa kamu.. "

dengan langkah yang sengaja Putra Aydean percepatkan kerana mata nya terpikat kepada keayuan Tengku Zahirah.. sungguh dia terpegun dengan kecantikkan gadis itu membuatkan hatinya terasa ada sesuatu yang berdegup kencang.. Putra Aydean menyalami Tengku Zahid lalu duduk berdepan dengan gadis cantik sehingga membuatkan Tengku Zahirah menunduk memandang ke lantai.. sungguh dirinya malu saat di tenung Putra Aydean sebegitu rupa..

Datin seri Mariam : " kenalkan .. nie anak bujang sulung saya ..Putra Aydean.." Dean ..mereka nie kawan papa kamu.. yang itu Tengku Zahid.. sambil menunjuk ke arah Tengku Zahid.. yang ini pulai isteri uncle zahid.. Tengku Ariani .. dan yang itu anak bongsu mereka Tengku Zahirah.."

Putra Aydean : " tengku zahid dengan tengku Ariani sihat ..lama dah sampai.."

Tengku Ariani : " kami sihat je..kami baru je sampai .. Dean pula sihat ..tak payah la ber "tengku2" dengan kami .. panggil aja kami uncle dengan auntie.."

Putra Aydean : " saya sihat tengku.. eh ...auntie.."

sekali lagi mata Putra Aydean melirik ke arah gadis yang mencuri pandangan nya itu menambahkan rasa panas dihati nya..

********
Mengenangkan pertemuan nya dengan keluarga Tengku Zahirah pagi tadi membuatkan ingatan nya kepada wajah ayu Tengku Zahirah.. Wajah yang seakan di kenalinya..

"ooohh.. ye .. kopi.. ya ..perempuan yang melanggar aku tempoh hari.." getus Putra Aydean di dalam hati..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience