BAB 2

Romance Completed 4375

Putra Aydean bin Tan Sri Putra Arman, lelaki yang berusia 25 tahun. Lelaki yang tinggi lampai bebadan tegap berkulit cerah serta memiliki wajah yang seakan akan mirip ibu nya yang berkacukan pakistan cina. Lelaki muda yang berkarisma dan berdedikasi membuatkan ramai gadis terpikat kepadanya tidak terlepas Betty sepupunya dan Azharina sahabat karib nya. Putra Aydean merupakan anak sulung Tan Sri Putra Arman dan Datin Seri Mariam Alia sekaligus abang kepada adik kembar nya Putra Seith dan Putri Alina yang berumur 23 tahun. Bagi Putra Aydean dia tidak pernah terlintas untuk mendirikan rumah tangga di usia sebegini. Beliau hanya fokus dengan kerjayanya yang meneraju sebuah syarikat terbesar Empire sdn bhd.

Putra Aydean yang sedang sibuk terkejut dengan suara yang menyapa nya. Aydean hanya memandang gadis yang baru masuk ke dalam pejabat nya itu.

"Ha.. Azharina.. nak apa awak datang sini. Saya tengah sibuk nie "
kata Putra Aydean kepada Azharina yang merangkap pembantu peribadinya itu yang selalu masuk menganggu Aydean.

"Aik dean, saya masuk je awak mesti tanya saya buat apa masuk sini la sya itu la. sekarangkan waktu lunch dah pukul 12 tgh hari dah jam. Dean tak lapar ke? Jom keluar makan "kata Azharina kepada Putra Aydean.

Patutlah perut nya meragam rupanya dah waktu makan tengah hari. Begitulah dia terlalu sibuk dengan kerja sampai makan pun lupa. Azharina sudah menarik tangan Aydean untuk di heret keluar. Aydean yang hanya menurut sahaja langkahnya,kemana sahaja gadis itu pergi tidak ubah seperti sepasang kekasih. Ya kekasih.. Azharina yang memiliki wajah yang cantik ayu putih dan berbadan kecil itu memang tidak pernah dinafikan Aydean semenjak persahabatan mereka,memang dia juga akui kecantikkan gadis itu tapi dia tak pernah menganggap gadis itu lebih dari seorang sahabat jauh lagi hendak bercinta dengan nya. Semua orang di pejabat mereka tahu yang Azharina menaruh hati kepada boss mereka Putra Aydean. lelaki kacak yang tidak sombong dengan semua staff nya membuatkan kakitangan syarikat itu sungguh menghormati boss mereka itu.

**********
Suasana sunyi sepi di sebuah restaurant yang bertaraf lima bintang itu membuatkan Putra Aydean merasa sungguh damai.

"Pandai Azharina pilih tempat mereka mengisi isi perut, sungguh santai tempatnya,"bisik hati Aydean.

Dalam sibuk Putra Aydean meneliti setiap genap keadaan restaurant itu dia dikejutkan dengan sapaan Azharina.

"Aydean... awak dengar tak. Saya tanya.. awak nak pesan makanan apa.."

Aydean tersenyum melihat karenah Azharina yang mencuit hati nya itu..

"Orang tanya dia nak pesan apa dia tersengeh sengeh je kata Azharina kepada sahabat nya itu."

Aydean yang sedari dari tadi tidak menjawab pertanyaan Azharina pun berkata..

"Awak pesan lah apa yg sedap kat sini,saya akan makan."

Azharina yang mendengar jawapan Aydean pun terus memanggil pelayan di situ untuk memesan makan. Sesudah selesai mereka mejamu selera mereka pun keluar beriringan balik ke pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience