BAB 3

Romance Completed 4375

Putra Aydean yang baru balik dari pejabat terus menghempaskan badan nya ke sofa. Sungguh dia letih dengan setiap kerja nya. Baru hendak terlelap mata nya. Aydean terfikir sesuatu,ingatannya teringat kepada susuk gadis yang sangat cantik tinggi lampai.. cukup sempurna dimata Aydean. Gadis yang tiba-tiba terlanggar nya menyebabkan baju Aydean terkena air kopi. Siapakah geangan gadis yang telah menawan hati lelakinya itu.

"Oh ya baju.. kesan air kopi bukan senang nak basuh" kata Aydean dalam hati.

Lalu bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mandi sebelum dia membuat kerja nya.

*********

"Awak... aduhhh... sorry..sorry.. saya minta maaf encik "kata gadis itu kepada Putra Aydean, sambil mengelap baju lelaki itu dengan tisu yang terkena air kopi akibat pelanggaran berlaku diantara mereka membuatkan Azharina cemburu melihat kejadiaan itu.

"heyy... kau buta ke.. tak nampak orang.. berjalan macam tak pandang kiri kanan.." marah Azharina kepada gadis itu.

"Maafkan saya cik.. saya tak sengaja nak tumpahkan air nie kat baju boyfriend cik. saya minta maaf encik.. saya akan ganti balik baju encik..saya janji encik."

"elehhh... nak gann......" belum sempat Azharina menghabiskan ayat nya. Aydean telah memotong kata-kata PA nya itu dari di teruskan.

"Tak apa Cik .. Saya maafkan,lain kali Cik hati-hati ye " kata Aydean sambil menghadiakan sekuntum senyuman yang boleh mencairkan hati wanita. Perempuan tadi pun membalas kembali senyuman Aydean membuatkan Aydean tertawan dengan senyuman manis gadis itu.

Azharina yang menyedari situasi itu cepat-cepat menarik tangan Aydean untuk di ajak pergi meninggalkan tempat itu.

"Jumpa lagi cik " kata Aydean kepada gadis misteri itu..

Gadis itu hanya sekadar mengganguk dan melambaikan tangan nya kepada lelaki itu.

"Fuhhh.. nasib baik dia tak marah" kata Tengku Zulaika kepada adik nya Tengku Zahirah.

"Tu la,jalan tak pakai mata kata "kakak nya kepada adik nya itu membuatkan Zahirah memuncungkan mulut nya..

"Handsome nye lelaki tu kan irah. Beruntung siapa yang kahwin dengan dia, dah la kacak tinggi putih..badan nya pun tegap" kata Zulaika kepada adik nya.

"Hai kak.. abang Firdaus akak nak letak mana." Sambil tersengih kakak nya menjawab..

"ala bukan akak berkenan pun dengan lelaki tu..akak cakap aje mane tahu suatu hari nanti dia jadi adik ipar akak macam mana"
sambil ketawa memandang muka adik nya yang sudah merah dek kerana malu di usik kakak nya itu.

"Kita pulak yang kena" kata Zahirah kepada kakak nya.

dengan itu tercetus lah gelak ketawa dua beradik itu.

"Amboi.. seronok nampak".. kata Ibunya Tengku Ariani kepada dua anak perempuan nya itu saat terdengar keriuhan dua beradik itu.

Ya.. dua beradik itu sangat akrab setelah kematian anak nya Tengku Aizat Megat dalam satu kemalangan terancang itu telah meragut nyawa anak nya itu membuatkan satu-satunya anak lelakinya Tengku Amran Mikhail adik kembar kepada Tengku Aizat Megat membawa diri ke kota barat.

"Ala mama nie.. kita orang gurau-gurau je." kata Zulaika kepada ibunya.

"Apa yang kamu berdua ceritakan sampai tak ingat dunia nie.. cuba cerita kat mama."

"Tak ma.. tadi...masa kami nak balik..ada orang tu terlanggggarr....." belum sempat Zulaika menghabiskan ayat nya..

Zahirah menekup mulut kakak nya agar tidak meneruskan cerita nya itu..
Tengku Ariani yang tidak puas hati dengan cerita anak nya lalu berkata ..

"Kamu berdua langgar siapa.. kenapa cuai sangat.. orang tu tak apa-apa kah".. kata ibunya bertubi-tubi..

" iiisss mama nie.. ke situ pulak mama.. bukan la mama.. adik tu.. jalan tak pakai mata .. tup tup dah terlanggar hero malaya sampaikan hero malaya tu terkena air kopi adik".. kata Zulaika kepada mama nya dengan penuh tekun.

Zahirah yang terdengar bicara kakak nya itu pun cuba untuk bingkas bangun meninggalkan tempat itu sebelum keaadan menjadi lebih parah. Tengku Ariani tersedar dengan keangkatan anak nya terus meyapa anaknya..

"Haiii irah.. tak nak cakap ke apa yang jadi kat mama".. sambil wanita itu menghadiahkan nya sekuntum senyuman.

Zulaika pun mula membuka bicara nya menerangkan pada mama nya membuat kan Zahirah tak senang duduk.
sememang nya Zahirah malu hendak mengingati kejadiaan itu apabila dia terkenang wajah kacak lelaki itu membuatkan nya malu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience