BAB 4

Romance Completed 4375

Jam di dinding menunjukan pukul 7 pagi, laju Aydean bangkit dari katil nya terus menuju ke bilik air. Walaupun hujung minggu memang Aydean tidak akan bangun lambat. seusai mandi dia turun ke dapur untuk bersarapan. Seperti biasa mama nya Datin seri Mariam Alia akan menyediakan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga bukan tak ada Kak Salmah orang gaji dirumah itu untuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka, dia sahaja yang tak mahu Kak Salmah sediakan.
"Morning mama " kata Aydean kepada ibunya. Ibunya menyambut penuh senyuman.

"Hujung minggu macam nie awal juga anak mama bangun..biasanya hujung minggu macam nie orang lain akan bangun lambat."

" Ala mama.. dean bangun awal salah bangun lambat pun" salah omel Aydean kepada ibunya.

Datin Seri Mariam Alia tersenyum lalu berkata "mama bukan nya marah dean mama cuma hairan dengan sikap dean yang selalu sibuk dengan kerja je.. tu pun salah ke" sambil menunjukkan muka merajuk.

"Hahaha.."tiba-tiba Aydean ketawa apabila melihat ibu nya sudah merajuk ..

"mama merajuk ke .. dean gurau je pun ummi nak merajuk" sambil menayangkan segaris senyum pada ibu tercinta nya.

"Dah lah dean.. layan kamu nie sampai ke sudah tak habis.."

Aydean pun ketawa riang mendengar omelan ibunya itu .. Baru hendak mengalihkan pegerakan Datin Seri Mariam terkejut akibat sergahan dua anak kembar nya Putra seith dan putri alina..

"Ehhhh anak mama..bila sampai..tak dengar pun bunyi kereta.."

"Mana nak dengar kita sampai kan lia kalau mama dah bergurau seronok dengan anak kesayangan nya Abg dean tu"..kata Putra seith kepada adik kembar nya itu..

Adik kembar nya itu hanya mengangguk mengiakan kata-kata abg nya itu. meletus ketawa mereka bertiga beradik bila mengenakan ibu mereka..

"Amboi.. seronok nampak nya menyakat mama kamu tu.." kata Tan sri Arman suami kepada Datin seri Mariam.

"ehh..anak kembar papa dah pulang ke..bila sampai" kata ayah nya kepada si kembar itu.
Lia yang sememang nya rapat dengan ayah nya lalu memeluk ayah nya ..

"Lia rindu kat papa ..rindu sangat .."

" Aikk..lain yang papa tanya lain yang lia jawab.."

"Ala papa nie ..lia nak manja dengan ayah pun tak boleh" sambil mencebikkan mulut nya..

" Kami baru je sampai papa..kan abg" kata lia kepada ayah nya..

mereka yang mendengar jawapan ringkas lia lalu ketawa melihat akan perangai gadis lincah yang membuatkan semua disitu terhibur dengan telatahnya.

*********
Aydean menekan skrin telefon nya untuk menghubungi seseorang..
"tut...tut...tut.."..
tidak sampai beberapa saat panggilan itu diangkat..

"Hello sayang.." kata Aydean..
"Hello awak" balas Zahirah..

Ye..semenjak kejadiaan langgar tu mereka mula mengenali satu sama lain. Dan pertemuan mereka yang tidak di rancang oleh mereka menyatukan lagi cinta mereka..Beberapa bulan selepas itu hubungan mereka menjadi lebih rapat sehinggalah mereka bertunang.. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi mereka akan di ijab kabulkan..

Aydean : "Sayang sihat.. sayang buat apa tu?"

Zahirah : "saya sihat la awak .. saya tak buat apa pun awak.. awak pula sihat ke.."

Aydean : "Saya sihat sayang .. oh ya sayang .. esok kita keluar nak.."

Zahirah : " Boleh juga kata zahirah ..tapi kita nak keluar kemana?.." tanya zahirah kepada tunang nya Putra Aydean..

Aydean : "Rahsia" kata aydean membuatkan zahirah geram dengan bakal suaminya itu ..

Zahirah : "yelah awak ..esok kita jumpa ya .."

Aydean : "Baik lah sayang.. selamat malam.. love you so much.."

Zahirah : " Love you too awak ..bye ..selamat malam awak.."

Talian di putuskan.. Aydean tersenyum sambil mengingati kisah percintaan mereka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience