Fakta atau Mitos 1

Mystery & Detective Completed 1053

1. Dalam / Di dalam

Fakta atau mitos: "Dalam" hanya digunakan jikalau ruang yang dirujuki tidak wujud ataupun tidak konkrit.

"Dalam" dan "di dalam" boleh dibezakan dengan cara yang amat terus-terang: "Dalam" hanya boleh merujuk kepada ruang yang tidak konkrit (tidak wujud), manakala "di dalam" merujuk kepada ruang yang konkrit ataupun ruang yang wujud.

Contohnya:

"Sila tinggalkan tandatangan di dalam petak di bahagian bawah borang ini." (Petak ialah sebuah ruang yang wujud)

"Aliff menyimpankan buku biografi Warren Buffett di dalam almarinya." (Almari ialah sebuah ruang yang konkrit dan wujud)

"Ada sebuah pengalaman ngeri yang menghantuinya dalam mindanya." (Minda ialah sebuah ruang yang tidak konkrit)

Kesimpulannya: Fakta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience