Fakta atau Mitos ( Permulaan )

Mystery & Detective Completed 1053

Fakta atau Mitos: Ialah dan Adalah, Dari dan Daripada?

Sejak bulan yang lalu, sejumlah daripada pelawat kami mengambil kuiz tatabahasa Melayu kami yang, pada mulanya, kelihatan amat senang.

Kuiz tersebut menampilkan soal perbezaan fungsi antara perkataan-perkataan yang hampir sama, seperti “ialah/adalah”,  “kita/kami”, “dari/daripada”, dan pasangan unit tatabahasa lain yang dipelajari setiap murid di peringkat persekolahan rendah.

Walau bagaimanapun, julat markah menunjukkan bahawa walaupun ramai diluluskan dengan markah yang tinggi ataupun penuh, ramai juga tidak begitu bertuah. Pembacaan komen-komen yang ditinggalkan di ruang media sosial juga mendapati bahawa ramai penjawab kuiz memegang kepercayaan yang tertentu mengenai penggunaan "adalah", "daripada", dan sebagainya. Contohnya, ada yang memercayai bahawa "adalah" hanya digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Benar atau mitos?

Jadi, bagaimanakah kita boleh membezakan antara pasangan "kita/kami", "dari/daripada", "ialah/adalah", dan "dalam/di dalam"? Adakah kepercayaan yang berleluasa tentang perbezaan tatabahasa Melayu tepat? Artikel ini bertujuan menjelaskan kekeliruan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience