Fakta atau Mitos 2

Mystery & Detective Completed 1053

2. Dari / Daripada

Fakta atau mitos: "Dari" merujuk kepada objek, dan "daripada" merujuk kepada orang.

Perbezaan antara "dari" dan "daripada" juga senang diingati dengan menggunakan kaedah tertentu. Kedua-dua perkataan ini ialah kata sendi nama, iaitu jenis perkataan yang menghubungkan frasa nama (iaitu frasayang mempunyai subjek berjenis kata nama) dengan frasa lain. Antara kata sendi nama dalam bahasa Melayu ialah:

DariDaripadaKeKepadaDenganUntukDiTentangDemiSeperti

Dan sebagainya. Semua perkataan ini bertugas menghubungkan frasa nama dalam sesebuah ayat dengan frasa yang lain.

Tetapi, walaupun mengongsi tugas ini, "dari" dan "daripada" masing-masing memegang tiga jenis fungsi tersendiri.

Fungsi "dari", yang berlainan daripada "daripada", boleh diingati dengan menghafal maksud akronim "ATM": bukan automated teller machine, tetapi "Arah, Tempat dan Masa". Kata sendi nama "dari" hanya digunakan untuk menyatakan arah, tempat dan masa dalam sesebuah ayat. Contohnya:

"Saya mengeluarkan duit ini dari bank." (Tempat)"Angin meniup dari Selatan." (Arah)"Dari pukul lapan hingga sepuluh malam ini, filem terbaru Redza Minhat akan ditayangkan di pawagam." (Masa)

Kata sendi nama "daripada" digunakan untuk membincangkan dua jenis objek, dan juga untuk fungsi ketiga yang tersendiri. Objek yang pertama ialah orang, yang kedua ialah punca pembuatan. Fungsi ketiganya pula adalah untuk melakarkan perbandingan antara dua objek.

Contohnya:

"Adik dapat hadiah daripada Mak Long." (Membincangkan orang)"Kasut ini diperbuat daripada kulit lembu sebenar." (Menerangkan punca pembuatan)"Saya lebih suka nasi ambeng daripada nasi kerabu." (Membuat perbandingan)

Oleh itu, walaupun "dari" dan "daripada" menduduki tugas yang sama, masing-masing mempunyai tiga jenis fungsi yang berlainan. "Dari" digunakan untuk menyatakan Arah, Tempat dan Masa, manakala "daripada" menyatakan Orang dan Perbandingan.

Kesimpulannya: Mitos! 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience