Fakta atau Mitos 3

Mystery & Detective Completed 1053

3. Ialah / Adalah

Fakta atau mitos: "Ialah" merujuk kepada makhluk bernyawa, manakala "adalah" merujuk kepada benda tidak bernyawa.

Kita memanggil "ialah" dan "adalah" kata pemeri, iaitu penghubung frasa yang utama dengan frasa lain dalam sesebuah ayat.

"Ialah" hanya digunakan apabila perkataan selepasnya merupakan kata nama. Huraian yang lebih tepat adalah bahawa "ialah" hanya digunakan apabila frasa yang mengikutinya ialah frasa nama.

Contohnya:

"Kakak saya ialah orang yang baik." (Mendahului frasa nama)"Menara ini ialah bangunan yang tertinggi di Asia." (Mendahului frasa nama)"Pemain kegemaran saya dalam pasukan ini ialah Ashraf." (Mendahului frasa nama)

Contoh-contoh ini menggambarkan bahawa kata pemeri "ialah| boleh digunakan sekiranya mendahului kata nama am, dan juga kata nama khas (nama orang, nama tempat, dll). "Ialah" juga dibenarkan jika mendahului kata yang merujuk kepada benda, dan bukan sahaja kepada orang.

"Adalah" pula diperlukan jika frasa yang mengikuti kata pemeri dalam ayat anda ialah frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Keliru?

Tadi sudahpun dijelaskan bahawa frasa nama merupakan frasa yang bersubjek kata nama ("orang yang baik", "kucing yang gemuk"). Frasa adjektif pula ialah frasa yang mempunyai subjek berjenis kata sifat / adjektif ("besar macam gajah"), manakala frasa sendi nama ialah frasa bersubjek kata sendi nama ("untuk kamu").

Contohnya:

"Angpau ini adalah daripada Auntie Fiona." (Frasa sendi nama)"Sekarang anak saya adalah tinggi macam ayahnya." (Frasa adjektif)"Cenderhati ini sebenarnya adalah untuk kamu." (Frasa sendi nama)

Kesimpulannya: Mitos!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience