Bab 5

Romance Series 6506

Haris yang baru sahaja ingin memasuki kelas terkejut dengan keadaan kelas yang kecuh. Rupa-rupanya ada pergaduhan yang berlaku sebentar tadi. Biasalah lelaki pantang dicabal. Ada sahaja yang menjadi punca pergaduhan. Namun semua itu tidak menarik perhatian Haris. Seorang gadis yang sedang menangis yang menarik perhatiannya. Gadis yang telah mencuri hatinya dalam diam, Yana. Dia seperti terpukau. Kakinya melangkah ingin mendekati Yana. Hatinya ingin memujuk gadis pujaannya. Namun langkahnya terhenti disaat melihat seorang lelaki lain yang lebih awal mendekati Yana. Haris seperti kembali ke alam nyata. Yana sudah berpunya. Hatinya menjadi lemah dan kecewa kerana tidak mampu meluahkan rasa cinta yang terpendam. "Bro..tak payah tenung lama-lama. Dia itu kekasih orang." Iqram menegur Haris. Dia tidak mahu Haris berharap pada sesuatu yang tidak pasti. "Banyak lagi perempuan lain bro. Kau nie nama je playboy, tapi dengan Yana tu juga kau kalah." Dia tidak faham apa kelebihan Yana sehingga mampu menjadikan lelaki playboy seperti Haris dan Kamal gila bayang. "Kau tak faham. Kau tu bukan pernah bercinta or jatuh cinya. Suatu saat nanti kau akan tahu kenapa dan mengapa Yana begitu istimewa pada aku." Haris kembali focus pada pelajarannya kerana dia yakin pada jodoh. Walau berjuta lelaki yang mendekati Yana namun jika tertulis namanya sebagai jodoh Yana..Yana tetap akan menjadi miliknya. Tidak lari gunung dikejar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience