Bab 10

Romance Series 6505

Masa terus berlalu.. Tanpa sedar sudah 5 tahun berlalu.. Kini Yana sudah berumur 28 tahun.. Yana masih sendiri. Yana terpaksa meneruskan perniagaan keluarga kerana dirinya yang merupakan anak tunggal. Tiada masa untuk mencari teman atau enjoy. Masanya hanya untuk menguruskan hotel dan restoran keluarganya. Masa lapangnya diisi dengan menguruskan Rumah Sinar iaitu rumah anak yatim Yana sendiri. "Jauhnya anak mama termenung. Fikir apa tu? " Datin Diana menghentikan lamunan Yana. "Tidak ada apa-apa mama. Just rindu pada anak-anak Yana. sekarangkan musim cuti sekolah tapi Yana sibuk sangat sampai tidak ada masa untuk mereka." luah Yana. Masa cuti sekolah Yana akan sibuk dengan kerjayanya. " Yana tak perlu risau mama kan ada. Mama bercadang nak bawa mereka ke hotel kita. Saja nak mereka happy. " Datin Diana memberi cadangan. "kenapa lah Yana tidak terfikirkan mama? " Yana tersenyum membayangkan betapa gembiranya anak-anak Rumah Sinar. "Yana.. mama nak tanya boleh? " Datin Yana serba salah. "Cakap je mama. Apa yang Yana mampu, Yana akan usaha. " "Sampai bila Yana nak terus hidup macam nie? Yana tak teringin ke nak kahwin? Nak ada anak? " Yana hanya tunduk sambil mendiamkan diri. Bukan tak teringin tapi jodoh yang tak ada. "Yana tidak ada buah hati? Atau Yana nak mama carikan? Mama teringin sangat nak ada cucu kandung sendiri. " Yana tahu mama nya terasa sunyi setelah ayahnya kahwin lagi. Mereka sekeluarga sering diabaikan oleh ayahnya. Ayah dan mamanya dalam proses penceraian kerana mama sudah tidak tahan hidup bermadu. "Mama ada calon untuk Yana ke?" Yana cuba senyum semanis mungkin. "Ada. Nanti mama aturkan pertemuan kamu berdua. Mama tak akan paksa Yana untuk terima. " Datin Diana hanya ingin yang terbaik untuk anaknya. "Yana akan terima pilihan mama. Yana tahu mama akan pilih yang terbaik untuk Yana. Yana keluar dulu ya mama. Rindu dengan anak-anak. " Yana bangun lalu mencium pipi mamanya. "Terima kasih Yana. Hati-hati. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience