Bab 11

Romance Series 6505

Yana hanya memandang kosong cincin di jari manisnya. 'Aku sekarang tunang orang. Tunang kepada lelaki yang aku tak kenal.' Yana sendiri yang tidak mahu berjumpa dengan tunangnya dengan alasan ingin bercinta selepas kahwin. "Mama suruh jumpa dia tak nak. Bagi gambar tak nak." pening kepala Datin Diana dengan anak gadisnya. "Mama jangan risau. Yana memang nak bercinta lepas kahwin. Baru Best." Yana yakin dengan pilihan mamanya. Dia tidak kisah siapa suaminya kerana dia telah memiliki segalanya di usia muda. Dia hanya ingin disayangi namun dia tidak akan memaksa bakal suaminya mencintainya. "Papa sudah tahu? " Datin Diana hanya terdiam mendengar soalan Yana. Bekas suaminya kini sibuk dengan keluarga barunya. Mungkin sedang sibuk honeymoon. Melihat mamanya terdiam Yana tahu yang papanya belum tahu tentang pertunangannya. "Nanti Yana uruskan. Yana terpaksa berjumpa dengan papanya. Kali terakhir mereka berjumpa masa umurnya 18 tahun. Itu pun kerana papanya ingin menyambut hari lahirnya. "Tunang Yana tak kisah dijodohkan dengan Yana? " Yana takut jika si dia terpaksa. "Dia cakap dia sudah lama berkenaan dengan Yana. " Yana hanya mendiamkan diri dan cuba untuk reda. Buat apa fikir, sudah bagus ada yang sudi menerimanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience