Bab 12

Romance Series 6506

"Dasar anak tak tahu malu." pakkk.. satu tamparan hinggap di pipi Yana. Namun tiada tangisan didengar.. Yana sudah tahu risiko yang bakal dihadapi kerana bertunang secara rahsia. "Memang mak kau dengan aku nak bercerai tapi ingat kau anak aku. " Datuk Alif gagal menahan amarahnya bila dia tidak diberitahu tentang pertunangan anak gadisnya. "Jahat sangat ke aku ini? " Namun tiada jawapan yang dia dapat. Yana terus diam. Selepas puas Datuk Alif memaki hamun Yana akhirnya dia terdiam lama.. "Andai masih ada rasa simpati papa pada saya..tolong jadi wali saya..anggap sebagai permintaan terakhir saya. " Yana terus bangun untuk berlalu pergi kerana hatinya tidak cukup kuat untuk menerima cacian lagi. "Kau dengan mak kau sama sahaja. Anggap yang orang boleh dibeli dengan duit sahaja. Aku nak tengok berapa lama laki bodoh tu dapat bertahan dengan kau " tiada langsung kata nasihat yang ada hanya sumpah seranah. kenapa papa tak pernah doakan kebahagiaan untuk Yana? Yana anak papa kan? namun hanya mampu disimpan dalam hati. Tuhan beri aku bahagia. Air mata terus mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience