Bab 7

Romance Series 6505

"You ni dah kenapa? Tiba-tiba je nak marah-marah I ni?" Yana bengang bila dirinya dituduh macam-macan. Kot ya pun nak bergaduh, tunggulah I duduk dulu. "Kenapa you sekarang rajin sangat turun kelas awal? Kalau datang awal pun awak akan terus study or baca novel." Kamal mula curiga dengan sikap Yana. Yana boleh dikatakan budak baik walau suka mengusik orang atau lebih tepat budak nakal. Jika ada perubahan ke arah negatif mudah untuk dikesan. "Suka hati saya lah. You keluar pergi mana pun you tak pernah bagitahu I." Yana melawan. Kamal mengeluh. Mulalah tu nak buat peragai degilnya. "You ada orang lain? Or you dah ada boyfriend baru?" Yana tersenyum sinis mendengar soalan Kamal. "Kenapa? You takut ke aku ada boyfriend lain? Terasa tergugat ke?" "Jangan pernah you berani menduakan I. Kalau I tahu, nahas you and jantan tu I kerjakan." Kamal memberi amaran kepada Yana. Kamal terus berlalu pergi tanpa berpaling.

"Fa..aku takut lah kalau Yana tahu." Ayu meluahkan rasa resahnya kepada Fariza. "Kau tak salah buat apa nak takut. Kau bagitahu je perkara sebenar kepada Yana. Dia mesti akan faham." Ayu berasa bersalah dengan Yana. Ayu memang agak rapat dengan Kamal kerana dia sering menjadi orang tengah antara Yana dan Kamal. Namun dia tidak menyangka bahawa Kamal berani meluahkan perasaan cinta terhadap dirinya. Namun tanpa mereka sedari Yana turut mendengar perkara tersebut. Air mata mengalir tanpa dipinta. Yana mengalah.

"I think I feel in love with you." Ayu terkejut mendengar luahan berani mati dari Kamal. Kot ya pun nak mengorat, mengoratlah orang lain. Ayu dengan Yana tu bestfriend kot. Memang Kamal sengaja mencari nahas. "Awak dah gila ke? Yana tu awak nak letak mana? Kalau macam nie sikap awak, lebih baik saya suruh Yana buang awak." Ayu berasa marah dengan sikap Kamal. Buat penat je aku pujuk Yana supaya bagi awak peluang lepas tu awak nak try aku? Tak ada maknanya aku nak terima kau. "Masalahnya sekarang awak lebih memahami saya. Yana bukan kisah pun kalau saya ada girlfriend lain. She did't care about me." Kamal seperti mengharap agar Ayu termakam pujuk rayunya namun dia silap. "Tak kisah awak cakap? Depan awak memang dia tak marah..tak menangis..tapi pernah awak tahu yang Yana menangis bersendirian setiap kali awak kantoi curang. Kadang-kadang tak makan. Paksa diri untuk study sampai lewat pagi. Lepas tu bangun awal padahal dia tak cukup tidur pun." Ayu meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap Kamal. Baginya Kamal tidak layak menerima wanita sehebat Yana. "Berubah atau awak akan menyesal bila hati Yana bukan untuk awak lagi. Memang awak mampu mencari berjuta wanita namun mereka tidak akan sama seperti mana Yana mencintai kamu." Kamal seolah-olah hilang kata. Baru dia sedar betapa kejamnya dia melukakan hati seorang wanita yang mencintainya dengan ikhlas. Ayu terus berlalu pergi tanpa menunggu jawapan dari Kamal. Satu persatu bayangan diri yang mendustai Yana kembali diingatan. Timbul rasa bersalah dalam diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience