BAB 2

Horror & Thriller Completed 3402

“Bunda pergi mana? Baem tunggu bunda dari petang tadi lagi. Kenapa baju bunda penuh dengan tanah dan pasir ni?” Kataku kepada bunda lagi. Bunda seperti baru sudah menggali kubur.

Dengan peluh yang melekat di bajunya. Tetapi bunda seperti biasa. Tidak berkata apa. Dia hanya memandangku sambil tersenyum mesra. Bunda memang begitu. Jarang bercakap.

Bunda memang pendiam sejak dari dahulu. Bercakap pun hanya sepatah dua. Selebihnya hanya tersenyum mesra.

“Baem dah sediakan makanan untuk bunda. Nanti kita makan sama-sama. Baem pun belum makan lagi. Mari sini Baem dukung bunda naik ke atas rumah.” Aku memang sudah biasa mendukung bunda.

Bunda pun bertubuh kecil. Dia sudah tua. Yang tinggal hanya tulang dengan kulit sahaja. Biasalah orang tua-tua.

Aku yang merapati bunda mula merangkul belakangnya. Lalu aku mengangkat pelipat kaki yang kecil itu. Bunda pula memaut leherku dari belakang. Dia hanya diam dan memandang sunyi wajahku.

Aku perasan. Sengaja tidak mahu memandang wajahnya semula. Selesai aku mendukungnya, langkah menaiki tangga mula aku atur cermat. Bunda masih memandang wajahku sayu.

Tidak tergamak pula aku untuk tidak membalas pandangan bunda. Lalu aku berpaling melihat bunda. Kemudian bunda tersenyum padaku.

“Kenapa bunda tengok Baem begitu? Baem ada buat salah dengan bunda kah? Kalau Baem berdosa, bunda tolonglah maafkan Baem. Baem tak mahu tanggung dosa besar disebabkan kemarahan bunda pada Baem.” Tubir mataku yang tidak dapat menahan sebak mengalirkan air mata.

Hiba hatiku melihat bunda yang sudah tua. Rinduku pada bunda bukan kepalang. Sambil menangis, aku mendaki anak-anak tangga kayu tua yang sudah berlumut itu.

Sesampainya aku di atas rumah. Bunda melepaskan tangannya dari memaut leherku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience