BAB 4

Horror & Thriller Completed 3402

Ketika aku berbuat demikian, aku perasan bahawa mata bunda mula membelingas memandang kiri dan kanan.

Kekekan kecil bunda aku dengar masih belum berhenti. Mungkin bunda terlalu gembira kerana hari ini aku menyediakan jamuan yang lebih dari kebiasaannya.

Hari yang aku sendiri tidak jelas dengan perasaanku sendiri. Walaupun bunda terkekek-kekek ketawa.

Namun hatiku sebenarnya sayu. Sayu mengingatkan bunda yang bakal kuhantar pergi. Tanpa aku sedar, air mataku mulai gugur. Bunda yang sedang lahap menjamah jamuannya langsung tidak menghiraukan aku. Bunda punya nafsu yang buas.

Darah ayam hitam yang aku tuangkan ke dalam mangkuk diambil dan dihirupnya gopoh. Sehingga mengalir lalu mengotori baju.

Bunda yang puas menghirup darah ayam hitam dari bekas mangkuk itu kemudiannya menyeringai dan mengilai kuat.

Pastinya ngilaian bunda pada malam ini akan menggemparkan seluruh isi kampung. Yang tidur pasti akan bangkit. Anak-anak kecil pasti akan menggigil ketakutan mencari ibu masing-masing.

Terimalah hakikat bahawa malam ini merupakan malam yang akan meninggalkan sejarah kepada seluruh penduduk kampung. Pasti hari ini akan diingati mereka sehingga mati.

Jika mereka semua sudah mati sekalipun, pasti anak-anak mereka akan menceritakan kejadian hari ini kepada cucu-cucu mereka pula.

Kisah ini seterusnya akan diingati sebagai sebuah sejarah hitam di dalam kampung ini selagi orang ramai masih mempercayainya.

Mungkin sudah tiba masanya pada malam ini. Aku harus bertindak walaupun hakikatnya pahit untuk kutelan.

Telapak tanganku mula aku genggam dan kubuka. Bersedia untuk bertindak pada bila-bila masa sahaja. Menunggu tibanya kesempatan untuk mengambil langkah pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience