BAB 6

Horror & Thriller Completed 3402

Tidak dapat aku jelaskan secara terperinci. Hanya desiran bunyi dari bibir Ustaz Hamzah yang dapat aku pastikan.

Saka bunda yang tadi memandang ke arah belakangku mula bangun. Lagaknya sangat kuat setelah dijamu dengan segala jamuan khurafat.

Dengan pantas, kerusi tempatnya duduk tadi ditendang kuat.

Terpelanting sehingga mengenai daun pintu. Desiran kumat-kumit Ustaz Hamzah masih kedengaran perlahan di belakangku.

Sangat tenang menghadapi saka bunda yang cuba menunjukkan kekuatannya tadi.

“Aku minta kau putuskan segala hubungan dengan budak ini.” Kata Ustaz Hamzah secara berterus terang kepada saka bunda.

“Ngak! Ngapain harus aku ninggalin anak ini?

“Kerana bukan Baem yang buat perjanjian dengan engkau pada asalnya. Seharusnya engkau pergi ketika bunda nya meninggal dahulu.”

“Memang! Malah datuknya dahulu patri janji sama aku. Datuknya meninggal. Malah aku ngak perlu ninggalin ibunya dulu. Aku jaga semuanya.” Kata saka bunda yang cuba bermain dengan emosi.

Aku yang berada di tengah-tengah kaku membisu. Sayu melihat darah yang mengalir dari tubir matanya yang pilu. Suaranya ikhlas menceritakan kesetiaanya bersama keluargaku. Aku keliru.

Ustaz Hamzah yang melihat saka bunda seperti degil meninggalkan aku mula mengatur langkah. Dia yang aku lihat tenang cuba menundukkan saka bunda yang berdiri kaku.

Dia seperti mahu menyembelih saka yang sudah setia dengan keluargaku sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Menjaga dan melindungi kebun di belakang kawasan rumah.

Tidak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience