BAB 3

Horror & Thriller Completed 3402

Aku tahu, itu adalah isyaratnya untuk menyuruhku melepaskan dia berjalan sendiri. Jika diikutkan hati, aku rela mendukungnya ke mana sahaja seperti yang telah dia lakukan sewaktu aku masih kecil dahulu.

Jikalau bunda sanggup menggendong aku ke sana, ke mari. Ke hulu ke hilir. Masakan aku terlalu ralat untuk berbuat demikian.

Bunda yang aku lepaskan berjalan perlahan-lahan menuju meja makan. Terbongkok-bongkok menandakan bahawa bunda sudah lanjut tua. Langkahnya pula kecil-kecil.

Maka lambatlah bunda sampai di meja makan tersebut. Walaupun bunda tidak mengelak kayu-kayu reput pada lantai rumah, namun bunda tidak pernah terperelus jatuh ke tanah.

Kerana bunda tubuhnya ringan. Yang tinggal hanya tulang dan kulit yang berkerak kerana tua. Bunda, jika Baem ada wang untuk membaiki rumah kita. Pasti Baem akan bina sebuah rumah batu bertingkat tiga. Bunda boleh tinggal selesa di dalamnya.

Bolehlah Baem berkahwin jika ada rumah sebesar itu. Rumah ini seperti reban ayam. Tiada perempuan yang sanggup tinggal di sini kecuali bunda. Kerana itulah Baem sayangkan bunda.

Bunda yang mampir di meja makan menarik kerusi untuknya duduk. Aku yang hilang sebentar dalam lamunan bergegas merapati bunda. Namun langkahku masih cermat.

Jika tidak, pasti celaka menimpa. Setibanya aku di meja makan, tudung salji yang menutupi jamuan untuk bunda segera dibuka. Bunda yang melihat jamuan tersebut tersenyum-senyum pada mulanya.

Senyuman tersebut tidak lama kerana bunda mula terkekek-kekek halus ketawa. Kebiasaan bunda memang begitu. Setiap kali aku sediakan jamuan, bunda akan mula berkelakuan pelik.

Lalu aku hidangkan jamuan berupa ayam panggang, pulut kuning, telur rebus, bertih jagung, dan darah ayam hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience