BAB 5

Horror & Thriller Completed 3402

Tetapi aku harus sabar. Aku juga perlu mengumpulkan segala kekuatan untuk melakukannya. Biarpun tampak mudah, namun amat sukar bagiku pada hakikatnya.

Kerana tindakkan aku melibatkan hal-hal kebatinan dan kekuatan mental. Jika emosiku tidak teguh, mungkin perkara buruk yang lebih dahsyat akan berlaku.

Pang!!! Mangkuk yang berisi darah ayam hitam pecah di lantai setelah aku melepaskan sebuah penampar yang kuat pada sebelah kanan pipi saka bunda. Darah ayam hitam berkecamuk di atas lantai.

Dia yang keasyikan sedang melanggah darah terpaku seketika. Bola matanya yang bundar memandang tepat pada mataku.

“Baem tak baik buat bunda begitu.” Saka bunda yang beberapa saat terpaku melihatku, berkata demikian. Diam sebentar. Sambil memandang, dia terkekek-kekek kecil sendirian.

Ustaz Hamzah sepatutnya sudah keluar dari persembunyian pada ketika ini. Dadaku mula berdegup dengan laju dan sbunda in kencang.

Masakan Ustaz Hamzah sudah melarikan diri setelah melihat peristiwa hilaian bunda sebentar tadi.

Aku yang kaku pada zahirnya mula resah. Tekakku sudah kering dan perit dek nafas yang berombak gila. Dimana Ustaz Hamzah ? Keluarlah cepat. Ujarku dalam hati.

Tiba-tiba kekekan halus saka bunda berhenti. Entah mengapa. Dia memandang sesuatu. Sesuatu yang berdiri tepat di belakang badanku. Pandangannya kulihat tajam.

Urat-urat merah di matanya sbunda in bercambah-cambah. Kemudian pecah sehingga melelehkan darah dari tubir matanya yang bengkak. Aku yang hanya beberapa kaki dari saka bunda hanya diam tercegat.

Dengan amat perlahan, ekor telingaku dapat menangkap suara Ustaz Hamzah sedang membaca sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience