BAB 2

Drama Completed 413

Kesabaran aku pun ada hadnya. Macam kau gali perigi, makin lama, makin
dalam, makin terbit mata air; silap-silap haribulan memancut terus mata
air tu, kan? Eh, boleh pakai ke contoh aku ni? Tapi lantaklah, asalkan
aku faham cukuplah.

"Asalammualaikum, maaf sebab tunggu lama. Saya baru selesai kes, terus
bergegas balik ke sini."

Aku dan Fath sama-sama menoleh ke arah suara lelaki yang baru sahaja
menegur dan sama-sama memalingkan wajah mengikut gerak langkah peguam
tersebut. Apabila lelaki tersebut mengangkat wajahnya, Fath turut
berpaling padaku. Gerak bibirnya mengungkap perkataan tanpa suara,
mudanya. Aku sekadar mengangguk.

"Ya, boleh saya bantu.. cik.. Hazel?" Lelaki itu mengangguk-angguk
beberapa kali sambil memandang kertas di hadapannya.

Pandangan kami bertemu. Dia bagaikan terpaku. Aku menghadiahkan senyuman
pada lelaki dihadapanku ini. Kedudukan kami bertentangan, tetapi tidak
terlalu jauh. Mata aku masih boleh nampak kelakuannya.

"Encik?"

"Oh, sorry … Hafizudin."

Eh, tersama pula initial kami berdua. Hazel dan Hafizudin; kedua-duanya
bermula dengan huruf 'H'.

"Kalau ikutkan keterangan di sini, cik Hazel membuat permohonan untuk
mengambil tindakan ke atas encik Khairol Fauzi atas fitnah yang
dilakukan. Nak cerita atau ada bawa dokumen?"

" Which one you prefer ?"

Encik Hafizudin senyum. "Dokumen, sambil tu kita cerita-cerita."

Aku angguk. Fail mengandungi salinan laporan polis, keratan gambar,
transkrip dan rekod perbualan telefon serta video, print screen social
network Khairol, aku serahkan kepada encik Hafizudin; semuanya tanpa
tinggal satu pun. Ya, jangan main-main dengan aku kalau aku dah nekad!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience