BAB 5

Drama Completed 413

"Dalam kes cik Hazel ni kita gunakan Akta Fitnah 1957 yang mengawal
selia tuntutan fitnah di bawah undang-undang sivil dengan tuntutan
pampasan dan gantirugi."

"Berapa banyak?" Pantas Fath bertanya. Dia ni kalau soal duit, terus aje
segar dan semangat.

" Well, depends , berapa banyak you nak dan mahkamah akan tentukan
berapa banyak you layak." Encik Hafizudin membetulkan duduknya. " I
suggest we go for maximum ."

Aku mengangguk. Maksimum. Berapa banyak maksimum tu?

"Dalam kes Despark Auto (Penang) Sdn Bhd against Leong Yook Kong, a
comments made by Leong in Fac on Despark Auto, hakim memutuskan
agar Mr. Leong Yook Kong membayar Despark Auto sebanyak RM60k as in
general damages , RM15k as in aggravated damages and RM25k as in
costs . A total of RM100k just for a simple comments on social network ."

Bulat mata Fath memandangku. Aku masih mempamerkan riak tenang. Encik
Hafizudin meneguk mineral yang sudah tersedia dia sebelahnya sebelum
menyambung, " The Judicial Commissioner also granted an injunction
restraining Mr Leong from further publishing or causing to be published
any defamatory material or those similar to the posts in any form of
media ."

Ya. Itu yang aku inginkan. Duit itu bonus sebab aku masih percaya rezeki
itu Allah yang tentukan. Kalau setakat fitnah yang ditaburkan itu, aku
rasa pelanggan kami lebih mengenali kualiti yang kami hasilkan. Cuma
apabila ia melibatkan maruahku dan rakan-rakan yang lain termasuklah
goodwill syarikat, sudah seharusnya kami perlu bertindak mengikut
undang-undang.

"Okey. Tapi macam mana dengan kerugian yang saya alami disebabkan komen
tu ke atas perniagaan saya? Impaknya bukan setakat pada saya seorang,
tapi juga melibatkan rakan kongsi saya juga?"

" How much do you want ?" Encik Hafizudin menjongketkan keningnya.

Eh, main mata pula encik peguam ni. Ke saje nak test aku?

" How much can I get, include all the defect and total lost that he
caused ? I nak charge dia atas semua kesalahan yang boleh
disabitkan therefore, in future dia sedar, maruah orang tu mahal
harganya, duit pun belum tentu dapat padamkan apa yang dia dah buat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience