BAB 3

Drama Completed 413

Folder yang aku serahkan dia teliti sekilas. "Ok, details ni saya akan
semak satu persatu untuk kukuhkan kes pendakwaan. Tapi sebelum tu, apa
yang cik Hazel tahu berkaitan Defamation Act 1957 ni?"

" A basic knowledge. There's two types of defamation; Slander and Libel.
Libel adalah finah yang dilakukan dalam bentuk permanent dan boleh
dilihat, macam tulisan dalam buku, emel, gambar, video, social network;
as per attached in that folder. " Aku tunjuk fail yang telah kuserahkan
pada lelaki itu.

Dia mengangguk beberapa kali. Dah macam aku pula bagi kuliah
undang-undang pada peguam pula. Itulah, entah kenapa mami tak bagi aku
ambil course undang-undang dulu di Universiti pun aku tak tahulah
kenapa. Paling-paling mami cakap, peguam ni sayang, sebelah kaki dah ke
neraka.

Eh, kalau ikut logik… semua pekerjaan pun dalam dunia ni dah memang
confirm sebelah kaki neraka kalau kita tidak pegang tanggungjawab yang
diserahkan dengan penuh amanah. Tapi kalau kerja mencuri, merompak,
membunuh tu… bukan sebelah kakilah, memang dah confirm ! Ada lagi satu
pekerjaan yang orang kita suka buat tanpa sedar; mengumpat - part-time
ke full-time ke some other time ke, memang dah confirm t empatnya
di neraka jahanam!

" Slander pula?" Uji Encik Hafizudin yang kelihatan santai bersandar di
kerusinya.

" As for slander, it is when such words are expressed in a temporary
form, usually when spoken or made by body movements ."

"Ada dia buat semua-semua tu?" Dah macam polislah pula encik Hafizudin ini.

Fath mengangguk pantas beberapa kali. "Banyak kali." Tumpuan encik
Hafizudin beralih ke arah Fath. "Oh, sorry . Saya Fathrim, kawan
Hazel." Ujar Fath sambil membetulkan tudungnya, tak selesa barangkali
ditenung oleh mata galak encik Hafizudin tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience