BAB 1

Drama Completed 413

Angguk. Yakin. Gila tak yakin? Kejap lagi ni tuan peguam dah nak sampai
pun.

"Kalau maruah kita dah di injak-injak macam kain buruk, tak kan aku nak
diamkan diri aje."

Fath disebelah senyum dan mengangguk. "Baguslah kalau kau dah sedar."

Aku menjeling tajam, "Maksud kau?"

Dia sengih-sengih. "Selama ni kan kau diam aje bila mamat tu cakap atau
buat macam-macam pasal kau, kan?"

Ya. Selama ini aku diamkan sahaja apa pun tindakan lelaki itu. Sabar.
Semua tindakan lelaki itu aku rasionalkan dengan harapan; penat nanti,
dia berhentilah. Aku yakinkan diri, aku tanamkan harapan itu. Tapi,
makin lama dia makin melampau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience