BAB 6

Drama Completed 413

" Are you sure about that ?"

Angguk. "Termasuk tuntutan teladan."

"Jap, jap.. before we go into details, cost you macam mana pula?"

Fath! Haihh, dia boleh tanya bahagian tu pula.

" No worries . Tak mahal." Encik Hafizudin dah senyum meleret.

Eh, mengada-nada pula aku tengok encik peguam ini.

" Let it be clear here ." Balasku tenang walau hati dah rasa lain macam.

"Tapi sebelum tu. Mata you memang warna Hazel ye? Bukan contact
lense ?" Encik Hafizudin sudah bersandar pada kerusinya dengan memandang
tepat ke dalam mataku sambil mengetuk-ngetuk jarinya pada meja.

Aku pandang Fath yang sudah ketawa lepas. Kurang asam punya kawan!
Haihh, encik peguam ini pun tanya soalan luar kes pula.

Aku telan air liur cuba menghilangkan rasa tak selesa. Fath menyenggolku
menggunakan sikunya. "Original. Bukan contact lense ."

Fath ketawa besar mendengar jawapanku. Bukan sekali ini aku ditanya
begitu, dah selalu. Agaknya mungkin mata inilah antara punca papa beri
nama Hazel padaku.

Encik Hafizudin sengih. "Macam ni ye cik Hazel, ada beberapa ganti rugi
yang boleh dituntut dalam kes cik Hazel ni selain examplary damages
iaitu ganti rugi khas dan umum; contemptuous damages; nominal damages
dan aggravated damages . Tapi saya perlu review balik fakta kes
sebelum kita proceed next stage ."

Aku angguk lagi. " Your fees, Encik Hafizudin?"

Encik Hafizudin senyum simpul-simpul. " A dinner with you on Cruise
Tasik, perhaps ?"

Gedebukkk!

"Hazel! AllahuAkbar… Pengsan pula dia!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience