Rate

Bab 3

Fanfiction Series 1281

Hujan turun dengan lebatnya.Ji eun yang sedang khusyuk membuat kerja, dia memandang ke luar tingkap.

"Lebatnya hujan" omel Ji eun.Tidak tahu kenapa, hati dia berdetik untuk melihat jam.Pukul berapa sekarang.2:15, iaitu waktu persekolahan menengah tamat.Ji eun memandang semula ke luar tingkap.Hujan makin lebat.Tiba - tiba dia teringatkan Jungkook!

Segera Ji eun mengemaskan barang - barangnya.Sebelum melangkah keluar, dia sempat memberitahu pekerjanya bahawa dia hendak keluar .

Ji eun memandu laju ke sekolah Jungkook.Takut kalau Jungkook dah balik masa hujan lebat ni.Nanti demam.Dia tak mahu Jungkook jatuh sakit.

Selepas 15 minit,Ji eun tiba di sekolah.Ji eun membonggokkan badannya ke hadapan sedikit untuk menjenguk.Disebabkan titisan hujan yang melengkapi cermin kereta,Jadi,ia menyusahkan Ji eun untuk melihat ke luar.

Mata Ji eun meliar - liar mencari susuk tubuh Jungkook dari dalam kereta.Dia mengenal pasti setiap pelajar yang berada di tempat menunggu.Tiada.Maksudnya Jungkook sudahpun pulang.

Dia sudahpun terlambat tetapi Ji eun masih tidak berputus asa.Dia pergi ke rumah Jungkook.Semasa dalam perjalanan,Ji eun melilau ke luar tingkap kereta.Mana tahu Jungkook tengah mengayuh basikal masa hujan lebat ni.Hatinya risau sangat.

                    ***************

Ji eun tiba di Apartment iaitu rumahnya dan rumah Jungkook.Langkahnya laju menuju ke pintu lif selepas mengunci pintu keretanya.Hatinya risau.Walaupun Jungkook sudahpun berada di rumahnya, dia tetap risau kerana Jungkook mesti sedang mengalami demam sekarang ini.Mustahillah dia tidak akan kena.

Jadi, bolehlah dia jagakan Jungkook masa ibunya tiada sekarang.Ibunya berada di tempat kerja.Tidak mahu  menyusahkan ibunya untuk memanggil pulang.Biar dia sahaja
yang jaga.

Ting!

Pintu lif terbuka.Cepat - cepat Ji eun melangkah keluar dari lif.Kakinya menapak sehinggalah dia berdiri di hadapan rumah Jungkook.Loceng rumah Jungkook ditekan.Selepas melihat tiada sesiapa yang membuka pintu, Ji eun menekannya buat kali kedua.Takde orang juga.Tunggu beberapa saat pun masih tiada orang yang membuka, Ji eun mula menjerit.

"Jungkook!Hello?!Bukaklah pintu ni! Kalau marah pun janganlah sampai macam ni sekali.Akak tahu Kookie perlukan akak sekarang..Please bukak pintu.."rayu Ji eun sambil menjerit jerit memaksa Jungkook untuk membuka.Alang - alang tu, Ji eun menekan loceng berkali kali.Biarlah rosak.Siapa suruh tak nak keluar?Kalau rosak pun, dia mampu mengganti.

Penat Ji eun menjerit bagaikan orang gila diluar.Jungkook masih tidak membukanya.Hatinya resah bercampur panas.

Terpaksa jugak Ji eun memikirkan cara lain untuk menyuruh Jungkook keluar dari rumah.Ji eun cuba menelefon Jungkook.Mana tahu dia akan jawab.

Telefon milik Jungkook berbunyi menandakan seseorang menelefonnya.Sekarang ini dia berada di rumah Tae hyung.Khusyuk bermain permainan video bersama Jimin dan Tae hyung seperti yang dijanjikan pagi tadi.

"Wei!Ada orang call."Kata Tae hyung yang duduk berdekatan dengan telefon Jungkook.Dia hanya memerhati dua kawan baiknya itu bermain disebabkan hanya terdapat dua alat kawalan sahaja.Lagipun dia tidak kisah sebab itu ialah milik dia.

"Siapa?"soal Jungkook.Matanya memandang fokus televisyen yang berinci 60 inci itu.Takut kalah dengan Jimin sebab Jimin lebih berpengalaman dalam permainan ini.Tak pasal - pasal kena ejek sebab kalah nanti.

"Ji eun Noona!!Aku jawab ea"jawab Tae hyung nakal.Teruja apabila melihat nama itu yang terpapar di skrin telefon Jungkook.Tangannya sudahpun mencapai telefon iphone 8 milik Jungkook.

Jungkook terkejut dengan kata - kata Tae hyung.Dia memandang Tae hyung sekilas pandang untuk memberikan amaran.

"Jangan!!Kalau kau angkat, nahas kau!!"Jungkook tegas memberikan amaran.Butang yang terdapat di alat kawalan itu ditonyoh tonyoh dengan kuat.Marah.

Tae hyung endahkan.Biarlah kalau nak angkat sekalipun.Dah lama tak dengar suara Ji eun.Rindu.Jadi,dia menjawabnya.

"Hello Noona!"sapa Tae hyung mesra sebaik sahaja menjawab panggilan itu.Jungkook yang mendengarnya,dia sudah naik angin.Dia menghentikan permainan itu.Jimin kecewa dan marah kerana lagi sedikit sahaja dia hendak menjaringkan gol.Ini semua salah Tae hyung.Tae hyunglah penyebab Jungkook menghentikan permainan video ini.

"Jungkook ah! Jungkook boleh tak bukak pintu ni sekarang!Akak dah tunggu lama tau kat luar ni..Tak kesian kat akak ke?"suara Ji eun terdesak.Dia sedikit lega apabila panggilannya dijawab.

"Err...Ni Tae hyung. Kawan Jungkook.Ingat tak?"Tae hyung menyatakan hal sebenar.Disebabkan Jungkook menyerangnya,Jadi, dia terpaksa melarikan diri.Jungkook dah jadi harimau tu.Tae hyung hanya ketawa.Kelakar apabila melihat Jungkook.

"Ouh..Ye ke..sorry,Tae hyung.Of courselah Akak ingat.Jungkook mana?"soal Ji eun.Dia mahu mengetahui di mana Jungkook berada sekarang.

"Jungkook?Dia ada kat sini.Tengah serang saya.Akak nak cakap dengan Jungkook ke?"Tae hyung memberhentikan dirinya apabila Jungkook sudahpun berhenti mengejar tetapi dia masih memandang tajam.Marah dengan tindakan Tae hyung.

"Err..haah"

"Ok!"

"Nah Jungkook!Haish!!Kau ni..Tak selesa tau aku nak borak dengan Kak Ji eun.Kak Jieun nak telefon kau."Tae hyung memberikan telefon kepada Jungkook lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Jimin untuk menggantikan Jungkook.

Jungkook mengambil telefonnya dari tangan Tae hyung dengan kasar.Sakit hati sangat - sangat.

Dia memandang skrin telefonnya lama.Nak jawab ke tidak?Suara Ji eun masih didengari.Memanggil nama Jungkook berkali kali.

"Ehem!Hello.."Akhirnya Jungkook menjawab.Dia sedikit segan kerana hubungan mereka masih tidak berapa baik lagi.

"Jungkook?"tanya Ji eun untuk mendapatkan kepastian.

"Ya.Kookie ni.."Jungkook janggal.Suaranya malas kedengaran.

"Kookie kat mana?Rumah Tae hyung ke?"teka Ji eun.

"Haah .."jawab Jungkook sepatah.Dia tidak ada mood untuk bercakap banyak.

"Kookie balik naik apa tadi?"soal Ji eun lagi.

"Macam biasalah.Basikal."

"Dengan hujan lebat macam ni?"

"Biarlah!Bukannya masalah akak pun.Akak sibuk tanya kenapa?"marah Jungkook tidak puas hati.Sibuk je ambil berat tentang dirinya.

"Akak cuma risaukan Kookie je.Kookie ok tak?Kookie ada tak rasa tak sedap badan?"soal Ji Eun bertalu.

"Ok je..Dahlah kak.Akak mesti tengah sibukkan sekarang.Kookie tak nak borak lama - lama.Bye." Jungkook mematikan talian.Malas hendak melayan Ji Eun masa hubungan mereka longgar sekarang ini.

Jungkook memandang Tae hyung dan Jimin.Khusyuk sahaja mereka bermain.Dia tiba - tiba rasa pening kepala.Badannya terasa sejuk.Mula tidak sedap badan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience