Rate

Bab 2

Fanfiction Series 1281

Seperti biasa,Ji Eun bangun awal untuk pergi ke kerja.Ji eun baru perasan yang dia tidur di sofa malam semalam.Mungkin penat sangat.Sebab tulah terlelap.

Selepas bersiap siap mengenakan solekan dan pakaian,Ji eun melangkah keluar dari rumah.Kebetulan,Jungkook pun keluar dari rumah.Ji eun yang sedang mengunci pintu pagarnya,dia mencuri pandang Jungkook yang sedang mengikat tali kasut sekolah.

Jungkook tidak memandang Ji eun langsung.Nampaknya dia masih marah dengan kejadian semalam.

"Hi Jungkook!!"Selepas beberapa kali berfikir,akhirnya Ji eun membuat keputusan untuk menyapa walaupun angin Jungkook tidak baik.

Jungkook cuma mengendahkannya.

What?!!Kalau ye pun pandanglah.Ni tak.Nasib baik takde orang.Kalau ade,mesti malu aku dibuatnya.Cakap sorang2 kot!Siapa tak malu?

Usai Jungkook menyarung kasut sekolahnya,dia mencapai beg sandangnya yang berada di sisi.Selepas itu dia berlalu pergi.Sombong!!Tak pandang langsung.Tegur lagilah tidak.

Jungkook tidak menggunakan lif tetapi di sebaliknya,dia menggunakan tangga.Ji eun mengeluh kasar.Kenapa dengan Jungkook?Sudah sudahlah tu merajuk.Malas nak pujuk tahu tak?

Ji eun tahu Jungkook tidak mahu menggunakan lif kerana dia tidak mahu bersemuka dengan Ji eun.Apa salahnya.Bolehlah kita selesaikan masalah ni cepat.Tak naklah tunggu dua tiga hari,baru nak elok.

Ji eun menuju ke lif.Tuk Tak! Tuk Tak!  bunyi kasut tumit tingginya.Kuat!Marah agaknya.

Ji eun tidak tahu hendak merasakan apa terhadap Jungkook.Mula - mula rasa bersalah. Tetapi, selepas sapaannya tidak dijawab,Ji eun berasa marah.Marah dan rasa bersalah bercampur dalam perasaan Ji eun.

"Harap - harap terserempak dengan Jungkooklah kat bawah nanti.Please!!"Ji eun hanya mampu berharap.Dia tidak mahu pergaduhan ini berpanjangan..Sebab dia rindukan Jungkook.Jungkooklah yang selalu dengan dia.Tempat dia mengadu.Kalau mereka masih bergaduh,siapa lagi tempat nak diadukan.Cuma Jungkook je yang dia rasa selesa untuk luahkan semua masalah dia.

Pintu lif terbuka apabila sudah tiba di tingkat bawah sekali.Sebaik sahaja keluar dari perut lif,mata Ji eun automatik memandang pintu keluar tangga awam.

Sambil - sambil tu,Ji eun perlahan lahan menuju ke tempat keretanya berada.Matanya masih tepat memandang pintu tersebut.Kalau tak pandang nanti,Jungkook pulak yang hilang.

Dah lama menunggu,masih tidak muncul.Mesti dia dah pergi.Rasa Sedih dan marah.Tunggu lama2,tapi tak muncul.Buang masa je.5 minit tau!Lama tu.

Ji eun masuk ke dalam perut keretanya.Sebelum itu,dia memeriksa telefonnya dahulu.Takut - takut jika Tae yong ada memesejnya.Nanti kata nak tolong hantarkan pergi kerja.Lepas dah periksa,tengok - tengok takde.Hmm..Nampaknya terpaksalah pergi tanpa teman.It's okay,I'm okay.

Jieun mula menuju ke cafe tempat kerjanya.

                . ******************

Jungkook mengayuh basikal miliknya dengan laju.Malas nak terserempak dengan Ji eun.Dia masih marah,cemburu dengan Ji eun.Dengan cara ini,biar Ji eun tahu yang aku betul - betul cintakan dia.Kenapa susah sangat nak faham perasaan aku.Dah banyak kali aku cuba dapatkan cinta Ji eun.Tapi sia2 sahaja.

Selepas beberapa minit mengayuh,akhirnya Jungkook tiba di sekolah.Fuh!Penat.Hari ni dia lambat sikit.Nasib baik tak kena denda.

Jungkook berjumpa dengan kawan baiknya,Jimin dan Tae hyung semasa hendak masuk sekolah.Kakinya lantas menekan brek.

"Jimin ah!!Tae hyung ah!!"panggil Jungkook apabila ternampak mereka berdua.

Jimin dan Tae hyung menoleh ke belakang untuk melihat siapakah orangnya.Terlihat Jungkook sedang menuntun basikalnya ke arah mereka berdua.

"Yah!! Jungkookie! Lambatnya kau datang hari ni?"Jimin menyapa. Terdapat segaris senyuman pada wajahnya.Begitu juga dengan Tae hyung.Agaknya mereka gembira dengan kehadiran Jungkook.

"Haah..Lambat sikit hari ni."jawab Jungkook.Tae hyung bergerak ke sebelah Jungkook.Tak nak kena palaulah tu.

Tangan Tae hyung diletakkan ke bahu Jungkook.

"Petang ni kau free tak?"soal Tae hyung serious.

"Petang ni?"Jungkook teragak agak.Tidak tahu.

"Haah..Lepak rumah Tae hyung. Alaa.. Jomlah!!"Jimin tiba - tiba mencelah.Dia menyiku Jungkook.

"Err..Tengoklah nanti."

"Aku tahu kau pergi."Jimin tetap memaksa.

"Atau kita pergi rumah Jungkook. Ada Kak Ji eun kan?"Tae hyung memberikan cadangan.Aku terkejut dengan kata - katanya.Ji eun?Diorang ni sibuk jelah.Dia aku punya.Sibuk je nak ngorat.

"Kalau pergi pun bukannya ada Kak Ji eun pun.Diakan kerja."Jimin membantah.

"Kalau macam tu,kita pergilah cafe dia."Tae hyung masih tidak berputus asa.Dia nak sangat jumpa Ji eun setelah lama tidak berjumpa.Kali terakhir mereka jumpa pun dua bulan yang lepas.

"Buat apa nak jumpa dia sangat?Aku hari2 jumpa dia.Boringlah.Kita pergi rumah kau jugak!"Jungkook tidak bersetuju.Tengah bergaduh ni,malas nak jumpa Ji eun.

"Cun!!Betul ye kau pergi"Jimin memberikan ibu jari kepada Jungkook tanda bagus.Memang ini yang dia mahukan sebab rumah Tae hyung boleh main game.Rumah Jungkook hanya ada Ji eun.Boring..

"Hurm..Oklah"Tae hyung cuma akur.Dia kalah teruk.Kesian dia..

Kami meneruskan perjalanan ke kelas.


*********************

Semoga korang sukakannya walaupun cerita ni sedikit boring.Tapi, saya akan buat yang terbaik.Teruskan support citer ni.Please!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience