Rate

Bab 5

Fanfiction Series 1281

Ibu Jeon,iaitu ibu Jungkook atau dikenali Mrs.Jeon,mengambil anaknya untuk dibawa pulang.Dia berasa risau apabila anaknya mengalami demam panas.Disebabkan demam yang dialami Jungkook agak panas,jadi,dia membawa Jungkook ke klinik.

Selepas pulang dari klinik,dia terus pulang ke rumah.Tidak singgah ke mana-mana kedai memandangkan Jungkook tidak larat lagi untuk berjalan.Mrs. Jeon ingat nak singgah ke restoran atau kedai runcit untuk belikan Jungkook sesuatu sebagai alas perut tetapi Jungkook enggan tidak mahu.Katanya takde selera.

Jungkook sudahpun terlena di dalam biliknya.Tak makan lagi dia tu.Ibu jeon risau.Nanti perut masuk angin,mulalah muntah-muntah.

Mrs. Jeon hendak berikan anaknya makan ubat tetapi disebabkan ubat itu perlu diberikan selepas makan,dia buntu.Sudah beberapa kali Mrs. Jeon menyuruh Jungkook makan tetapi Jungkook degil juga tidak mahu.

Ding dong..
Bunyi loceng bergema di seluruh rumah menandakan seseorang di hadapan rumah.Mrs. jeon yang berada di bilik melihat anaknya lena tidur,dia segera menapak ke hadapan pintu utama untuk membuka pintu.

Terlihat Ji eun yang berada di hadapan pintu rumahnya sekarang.Dia tersenyum manis.Baru pulang dari kerja agaknya kerana baju yang dipakai adalah baju blouse dan skirt pendek ketat paras lutut.

"Hi Auntie!"sapa Ji eun mesra apabila ibu jeon yang membuka pintu.

"Ji eun!Masuklah.."pelawa Mrs. Jeon apabila melihat Ji eun di muka pintu.Ji eun tidak membantah,dia hanya mengikut arahan Mrs. Jeon.Bukannya dia tidak biasa masuk ke dalam rumah jirannya itu.

"Ji eun baru balik kerja ke?"soal Mrs. Jeon yang sedang menuju ke dapur selepas menutup pintu.

"Haah.Jungkook mana,Auntie?"tanya Ji eun.Dia duduk di atas sofa mencari kelibat remaja yang berumur 18 tahun itu.

Tujuan dia datang ke sini kerana hendak melawat Jungkook.Mana tahu dia demam.Mujurlah bukan Jungkook yang membuka pintu tadi.Kalau dia yang bukak,mesti dihalaunya Ji eun tidak beri masuk ke dalam.

"Jungkook tengah tidur.Dia demam.Kesian dia.Mungkin sebab hujan petang tadi"jawab Mrs.Jeon.

Ji eun tidak terkejut pun.Dia tahu Jungkook demam.Sebab itulah dia datang ke sini.

"Oh yeke?"Ji eun berpura pura tidak tahu.

"Haah"

"Dia dah makan?Saya ada bawakkan bubur untuk dia"Ji eun menunjukkan semangkuk bubur yang dibawa bersama.

Mrs. Jeon yang melangkah menuju ke Ji eun,gembira.Gelas yang berisi jus oren diletakkan ke atas meja kopi.Jus itu khas untuk Ji eun.Dia mengambil mangkuk daripada tangan Ji eun.Mrs. jeon tidak percaya.Pelik juga.

"Macam tahu tahu je jungkook demam.Jus tu minumlah.Auntie buat sendiri tu"pelawa Mrs. jeon.

Ji eun tersengih.Memang dia tahu pun.Kalau tak tahu,dia mesti tak datang ke sini.Ji eun meneguk sedikit jus oren yang segar itu.

"Panas lagi tu"kata Ji eun.Bubur itu baru je masak.

Mrs.Jeon membuka penutup mangkuk tersebut untuk melihat isi dalam.Asap asap berterbangan ke atas tanda bubur itu masih panas.Mrs. jeon membaunya.

"Mmm..sedapnya bau"

"Hihi..kalau auntie nak rasa sikit,rasalah.Banyak tu.Saje buat banyak.Mana tahu auntie nak cilok sikit,kan?"gurau Ji eun.

"Betul ni?Dah lama auntie tak rasa masakan Ji eun"Mrs. jeon ketawa kecil.Memang dia mahukan sikit.Dia mengambil sudu yang berada di atas meja lalu menyuapkannya ke mulut.

"Sedap?"tanya Ji eun apabila Mrs. Jeon hanya terdiam seketika.Dia tidak terhenti tersenyum ke arah Mrs. Jeon.Mrs. Jeon menikmatinya.Bubur itu untuk Jungkook tapi ibunya pula yang makan.Siapa yang sakit sebenarnya ni?Ibu atau anaknya?

"Sedap.Macam biasalah.Ji eun masak apa-apa pun,mesti licin.Takde sisa makanan pun yang tinggal"puji Mrs. jeon.

"Haha..Auntie nak makan sampai habis ke bubur tu?"Setelah dia mendengar pujian Mrs. Jeon yang terlebih tadi,Ji eun syak Mrs. Jeon mungkin terlupa bubur itu sebenarnya bukan untuknya.

"Takdelah.Ni Jungkook punyakan.Nah!Jungkook ada kat bilik dia tu.Tolong kejutkan.Suruh dia makan.Auntie nak sediakan ubat untuk dia"arah Mrs Jeon.Dia memberikan bubur itu kepada Ji eun kembali.Kemudian,dia melangkah menuju ke dapur.

"Kejutkan Jungkook?Nak ke dia jumpa aku?"monolog Ji eun.Dia terdiam kelu.Dia takut Jungkook akan menghalaunya.Tapi mungkin tidak.Jungkook mesti tidak berani berbuat begitu pada Ji eun jika Ibunya ada sekali di situ.

Ji eun perlahan lahan menuju ke bilik Jungkook.Hatinya berdegup laju kerana gemuruh.Mangkuk yang berisi bubur ayam itu dipegang.

Terlihat Jungkook sedang tidur lena di atas katil.Comel je bila dia tidur.Ji eun melangkah masuk ke dalam lalu punggungnya dilabuhkan ke atas birai katil Jungkook.Perlahan lahan Ji eun meletakkan mangkuk itu ke atas meja lampu tidur.

Kemudian,Ji eun merenung wajah Jungkook lama.Rasa simpati mula timbul.Kasihan dia demam hari ini.Ji eun mengusap usap rambut Jungkook pula.

Selepas itu,tangannya menuruni ke dahi untuk mempastikan bahawa Jungkook benar2 demam.Panas.Dia betul-betul demam.

"Jungkookie~Akak mintak maaf" Inilah masanya untuk dia meminta maaf. Tetapi apa gunanya minta maaf jika orangnya tidak dengar apa yang dia cakap.Ji eun kembali mengusap rambut Jungkook.Sudah lama dia tidak memegang rambut Jungkook yang lembut itu.

Jungkook tiba tiba tersenyum tetapi matanya masih tertutup rapat.Hairan.Kenapa dia tersenyum.Sebab dia usap rambut ke?Ji eun berhenti mengusap rambut Jungkook apabila Mrs. Jeon masuk ke bilik.

Mrs. Jeon membawa sebuah dulang yang berisi beberapa biji ubat pil dan segelas air suam.Dia tersenyum melihat Ji eun.Ji eun membalas senyuman itu kembali.

"Kenapa tak kejutkan si Jungkook tu?"soal Mrs. Jeon apabila Jungkook masih terlelap.

"Tak sanggup nak kejutkan dia.Auntie kata dia baru tidurkan?"

"Takpe.Dia tak makan lagi tu.Lepas ni bolehlah makan ubat sekali.Kalau tak makan ubat nanti,bilalah nak sembuh"Mrs. Jeon meletakkan dulang yang dipegangnya tadi ke atas meja lampu.Muat.Bukannya kecik sangat pun meja tu.

Ji eun memandang Jungkook.Rasa bersalah pulak nak kejutkan.Tiba tiba, telefon miliknya berbunyi.Segera Ji eun mengangkatnya.Takut nada dering ni membuatkan Jungkook terbangun.

Ji eun meminta diri keluar dari bilik untuk menjawab panggilan tersebut.Selepas itu,Ji eun muncul di bilik semula.Dia meminta diri untuk pulang pula.Dia kelihatan tergesa.

Mrs.Jeon hanya memberikan.
Mungkin kecemasan.Dia menatap semula muka anaknya itu sebelum mengejutkannya.

"Jungkook.Bangun.Makan"kejut Mrs. Jeon.Selepas dikejut,Jungkook membuka mata.Terkebil kebil matanya melihat ibunya sendiri.

Jungkook terdengar pintu tertutup.Mulutnya lantas bertanya.

"Siapa tu ibu?"soal Jungkook.Dia bangun daripada tidur.Sekarang ini,dia menukar posisi daripada baring,dia duduk dengan menyandarkan badannya ke kepala katil.

"Ji eun.Dia bawakkan bubur untuk kamu.Jangan tak makan pulak"Mrs. jeon mengacau bubur itu supaya kepanasan bubur itu sedikit reda.

Jungkook tiba tiba tersenyum.
Patutlah dia mimpikan Kak Ji eun tadi.Mimpi tu sebenarnya betul.Ji eun betul betul mengusap rambutnya.Dia rasa.Dia juga mendengar Ji eun meminta maaf.

"Kookie maafkan akak.."katanya dalam hati.Jungkook tersenyum membuatkan ibunya hairan.

"Kenapa ni?"

"Err..Takde apa apa.Nak bubur!"Tipu Jungkook.Dia memandang bubur itu.Rasa tak sabar nak makan.Dah lama tak makan makanan daripada air tangan Ji eun.Mrs. Jeon gembira mendengarnya.Akhirnya Jungkook mahu makan.

Mrs.Jeon meniup bubur itu dahulu sebelum menyuapnya ke dalam mulut Jungkook.

"Sedap?"soal Mrs.Jeon

"Of courselah sedap..Kak Ji eun buatkan."Jungkook menjamahnya dengan selera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience