Rate

Bab 1

Fanfiction Series 1281

Seorang wanita yang berukuran 5 kaki 6 inci itu melangkah keluar dari lif selepas pintu lif terbuka.Kelihatan lemah.Mungkin penat sangat kerja tadi.Rasa stress jugak sebab banyak kerja yang perlu dia lakukan sebagai usahawan muda.
 
Dia bercita cita untuk membuka lagi satu cawangan cafe di Busan.Jadi,kebelakangan ni dia selalu balik lambat kerana sibuk.Pada pendapat orang awam,mereka memuji dia kerana dia dapat membuat bisnes pada umur yang muda.Wow!!Tak silap,Cafe dia dah nak masuk 5 buah di seluruh Korea ini.

Sebelum menyambung cerita ini,biar saya perkenalkan perempuan yang digelar usahawan muda yang berjaya itu.Nama dia ialah Lee Ji Eun.Seorang perempuan yang comel tetapi matang.Cantik orangnya.Ji eun mempunyai sifat kekakakkan.Tak hairanlah kalau ramai lelaki sukakan dia.Dia memang sempurna.Pandai memasak,suka budak2,peramah dan banyak lagi kebaikan yang dia ada.

Sebenarnya,Ji eun sudah banyak kali dilamar oleh lelaki.Yang peliknya lelaki yang melamarnya itu adalah lelaki yang muda daripadanya. Memang kena rejectlah sebab Ji eun tidak sukakan lelaki muda daripada dia.Baginya lelaki muda tidak matang lagi.

Lagipun dia sudah mempunyai teman lelaki.Teman lelakinya bukan calang-calang orangnya.Dia seorang artis kpop.Tetapi ramai yang tidak tahu hubungan percintaan mereka ini sebab takut dibuang dari syarikat sendiri.Nanti tak pasal2 kena menanggung malu.

Kembali kepada cerita,Ji eun menuju ke rumahnya iaitu rumah yang berunit 162.Ji eun mencari kunci rumah yang terdapat di dalam beg tangannya.Lama mencari, tetap tak jumpa.Ji eun mengeluh kasar.Dahlah penat.Kunci buat hal pulak.Takkan tertinggal kat mana2.Setahu dia,dia tak keluarkan langsung pun kunci tu dari beg dia.Kunci rumahnya dengan kunci kereta tidak dicampur sebab takut hilang.Kalau hilang nanti,terpaksa kena buat semua kunci baru.Jadi,dia biarkan sahaja kunci rumah dan kunci kereta berasingan.

"Huh!!Mana kunci rumah ni??Orang penatlah.Baru ingat lepas ni nak terus tidur.Tak payah fikirkan hal lain...Mana kau kunci??"Ji eun merengek seperti budak kecil.Dia tetap meneruskan mencari kunci rumahnya itu.Air peluhnya sudah pun timbul di permukaan dahi kerana gemuruh.Takut kalau kuncinya benar2 hilang.Nanti,macam mana nak masuk rumah?

"Ehem..Cari apa?Ni ker?"Tiba2 suara seorang lelaki mencelah.Terkejut Ji eun dibuatnya.Ji eun segera menoleh ke belakang.Ouch!!Terlanggar pulak..Siku Ji eun tersiku bahagian dadanya.Nasib baik dada dia keras.

Lelaki itu menahan sakit.Tangannya menutupi dadanya yang terlanggar tadi.Sebenarnya,dia pura2 sakit.Saje..Nak ambik perhatian Ji eun.

"Jungkook!!Kookie tak apa2?Sorry sebab terlanggar"Ji eun segera meminta maaf apabila dia menyedari orang yang berada di belakangnya.
Ji eun mengusap usap dada Jungkook.Rasa bersalah.

"Tak.Kookie tak ok.."Jungkook masih berpura pura sakit walaupun takdelah sakit sangat Ji eun langgar dia tadi.Tangannya masih memegang erat dada yang dilanggar oleh Ji eun.

"Betul betullah!Kookie saje je kan?Tahu sangat muka tu..Tak pandai berlakon."sindir Ji eun.Oh!Kata katanya cukup pedas sekali.Pandai2 je cakap orang tak pandai berlakon.Macamlah dia pandai sangat.

"Kookie betul2 sakitlah.."Jungkook masih meneruskan lakonannya.Dia berpura pura mengerang sakit.Itulah namanya lakonan.Bersungguh sungguh Jungkook lakukan walaupun hambar.

"Alolo sakit sangat ke?Sakit apa?"Ji eun hanya melayan karenah Jungkook walaupun dia tidak mahu.Ji eun menjeling.Cukup cukuplah tu.Dia penat.Tidak mahu melayan lakonan Jungkook itu.

"Sakit hati.."luah Jungkook.Dia memberhentikan lakonannya apabila Ji eun memang tidak mahu melihatnya.Tapi,sakit hati ini memang betul2.

"Sakit hati?Kenapa?Mulalah tu nak ngorat akakkan?"tebak Ji eun.

"Jungkook betul2 sakit hati.Sebab..Ada lelaki lain yang hantarkan akak.Apa yang istimewanya Tae yong tu?Kookie rasa Kookie lagi ok dari dia.."Jungkook mula bercakap pasal ini.Wajahnya menjadi serious.Meluat apabila melihat adegan drama Ji eun dengan Tae yong dekat bawah tadi.Siap bukakkan pintu untuk Ji eun.

"Apa?Stoplah Kookie..Berapa kali akak nak cakap.Akak bukannya tak sukakan Kookie tapi akak sukakan Kookie sebagai adik.Biarlah Tae Yong tu.Akak rasa dia lelaki yang terbaik yang pernah akak jumpa."

"Lelaki yang terbaik?Apa yang specialnya dia tu? Sebab dia artis?"

"No!"

"Habistu?Kookie tak nampak pun kelebihan yang dia ada.Tengoklah.. dia playboy.Kuat minum.Lepastu banyak lagilah keburukan yang dia ada..Apa yang terbaiknya?Ha?!"Jungkook meluahkan segalanya.Tak puas hati apabila Ji eun masih tidak menerimanya.Dia rasa dia dah cukup sempurna dah pada pandangan perempuan tapi belum pada pandangan Ji eun.Kenapa?!!

"Cukuplah Kookie!!Akak dah penatlah nak cakap pasal ni..Biarlah dia jadi suami akak sekalipun.Akak malas nak fikirkan pasal ni."Ji eun menoleh memandang ke arah rumahnya semula.Kalau pagar ni tak dikunci,Mahu aje dia masuk segera ke dalam sebab tak mahu dipaksa Jungkook untuk bercakap pasal ini.Dia dah muak.Serabut!

"Suami??Akak nak ke?"soal Jungkook.Dengan reaksi Ji eun tadi,tahu sangat Ji eun tidak berapa sukakan Tae yong.Dia sebenarnya terpaksa.

Ji eun menghembus nafas dahulu sebelum memulakan ayat.

"Apa tujuan Kookie datang jumpa akak?"Suara Ji eun hanya lemah.Dia cuba menukar topik.Tidak mahu menyambung perkara ini.

Jungkook melihat Ji eun dengan pandangan yang tidak puas hati.Susah sangat ke nak terima hati dia.Jungkook tidak berkata apa2.Dia cuma memberikan kunci kepada Ji eun.Ji eun terkejut.Hatinya gembira apabila kunci rumahnya berada di tangan Jungkook sekarang ini.

Selepas Ji eun mengambilnya.Jungkook lantas melangkah masuk ke rumahnya.Dekat sahaja rumahnya dengan rumah Ji eun.Hanya di hadapan.

"Terima ka..sih"Ji eun belum sempat pun mengucapkan terima kasih pada Jungkook.Dia sudahpun beredar.Ji eun berasa bersalah.

               ******************

Ji eun melabuhkan punggung di atas sofa miliknya.Masih rasa bersalah.Ada juga perasaan tidak puas hati.Biarlah dia nak bercinta dengan sesiapa pun.Hak dia.Jungkook bukannya sesiapa nak halang dia.

Ji eun tahu yang Jungkook sukakan dia.Tapi cukuplah sebagai kakak dan adik.Tak mahu lebih dari itu.

Ji eun dah muak bercakap pasal percintaan ini.Kalau boleh dia cuma mahu memberikan perhatian sepenuhnya pada kerjaya.

Tidak mahu dibebelkan lagi.Penat apabila fikirkan pasal ini.Disebabkan terlalu penat,dia akhirnya terlelap di atas sofa.


*****************

Ini cerita pertama saya.Harap kamu semua terhibur.Dan tolong support cerita ini.Esok saya akan update bab 2.Kalau ada kesalahan,bagitahu.Nanti saya betulkan.

#sayatakberapapandaibuatcerita
#harapmaafkalauadakesalahan

Share this novel

Jennieuuu
2021-08-29 07:30:13 

hahahahhhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience