Rate

Bab 4

Fanfiction Series 1281

Ji eun pulang semula ke Cafenya. Buang masa sahaja.Kalau dia tahu Jungkook tidak apa-apa,Takdelah dia tergila-gila pergi ke sekolah cari Jungkook lepastu terjerit jerit kat depan rumah Jungkook.

Kenapa susah sangat Jungkook nak berbaik semula.Selama ni,ok je.
Senang je nak dipujuk tetapi kali ini memang susah sangat.

Patut ke dia terima apa yang Jungkook inginkan?Menjadi girlfriend kepada lelaki yang lima tahun lebih muda daripadanya?

Tak!Itu cara yang paling bodoh yang pernah Jieun fikirkan.Itu tak akan berlaku.

Ji eun melangkah masuk ke dalam Cafe dengan angin yang tidak beberapa baik.Mukanya hanya masam memanjang.Penat.Jungkook membuatkan dia lagi serabut.Dah serabut nak fikirkan pasal projek kerja,Inikan pula pasal Jungkook.Kalau digabung,memang serabut sangat-sangat.Boleh pecah otak dibuatnya.

Seorang pekerja Ji eun menuju ke tempat Ji eun duduk.Dia menghantarkan segelas minuman ke atas meja Ji eun lalu duduk di hadapannya.

"Cik Ji eun ok?"tanya So yeon,pekerja Ji eun.

Ji eun hanya mengangguk.Malas nak menjawab.

"Cik Ji eun minumlah dulu"pelawa So yeon ramah.Dia mendekatkan gelas itu ke Ji eun.

Ji eun mengangguk lagi sekali.

"Nanti saya minum"Ji eun membuka laptop miliknya untuk menyambung semula kerja yang belum disiapkan.

"Err..Cik Ji eun"panggil So yeon teragak agak.

"Ya?"Ji eun hanya menjawab.Matanya tidak pun memandang si gadis cantik yang berada di hadapannya ini.

"Tadi..Tae yong datang"

"Dia datang?"terkejut Ji eun dibuatnya.

"Haah.Siap bawak bunga kata nak jumpa Cik Ji eun.Tengok-tengok Cik Ji eun tak ada"terang So yeon sedih.Tadi dengan gembiranya Tae yong datang.Kemudian terpaksa balik begitu sahaja.

"Betul ke?Kenapa dia tak bagitahu je nak datang?Kalau saya tahu,takdelah saya pergi ambik budak tu!"marah Ji eun.Mengenangkan peristiwa tadi.Membazirkan masa dia sahaja.Lebih baik berjumpa dengan Tae yong.Ada juga detik-detik manis yang diluangkan bersama.

"Mungkin dia nak surprisekan Cik Ji eun?"teka So yeon.

Ji eun membuat muka bersalah.Rasa bersalah dengan Tae yong.Dia kembali muram.

"Kenapa?Jungkook ea"teka So yeon lagi.Dia syak perkataan 'budak' yang Ji eun maksudkan tadi ialah Jungkook.

Ji eun memandang muka So yeon.Kemudian, dia mengangguk sambil mengeluh.

"Jungkook buat apa?"soal So yeon ingin mengetahui punca Ji eun begini.
Mungkin dia boleh membantu.

"Awak tak payahlah sibuk.Ini hal saya dengan dia.Awak pergi sambung kerja.Terima kasih untuk air ni"Ji eun menyuruh So yeon pergi.Biarlah hanya dia seorang sahaja yang tahu.Bukannya masalah besar pun yang perlu diheboh hebohkan.

"Err..ok.."So yeon hanya mengikut arahan lalu membangkitkan diri menyambung kerjanya semula.

Ji eun kembali melihat laptopnya.Fikirannya kembali serabut tatkala memikirkan kerja.Hal Jungkook dan Tae yong dilupakan.Tidak mahu fikiran bertambah serabut

                  *****************

Plastik-plastik snek dan tin minuman bersepah di ruang tamu Tae hyung.Mentang-mentang mak dan ayah tiada di rumah.Saje nak ambil kesempatan.

Mereka masih bermain walaupun sudah dua jam berlalu.Kini,giliran Jungkook dan Jimin semula.Mata mereka fokus memandang tv.Tangan mereka pula bergerak tanpa henti untuk mengawal.

Tae hyung berada di dapur .Dia memeriksa peti sejuk.Mana tahu ada snek lagi yang boleh dimakan.Hatinya teruja apabila ternampak sebekas ais krim yang masih berisi lagi.Bolehlah mereka menikmatinya.

Tae hyung menapak hingga ke ruang tamu sambil memegang sebekas ais krim yang dijumpainya tadi.

Dia duduk di atas sofa dan menikmati ais krim seorang diri.Tidak beri sedikit pun kepada Jimin dan Jungkook.Kedekut!

"Yah!Tae hyung ah!Nak sikit"pinta Jimin selepas selesai menghabiskan level yang entah ke berapa ini.Jungkook membangkitkan diri duduk di atas sofa bersebelahan dengan Tae hyung.Dia pun mahukan ais krim itu.

Tae hyung hanya memberi.Nanti dah habis,boleh beli lagi.Bukannya tidak mampu pun.Ayah dan ibunya gaji besar.Jadi,apa yang Tae hyung mahukan, semuanya dapat.

"Nah!Habiskanlah"Tae hyung memberikan sebekas ais krim yang masih ada sedikit isi lagi kepada Jungkook.Tidak larat untuk menghabiskan semuanya.

Kini,Jungkook pula yang makan seorang.

"Jimin!Kau nak ke?"soal Jungkook untuk mendapatkan kepastian.Kalau tak tinggalkan,nanti marah pulak.

"Nak sikit "pinta Jimin.Jungkook menyuap Jimin.Kemudian Jimin kembali fokus terhadap permainan video di tv bersama dengan Tae hyung.

"Dah ke?"

Jimin hanya mengangguk mengiyakan.Dah cukuplah dia makan banyak.Kenyang.

Jungkook makan sepuas puasnya tanpa halangan.Walaupun dia berasa tidak sihat,dia tetap memakannya.Tidak risau akan kesihatan langsung!

Selepas puas bermain,Jimin meminta diri untuk balik.Ibunya sudah menelefon berkali kali bertanya bila nak balik.Mujurlah rumah Tae hyung dan Jimin dekat sahaja.Mereka tinggal satu apartment.Cuma rumah Jungkook je yang jauh.

Sekarang ini,Jungkook sedang baring melintang di atas sofa.Rasa sejuk sangat.Dari tadi asyik menggigil.Jungkook hendak pulang ke rumah tetapi dia tidak larat untuk mengayuh basikal.Jadi,dia menyuruh ibunya datang mengambil.

"Kau sejuk ke?Nak selimut?"soal Tae hyung apabila melihat Jungkook menggigil kesejukan.

"Boleh jugak"terus Jungkook mengangguk.Dia sudah tidak tahan lagi.

"Ok"Tae hyung membangkitkan diri dari sofa lalu menuju ke biliknya untuk mengambil selimut buat Jungkook.

"Terima kasih"ucap Jungkook.Tae hyung menolong Jungkook menyelimut dirinya.Tiba -tiba,tangan Tae hyung menyentuh tangan Jungkook.Panas!

"Kau ok tak ni?Demam ye?" Tebak Tae hyung.Dia mulai risau dengan kesihatan kawan baiknya itu.

Jungkook tidak menjawabnya.Dia hanya menjongket sedikit bahu tanda tidak tahu.Rasa tak sedap badan masih dirasai.Lebih kuat berbanding tadi.

Tae hyung meletakkan belakang tangannya ke dahi Jungkook.Panas.
Memang sah Jungkook demam.

"Kau demamlah..Kau dah call mak kaukan tadi.So,sementara tunggu ni,kau tidurlah dulu.Nanti kalau mak kau dah datang aku kejutkan"Tae hyung memberikan ruang kepada Jungkook melenakan diri apabila mendapat tahu Jungkook mengalami demam panas.

Jungkook hanya mengangguk.Faham dengan suruhan Tae hyung tadi.Jadi,dia melenakan diri.

Tae hyung merendahkan suhu penghawa dingin.Kasihan dengan kawannya.Kalau tahu Jungkook demam macam ni,mesti dia segera membatalkan pertemuan hari ini.Biar Jungkook berehat di rumah.Baik sikit demamnya nanti.

***********
Sorry kalau cerita ni still memboringkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience