Get the app for full experience
TIHANI sibuk menyiapkan si kembar, Arhan dan Aryan yang semakin lincah meniarap dan mengesot. Manakala, Megat Ariff pula sibuk dengan Ariana yang baru mula meniti dinding untuk bertatih. Berombak-ombak dada Tihani menahan penat saat si kembar cuba melarikan diri dari memakai pampers. "Penatlah ibu macam niii..." rungut Tihani sambil bercekak pinggang. Megat Ariff yang mendengar kata-kata isterinya itu serta merta mendukung Ariana dan dibawa menghampiri Tihani. "Aaaaa... Nanak!!!!" Bingit pekikkan Ariana bergema saat terasa tubuhnya melayang ke udara. Meronta-ronta si kecil mahu turun dari dukungan Megat Ariff. "Dinda tengokkan Ariana. Biar abang uruskan Aryan dengan Arhan," si kecil bertukar tangan. ...