Gantung 3 - Bab 1

Humor Completed 839450

Selesai bersenam di taman belakang rumah agam Toh Puan Ulya, Megat Ariff berjalan menghampiri ruangan santai di halaman itu. Turut berada di situ Puteri Uzma yang sedang membaca buku. Megat Ariff melabuhkan punggungnya ke kerusi kosong yang ada di depan Puteri Uzma. Wajah wanita itu direnung sambil bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Bila flight you sister?" soal Megat Ariff. Lelehan peluh dicelahan rambut dilap dengan tuala kecil yang ada bahunya. Nafas ditarik dalam dan dihela perlahan. Degupan jantung yang laju akibat bersenam tadi, cuba dikawal semula.

"Sejak semalam you asyik tanya. Kenapa? Takut rindu I ke, kalau I dah menetap di sana?" usik Puteri Uzma sambil tersenyum sinis. Pecah tawa Megat Ariff tika ini. Dia menggeleng laju tatkala mendengar ucap balas dari Puteri Uzma.

"Of course, Puteri Uzma. I akan rindu you, janda hot lah katakan," balas Megat Ariff dengan tawa yang masih bersisa. Puteri uzma membulatkan matanya tepat ke arah Megat Ariff tatkala mendengar gelaran yang disebut oleh lelaki itu tadi. Tisu yang ada di dalam genggaman, dilempar pada Megat Ariff. Bibir diketap geram dengan mata yang menjeling tajam.

"You tu.. Duda tak laku!!" Selar Puteri Uzma dengan wajah mencuka. Sekali lagi meledak tawa Megat Ariff. Wajah geram Puteri Uzma mencuit hatinya. Seronok dia mengusik Puteri Uzma yang mudah melatah itu. Menghiburkan hatinya.

"Apa yang gembira sangat ni, Ariff? Sampai ke dapur dengar suara Ariff ketawa," soal Toh Puan Ulya yang muncul dari sliding door ruang tamu. Dia sudah boleh berjalan sendiri menggunakan tongkat.

"Ariff ni, pagi-pagi lagi sudah sakitkan hati Uzma, Bonda," rungut Puteri Uzma. Bibirnya melengkung masam bersama muncung sedepa. Dia kembali membaca buku yang ada di tangannya. Rambut yang terjuntai di sisi kiri muka diselit ke telinga. Sudah hilang fokusnya kerana diusik oleh Megat Ariff. Toh Puan Ulya hanya menggelengkan perlahan. Sudah biasa melihat pergaduhan dua beradik itu.

"Ariff dah dapat bertemu Tarif?" soal Toh Puan Ulya mengubah topik perbualan. Sungguh dia amat merindui Tarif tika ini. Hampir enam bulan selepas penceraian antara Megat Ariff dan Tihani, bekas menantunya itu langsung tidak memberi peluang kepada Megat Ariff untuk menjenguk Tarif. Namun, Megat Ariff masih bersabar dan cuba memujuk Tihani.

"Nanti Ariff cuba pujuk Hani lagi, Bonda," tutur Megat Ariff dengan riak wajah yang tenang. Walaupun hatinya sendiri terseksa dengan sikap Tihani. Dia tetap bersabar. Dia tahu Toh Puan Ulya turut merindui Tarif.

"I harap, I dapat jumpa Tarif sebelum I berangkat ke Russia," celah Puteri Uzma. Dia juga berdoa agar Tihani berlembut hati mengizinkan dia untuk bertemu Tarif. Jika tidak, entah bila lagi dia dan Tarif boleh bertemu jika dia sudah menetap di Russia nanti.

Puteri Uzma telah mendaftarkan dirinya di Universiti Petersburg yang berada di negara Russia. Dia mengambil jurusan dalam bidang pengurusan perniagaan antarabangsa dan akan menetap di sana selama empat tahun sehingga tamat pengajian. Keputusan yang dibuat telah difikirkan semasak-masaknya. Dia mahu melupakan Megat Wazir dan buang jauh lelaki itu daripada hidupnya. Dia tidak mahu segala kenangan di Malaysia ini membuatkan hatinya kembali berharap pada Megat Wazir. Sungguh, dia tidak kuat setiap kali lelaki itu muncul di depan mata. Syarikat pula akan diambil alih oleh Toh Puan Ulya semula memandangkan wanita itu sudah kembali sihat.

"Uzma sudah pastikan semua keperluan cukup?" soal Toh Puan Ulya mengalih topik perbualan. Dia tidak mahu membuat Megat Ariff tertekan. Dari riak wajah anak lelakinya itu, dia tahu Megat Ariff kecewa dengan sikap bekas menantunya itu.

"Sudah Bonda. Kalau tak cukup, duda seorang ni ada. Boleh dia hantarkan pada kakak dia yang hot ni," jawab Puteri Uzma sambil menjeling sekilas ke arah Megat Ariff yang sedang mengelamun jauh. Megat Ariff sedikit tersentak. Walaupun dia mengelamun, dia tetap mendengar apa yang telah diucapkan oleh Puteri Uzma. Dia ketawa kecil sambil menggelengkan perlahan.

"Kakak hot kee.. Janda hot?" usik Megat Ariff dan sepantas kilat dia bangun daripada kerusi lalu menyorok di belakang Toh Puan Ulya. Puteri Uzma yang mula berang itu turut bangun daripada duduknya dan cuba memukul Megat Ariff. Namun, gagal. Bibir diketap geram. Mata merenung tajam ke arah Megat Ariff yang berlindung di belakang Toh Puan Ulya. Wajah mengejek lelaki itu menambah sakit hatinya.

Toh Puan Ulya menggeleng tatkala melihat gelagat dua beradik itu. Itu sahajalah kerja Megat Ariff dan Puteri Uzma. Jika Megat Ariff tidak memulakan pergaduhan, pasti Puteri Uzma yang memulakan dahulu. Begitulah hari-hari sejak anak-anaknya kembali duduk di rumah agam itu.

"Bonda, tengok Ariff ni. Daripada tadi sebut janda tau!!" rengek Puteri Uzma dengan wajah mencuka. Meledak tawa Megat Ariff saat melihat Puteri Uzma mengadu pada Toh Puan Ulya. Wanita itu hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Wajah cemberut Puteri Uzma turut menggelikan hatinya.

"Okay what. You janda hot. I duda hot," tambah Megat Ariff lagi. Tawanya masih bersisa. Kedua bahu Toh Puan Ulya dipegang. Dia masih lagi menjadikan tubuh Toh Puan Ulya sebagai benteng pertahanan dari diserang Puteri Uzma.

"You duda tak laku!!" balas Puteri Uzma separa menjerit. Dia cuba memukul Megat Ariff, namun tubuh Toh Puan Ulya yang ada di depan adiknya itu, menyukarkan dia untuk menyerang. Senyuman mengejek Megat Ariff mebuatkan dia bertambah sakit hati.

"Sudah-sudahlah mengusik Ariff. Nanti Kak Uzma sudah ke Rusia, baru you tahu sunyi takda kawan bergaduh," perlahan tangan Megat Ariff yang berlabuh dibahunya ditolak. Toh Puan Ulya berjalan dengan tongkat di tangan kanannya, menuju ke kerusi. Megat Ariff membantu Toh Puan Ulya duduk. Puteri Uzma mengambil kesempatan itu dengan memukul bahu Megat Ariff dengan buku yang dipegang.

"Aduhh.. sakitlah, Puteri Uzma!" erangan Megat Ariff meledakkan tawa Puteri Uzma. Seronok dapat membalas sakit hatinya diusik lelaki itu tadi.

"Ilmu tu!!" tambah Megat Ariff sambil menunjuk ke arah buku itu. Bahu digosok perlahan dengan dahi berkerut menahan sakit. Sudahlah tebal macam kamus dewan bahasa buku yang dibaca oleh Puteri Uzma itu. Bayangkan dihempuknya ke bahu Megat Ariff sekuat hati. Walaupun tubuh lelaki itu agak sasa, boleh perit juga bahu dibuatnya.

Puteri Uzma menjelir lidah mengejek Megat Ariff. Dia kembali melabuhkan punggungnya ke kerusi. Senyuman puas diukir ke arah Toh Puan Ulya. Megat Ariff pula melabuhkan punggungnya ke lantai bersebelahan kaki Toh Puan Ulya. Sekali lagi Toh Puan Ulya menggelengkan melihat perlakuan kedua-dua anaknya itu.

"Nanti kalau Uzma sudah menetap di Russia, sunyi kembali rumah Bonda ni," luah Toh Puan Ulya. Pandangan dilempar ke tengah halaman rumah. Halaman yang luas dan dipenuhi dengan bunga bungaan itu menyegarkan pandangan matanya. Puteri Uzma mengukir senyuman nipis. Dia juga menikmati pemandangan di situ. Pasti dia akan rindui suasana di rumah agam ini.

"Yelah Bonda. Nanti takda bibik yang nak siram bunga-bunga tu semua. Selalukan Bik Uzma yang buat," usik Megat Ariff lagi. Dia menahan senyum sambil menanti reaksi dari wanita itu. Puteri Uzma mengetap bibir. Geram asyik diusik oleh Megat Ariff sejak daripada tadi. Toh Puan Ulya turut ketawa mendengar kata-kata dari Megat Ariff.

"Lepas ni, Bonda suruh Ariff jaga bunga-bunga ni semua. Suruh Ariff mandi bunga sekali. Biar cepat dapat jodoh," balas Puteri Uzma. Geram. Jelingan maut dihadiahkan pada Megat Ariff. Terhambur tawa Megat Ariff tatkala mendengar kata-kata Puteri Uzma itu.
"I tak mahu kahwin. I nak jaga Bonda," ujar Megat Ariff setelah tawanya reda. Dia mengurut kaki Toh Puan Ulya dengan lembut. Didongakkan sedikit wajahnya dan matanya menghala ke arah wajah Toh Puan Ulya. Wanita itu mengusap lembut rambut Megat Ariff sambil tersenyum mesra.

"Bonda, tak mengapa ke Uzma ke Russia ni?" soal Puteri Uzma tiba-tiba. Dia rasa bersalah kerana meninggalkan Toh Puan Ulya. Riak wajahnya bertukar sayu. Keluhan kecil terlepas dari mulutnya. Toh Puan Ulya sekadar tersenyum. Dia tahu Puteri Uzma serba salah. "Tak mengapa, Uzma. Sebelum ini, banyak perkara yang Bonda paksa Uzma ikut. Sekarang, Uzma buatlah keputusan sendiri. Bonda tak mahu atur-aturkan anak Bonda lagi," kedengaran sayu nada suara Toh Puan Ulya saat ayat itu ditutur. Megat Ariff menundukkan menekur lantai. Dia sedikit terkesan dengan kata-kata Toh Puan Ulya itu.

"Uzma minta maaf sebab terpaksa tinggalkan Bonda di sini," balas Puteri Uzma. Dia bangun daripada duduknya. Buku yang dipegang diletakkan ke atas meja bulat lalu, dia menghampiri Toh Puan Ulya dan Megat Ariff. Duduknya dilabuhkan dihujung kaki Toh Puan Ulya.

"You jangan bimbang. I ada di sini. I akan jaga Bonda. You pergilah further study," celah Megat Ariff sambil tersenyum memandang pada Puetri Uzma. Sekali lagi keluhan berat keluar daripada mulut wanita itu.

"Betul tu. Ariff akan jaga Bonda. Uzma jangan bimbang," rambut Puteri Uzma diusap perlahan. Puteri Uzma mengangguk lemah. Rasa sedih cuba disembunyikan saat ini. Wajah Megat Ariff direnung sayu. "Sudahlah. Jangan sedih, kalau you tak mahu pergi, you kahwin," sengaja Megat Ariff mengusik lagi. Puteri Uzma menjeling tajam. Toh Puan Ulya ketawa kecil. Ada sahaja akal si Megat Ariff mahu mengusik Puteri Uzma!

"You lah kahwin dulu. Lepas tu, baru I kahwin," balas Puteri Uzma tidak mahu mengalah. Megat Ariff ketawa. Kemudian, pandangannya dilemparkan ke tengah halaman. Wajah Tihani kembali menerjah ruangan matanya. Nafas ditarik dalam.
"Haaa.. Kenapa diam?" soal Puteri Uzma apabila melihat adiknya itu tiba-tiba senyap. Megat Ariff ketawa kecil. Dia menggeleng tanda tidak mahu berbalah lagi dengan Puteri Uzma.

"Make sure, I balik je Malaysia nanti, you dah kahwin," tambah Puteri Uzma lagi. Sengaja. Megat Ariff menahan tawa. Senyuman mengejek dihadiahkan kepada Puteri Uzma. Puteri Uzma menjelir lidahnya ke arah Megat Ariff. Toh Puan Ulya tersenyum melihat pergaduhan anak-anaknya itu.

Masih tak habis-habis bergaduhnya!

Selepas ini, pasti rumah kembali sunyi. Megat Ariff juga akan mula sibuk dengan pekerjaannya. Begitu juga Toh Puan Ulya. Masa untuk bersantai seperti ini, akan mula berkurang dan Puteri Uzma pasti akan dirindui olehnya.

Share this novel

JoanneizaniJI
2023-01-11 22:10:58 

baguslah cerita ini


NovelPlus Premium

The best ads free experience