Rate

BAB 3

Family Completed 1075

ENTAH perasaan apa yang menginap di hati Aku ini pula. Ia terasa sangat sakit. Seperti ada jarum-jarum mencucuk.

Aku ditinggalkan berdua bersama kakak. Emak perlu berjumpa doktor. Kakak dengan selimutnya. Aku pandang mukanya. Perasaan sayu menyelinap hati Aku .

Tiba-tiba matanya mengedip sedikit. Kemudian ia terbuka. Aku diam. Aku lihat mulutnya mula mengumal. Mungkin dia ingin menguap. Tetapi tidak. Dia menoleh sedikit apabila melihat Aku di kiri katil. Satu suara lemah keluar dari kerongkongnya.

“Ain, boleh kakak tanya sesuatu?”

Aku menelan air liur. Peristiwa semalam berbekas di ingatan Aku. Dengan suara perlahan Aku berkata, “Boleh.”

“Mengapa Ain tak suka kakak?”

Jejarum kesakitan itu mula menyelinap kembali segenap hati Aku. Aku tak tahu hendak menjawab apa. Aku tunduk memandang ke bawah lantai. Jubin-jubin putih di hospital ini tidak mampu memberi ketenangan kepada Aku.

Hanya bunyi detikan mesin denyutan sahaja menemani kami. Aku dapat rasakan kakak terus melihat Aku . Aku tetap tunduk. Aku tak tahu hendak berkata apa. Aku tak sanggup memandang matanya itu. Mata polos memohon jawapan yang entah apa patut Aku berikan.

Bunyi pintu terkuak. Mujur ibu datang mengajak Aku pergi. Kakak perlu berehat, kata ibu.

Sebelum pulang, di sebalik pintu bilik wad, Aku sempat melihat wajah kakak cuba berbual dengan ibu di katil. Ibu hanya mengusap kepala kakak. Ayah menepuk bahu Aku mengajak pulang ke rumah.

“Jangan termenung sahaja. Malam nanti aku datang ke rumah kamu. Kita bincang lagi tentang ini. Ok?” Karlina menyergah. Ingatan Aku kembali di hadapan komputer.

Aku hanya mengangguk. Aku tahu Karlina selalu pulang dari kerja tepat pada masanya. Dia ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas. Aku pula selalu menyiapkan kerja Aku dan pulang sejam selepas itu. Waktu masuk pejabat yang fleksibel membolehkan Aku masuk bekerja lewat masuk sejam daripada Karlina.

Jarum pendek jam di dinding menghala tepat ke kiri dan jarum panjang pula menghala tepat ke atas. Di pintu telah bunyi ketukan dan salam. Karlina memang orang yang menepati masa. Baginya masa adalah pedang yang akan memotong sesiapa sahaja yang bermain dengannya. Dan tajamnya itu membuatkan kita akan terluka jika tidak berhati-hati.

Kami berdua duduk di ruang tamu di atas sofa biru. Di hadapan sofa itu terhidang satu jag berisi air kosong dengan dua gelas. Rumah bujang memang begini. Minuman dan makanan biasa sahaja ada.

Aku lebih selesa hidup berseorangan. Tidak ingin berkongsi rumah apartment dengan orang lain. Karlina tinggal dengan kakaknya di apartment yang sama tingkat yang berlainan. Selalu dia mengjenguk Aku apabila firasat dia mengatakan Aku ada sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience